Assalamualaikum wbt..
Masih dalam mood cuti? Maklumlah bukan senang nak dapat cuti panjang free 5 hari berturut ni, hasil gabungan cuti hari kemerdekaan, hari raya Aidiladha, hujung minggu dan cuti peristiwa hasil kecemerlang atlet sukan SEA. Tak tahu bila lagi ada peluang untuk cuti sakan sebegini kan?
Setiap kali cuti panjang sebegini, pasti aku bawa famili pulang ke kampung. Sebabnya, besar pahala dan banyak kelebihan bila selalu pulang menjenguk ibu di kampung. Selain itu, tak sanggup aku nak redah kesesakan trafik di tempat-tempat tumpuan ramai sempena cuti panjang ni.
Alhamdulillah, anak-anak memang suka balik kampung. Setiap kali ajak balik kampung jumpak Nekmi (nenek diorang), keterujaan Dayyan dan Danish seperti nak melancong ke London.
Kenapa Dayyan & Danish Suka Balik Kampung?
1- BEBAS
Halaman seluas padang bola berbanding rumah di kota yang seciput je lamannya. Dayyan dan Danish bebas keluar bermain bila-bila masa. Aku tak kisah dua hero aku ini bergerak bebas, melompat, berlari, berpasir bagai di kawasan rumah sana. Biarkan mereka aktif sebagai ‘kampung boy’. Orang kata, lagi aktif mereka dengan persekitaran, insyaAllah antibodi atau daya tahan lawan penyakit badan mereka akan lebih kuat.

2- PANTAI CANTIK
Terengganu memang terkenal dengan pantai-pantai yang cantik. Pantai Bukit Keluang & Pantai Air Tawar yang terletak di Besut, antara feveret pantai Dayyan & Danish setiap kali balik kampung. Wajib pergi setiap kali balik kampung. Lagi satu, sejak akhir-akhir ini, aktiviti mendaki Bukit Keluang makin popular di kalangan penduduk luar. Beratur panjang di kaki Bukit Keluang untuk mendaki ok!
Bersih dan tenang.
Itu kalau cuti biasa. Kali ini, cuti yang panjang, pengunjung lebih ramai, seperti dijangka, sepanjang pantai penuh dengan sampah sarap yang dibuang merata-rata. Sampai sekarang aku tak faham, kenapa mereka sanggup buang bungkusan makanan, botol/tin & plastik merata-rata. At least, letak dalam satu plastik, cari tong sampah then buang. Sedih woo tengok pantai feveret dah macam tempat pembuangan sampah!
Kepada bakal pengunjung Bukit Keluang, please take note..
Dua perkara ini menjadi sebab yang kuat untuk Dayyan & Danish seronok pulang ke kampung. Kala bab MAKAN SEDAP tu mungkin mereka tak kisah sangat, lebih kepada aku & isteri. Series, tempat makan sedap di Besut memang banyak dan berbaloi untuk korang cuba, antaranya Restoran Zul Ikan Bakar. Nantiah, ada masa aku akan up blogpost pasal tempat makan di Besut.
Eh, korang tahu tak Besut terletak di bahagian mana di Terengganu? Tahu tak, apa yang menarik di Besut?
Bestnya bila balik kampung, kan? Anak-anak kalau bab main selut memang suka lah sebab kat bandar cuma ada batu jer
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Mengapa perancangan keluarga penting? | Implanon, IUCD, Pil Perancang, Suntikan Depo dan Ikat Peranakan
betul tu..saja bagi diorg dekat dgn nature sket. kasi antibodi diorg kerja keras
Memang sedih tengok sampah bertebaran merata-rata lagi2 tempat feveret..
tak faham jugak..
Post banyak-banyak lagi pasal tempat menarik kat ganu 🙂 negeri ni macam jarang betul aku pergi.
sabree hussin recently posted…Bisnes Simkad Tone Excel – Pemasaran online atau offline lebih baik?
kat besut ada colek! best seafood fresh
nikkhazami recently posted…Beli Kerusi Eames di Lazada
memang kat kampung banyak hal menarik bagi budak apalagi bila ada laut
jalan jalan recently posted…RESEP UDANG TEPUNG GENDUT MAKNYUSSS!!
Balik kampung sebab ada kampung, kalau duduk bandar, balik bandar aje la 🙂
Ikhwan recently posted…Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
saya pun suka balik kampung..nak jumpa orang tua..
kalau ada peluang nak ada rumah di kampung
mrhanafi recently posted…TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
jumpa orang tua memang nikmat yang tak terhingga kan..
JMR recently posted…Kenapa Suka Balik Kampung ?
Tiap kali balik kampung nampak mak ayah makin tua
Hmmm
Sedih sebab kita tak dapat duduk dengan mereka di akhir hayat
Mama Hakim recently posted…18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!
Kalau saya lah kan
Kampung dekat dengan pantai, memang suka balik kampung
lagi lagi pantai lawa
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Untuk Darah Tinggi. Kawal Tekanan & Elak Stroke Sekarang!
Wah bestnya kampung ada pantai. Kampung ada gunung je. Memang suka balik kampung.
cikpinz recently posted…Idayu Memukau di Konsert AF Megastar Homecoming
Mmg seronok balik kampung, jiwa tenang… kdg2 bila dah kat kampung, nk balik rumah sendiri pun rasa mcm malas, apatah lagi nak start kkerja balik hehe 🙂
Khir Khalid recently posted…Puteri Diana – Antara Inspirasi, Tragedi Dan Kenangan
jiwa tenang memang setuju sangat..rasa cam taknak balik je kan
JMR recently posted…Kenapa Suka Balik Kampung ?
Memang best balik kampung belah pantai timur
pantai dia masih bersih
lawa
tak macam belah selat melaka
Ibu Zaid recently posted…Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesan
belah2 laut china selatan memang banyak pantai yg lawa dan bersih.
JMR recently posted…Pujian Melambung Beri Kesan Negatif Kepada Anak-anak