Malaysia

Hotel Equatorial Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

Jika orang tanya aku, hotel mana yang terbaik untuk penginapan bersama keluarga semasa berkunjung ke Melaka? Pasti jawapan aku adalah Hotel Equatorial Melaka ! Ini bukan jawapan hentam kromo. Jawapan ini berdasarkan pengalaman aku dan keluarga kecil aku yang acap kali berkunjung ke Bandaraya Bersejarah ini. Tahun ini sahaja, sudah 3 kali kami berkunjung dan bermalam di sini.

Hotel Equatorial Melaka
2 X SINGLE BEDS

Hotel Equatorial Melaka menjadi pilihan kami untuk trip kali ini. RM260 termasuk buffet breakfast + GST..oh ye heritage tax sebanyak RM2 memang kena bayar untuk penginapan di Melaka ye. Jangan lupa, ini bandaraya bersejarah.

Tempahan bilik aku lakukan secara terus dengan pihak hotel secara atas talian. Lebih murah berbanding tempahan melalui pihak ketiga. Serius. Jangan terpedaya dengan iklan-iklan bisikan suara yang boleh menundukkan nafsu korang..haha..

Aku tempah satu bilik untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Dapat king bed, tu pun bergantung kepada kekosongan. Tak berharap sangat sebab selalunya tak dapat. Maklumlah, cuti panjang. Dapat 2 single bed yang boleh bertukar menjadi queen bed..macam mana tu? gabungkan sahaja dua katil tu.

Keluasan bilik pula boleh tahan besar. Cukup luas untuk Dayyan&Danish berlari-lari anak dalam bilik. LED TV disediakan dengan channel-channel best termasuk IPTV. Banyak gila movie best ada dalam channel ini. Tetapi seperti biasa, TV dimonopoli oleh budak dua orang tu. BabyBoss, Smurfs, Baymax dll terpaksa aku tonton bersama hingga jam 3 pagi.

Sambungan wifi juga disediakan. Terhad hanya untuk dua peranti. Boleh tahan laju gak. Cuma, once aku dah register & connect di iPhone aku, dah tak boleh connect Wifi di laptop lagi. Arghh..kenalah buat hotspot daripada iPhone untuk urusan hantar-terima email di laptop.

Bilik mandi dilengkapi dengan bathtub. Tetapi kami tiada masa untuk berendam sambil minum fresh orange. Tarikan Dayyan&Danish lebih tertumpu untuk berendam di kolam mandi di Level 4.

Setel sahaja checkin, masuk bilik sekejap kemudian terus turun ke Level 4. Dayyan&Danish teruja gila dengan keluasan swimming pool di Hotel Equatorial Melaka ni. Eh bukan diorang je, mak pak diorang pun sama.

Ada 4 bahagian swimming pool di sini. Ada yang berkedalaman 1.2m, ada bahagian paras lutut Dayyan, ada bahagian peha Dayyan & juga area paras dada Dayyan.

Mujur ada Twinwets Suit by Cheekaboo untuk Danish. Selamber je berendam dengan gembira selama 2 jam tanpa terketar-ketar..hehe..striking color swimsuit ini juga senang untuk monitor Danish di mana-mana. Senang gila nak detect dia terjun kolam mana satu. Lagi pun, dalam ramai ramai budak di kolam renang tu, dia seorang je pakai suit dengan kaler sebegitu.

Hotel Equatorial Melaka
Bandar Melaka

Dah agak kesejukan, kami terus ke bilik sambil lepak di tepi balkoni minum nescafe panas. Aku suka pemandangan dari bilik 818 ni. Boleh nampak Selat Melaka. Betul-betul mengadap Hotel Imperial Heritage Melaka.

Kedudukan Hotel Equatoria ini sangat strategik. Dari hotel, dengan hanya berjalan kaki, kitorang mampu mencari makan (betul-betul depan hotel ada 7E, Restoran Subaidah dll) dan Dataran Pahlawan. Kala nak pekena Asam Pedas perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk berjalan ke area Uptown Bandar Hilir. Lagi best, tak perlu memandu kereta keluar dari parkir hotel pun untuk ke Kota A Famosa dan juga Menara Taming Sari.

BUFFET BREAKFAST HOTEL EQUATORIAL MELAKA.

Satu perkara yang aku suka bila menginap di hotel ialah buffet breakfast. Jujurnya, aku akan survey & baca review orang ramai sebelum decide untuk stay di mana-mana hotel. Paling penting,  HALAL. Di sini, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran seperti di sini. yeah..

Boleh tahan meriah menu yang disediakan untuk buffet breakfast. Ada food station untuk nasi lemak,mi goreng, omelette, sup dll. Paling aku suka, mesin kopi untuk pilihan cappucino/mocha/espresso turut disediakan.

SERVIS LIF PERLU DIPERBAIKI

Boleh dikatakan semua fasiliti kat Hotel Equatorial Melaka ini aku berpuas hati KECUALI lif. Maaf cakap, kemudahan lif untuk turun naik ke bilik dan lobi sangat terus dan perlu diperbaiki. Benda ni nampak seperti tak penting, tapi ianya menjadi serius semasa sesi check-in atau check-out. Terutamanya ketika ramai pengunjung check out serentak dalam satu satu masa. 10 minit gak aku menunggu untuk turun ke lobi dari Level 8.

Aku kira bilangan lif dah mencukupi, cuma tak pasti kenapa ianya terlalu lambat atau ada yang rosak. Mujur ada lif pekerja yanfg boleh digunakan untuk elak barisan yang panjang..hehe

MENGINAP DI HOTEL EQUATORIAL MELAKA NI BERBALOI ATAU TIDAK?

Bagi aku, secara keseluruhannya, ianya masih berbaloi dengan harga yang dibayar; servis yang bagus, kebersihan bilik yang boleh dipuji, swimming pool yang menggembirakan dan makanan buffet breakfast yang OK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

11 thoughts on “Hotel Equatorial Melaka. Berbaloi Atau Tidak?”

  1. ada pernah sekali p melaka balik dr uss..checkin kat hotel seri malaysia
    perghhh luas giler bilik family suite..mmg puashati..yg best tu..ada self servis laundry/dry
    depan bilik plak tu..ha basuhlah baju2 kami semua yg berhari2 tu..hihi..lega tgk baju2 semua dah cuci..

    tgk pool kat equoatrial ni pun wallah besaq gabak haha mmg budak2 enjoy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam