March 29, 2024

Fashion dan Aku

Fashion dan Aku

Sejak awal kerjaya aku, aku bukanlah seorang pekerja yang ke pejabat dengan kemeja berlengan panjang, bertali leher, berseluar slack kemas bergosok, mahupun berkasut kulit hitam..haha..pendek kata bukan seperti dalam drama-drama Melayu..Karier aku sebagai seorang jurutera projek dalam industri minyak&gas tidak mewajibkan aku berpakaian & men fashion sebegitu.

Gila apa, masuk process plant berkemeja lengan panjang.

Coverall & Safety boot adalah penampilan aku. Kalau hari biasa ke pejabat, sekadar jeans , berkasut kasual dan shirt berkolar. Kadang-kadang tuck in, kadang aku lepas gitu je..hehe..ringkas.

Ntahlah, jiwa aku bukan dengan penampilan sebegitu. Lagi pun, background karier aku tidak memerlukan aku berpenampilan dengan “men fashion” sebegitu. Gaya smart kasual pun dah memadai, janji tak selekeh.

Itu satu hal, satu hal lagi, aku ni bukan jenis yang suka ke shopping mall/butik, belek satu per satu untuk beli baju/seluar kerja.

Mostly, aku pergi dengan isteri, dia yang pilih, kalau aku rasa ok, aku iya kan sahaja. Pendek kata, baik di mata isteri, baiklah di mata aku..hehe

Kenapa tak shopping online?

Well, sebelum ini tak banyak pun kedai online yang menawarkan men fashion sebagai koleksi mereka.

Kini, ada satu ecommerce website yang menawarkan Men’s Clothing, Shoes, Bags mahupun aksesori lain yang menarik perhatian aku dengan kepelbagaian koleksi diorang.

Nak cari baju, boleh survey di Men’s Clothing. Ada pelbagai koleksi best best yang ditawarkan ie: Shirts/Polo Shirt/Jeans etc. Shirt & Polo Shirt memang feveret aku.

Rambang mata gak aku nak pilih yang mana satu setiap kali window shopping di sini. Semua best-best!

Dah survey baju, aku ke page yang menawarkan jeans yang best & berbaloi dari segi harganya. Menariknya di website ni, pengungjung boleh sort of mengikut bajet, saiz, brand etc.

Then, pilihlah mana yang betul betul berkenan dan mampu.

Voucher diskaun juga disediakan, tunggu korang grab je.

Dah jumpa shirt, dah jumpa pants, nak tambah koleksi kasut pun boleh. Semua disediakan di sini. Ini kali pertama aku browse website yang boleh dikata ‘macam-macam adaaaaaa’ untuk men fashion.

Barulah best. Kalau tak, asyik-asyik untuk women fashion je..hehe..

Nak cari baju melayu atau jubah daripada designer-designer hebat untuk raya pun turut disediakan juga. Fuh..ini betul-betul tak perlu keluar rumah untuk shopping raya!

men fashion

Done.

Selepas ni, tiap-tiap bulan memang aku akan browse ke sini ini untuk tambah koleksi dalam wardrobe aku tu.

Deal-deal menarik juga selalu ditawarkan untuk harga yang lebih menarik.

Rugi kalau tengok je kan..heheh

Korang pun bolehlah ke website fashion terkini ini untuk cuci mata dan grab mana-mana koleksi men fashion yang berkenan di hati.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Fashion dan Aku

  1. Pakai baju melayu sebenarnya pun ada etika yang ketat. Kena lengkap bersama sama songok dan sampin

    Tahniah tuan sebab tekankan perkara ini

    Saya pernah membaca satu artikel menarik tentang signifikan baju melayu & perlambangan yang di bawakannya dalam identiti melayu islam

    Tuan boleh baca disini Copy paste
    facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10156398152697786/?type=3&theater

    Kalau pakai baju melayu dengan seluar biasa ni

    umpama makan nasi lemak kosong

    tak ada sambal, kacang, bilis dan timun.

Leave a Reply to NORIZA ABDUL RAHMAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *