March 29, 2024

Tragedi Kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah . Jangan Ulangi Tindakan Bodoh

Assalamualaikum wbt & Salam hari Jumaat yang penuh baraqah.

Sebelum jari lembut aku terus mengetuk papan kekunci, marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat.

Al-fatihah.

Sejak kejadian tragedi yang menyayat hati ini, aku perasan, setengah hari pertama, ramai rakan-rakan di media sosial yang mula menyebarkan gambar di tempat kejadian dan juga keadaan mangsa yang rentung dalam keadaan tertindih.

Hati aku bukan sekadar sedih dengan rupa keadaan mangsa tetapi juga sedih dengan tindakan ‘bodoh’ mereka dengan berkongsi gambar-gambar sebegini. Tak sangka, perkara sebegini masih dilakukan oleh segelintir pengamal media sosial ini walaupun sudah banyak kali diingatkan supaya cakna dengan perasaan keluarga mangsa yang melihat sebaran itu.

Perkongsian daripada Dr.Taufiq Razif aku kongsikan di bawah ini:

Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal?

Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.

Ada 2 kesan dasyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah camtu

1. Kesan pada diri kita sendiri!

Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada efek buruk pada kita jugak. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.

2. Kesan pada keluarga arwah!

Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. ” Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! ”
Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu?

Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak camtu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD)?

Orang yang kena PTSD ni biasanya akan :
– mengalami mimpi buruk yang berterusan
– mengalami tekanan perasan yang parah
– mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu talu
– tekanan tu jadi lebih dasyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu

Pastu kita pulak share je gambar-gambar anak dia dalam keadaan yang menyayat hati tu tanpa rasa bersalah. Entah-entah setiap kali anak beranak arwah bukak internet je mereka akan menangis tersedu sedu dan menjerit sebab tertengok gambar arwah yang kita share beramai ramai tu.

Jadi, tolong sebarkan info ni kat semua orang ye supaya semua orang boleh delete balik kalau mereka dah terlanjur share. Kita taknak tambah beban keluarga arwah dan kita tak nak jadi penyebab tekanan perasaan pada keluarga arwah juga.

Aku harap ini kejadian yang terakhir..

Imagine anak kamu menjadi salah seorang mangsa tragedi kebakaran.

Dan ada sahabat yang fwd gambar mangsa dalam keadaan rentung dan menyayatkan hati dalam group2Whatsapp.

Apa kamu rasa?

Jadilah pengamal media sosia yg ‘tidak bodoh’.

Fikir dulu sebelum kongsi.

Takkan itu pun nak ulang2 bagitahu..

Takziah kepada semua keluarga mangsa. Didoakan agak anak-anak Darul Quran Ittifaqiyah ditempatkan di Jannah bersama pada Syuhada’ dan Solihin.

Pada korang yang menderma, boleh disalurkan ke no akaun di bawah ini, yang telah disahkan benar oleh Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Darul Quran Ittifaqiyah

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Tragedi Kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah . Jangan Ulangi Tindakan Bodoh

  1. Sekarang ni memang peliklah tabiat masyarakt kita. Orang kata tak tahu adab, itu boleh lagi mereka yang mengeluarkan kenyataan yang buat ibubapa mangsa sakit hati bila membacanya. Kita yang melihat dan membaca pun boleh mengalirkan air mata, apatah lagi dengar keluarga magsa..Allahu…

    1. dunia akhir zaman bro..kalau baca pada komen2, ada gk yg membela budak2 yg membakar maahad tahfiz tu..mcm2 alasan yg dibahaskan dengan logik akal mereka.

  2. Innalillahhiwainnailaihirojiun…bukan keluarga mangsa je terkesan..SA yg tengok beberapa video kebakaran itu pun terkesan..dh 2 malam x boleh tido terngiang2 di ruang fikiran..allahu….syurga buat anak2 itu… Alfatihah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *