Ini kisahku

Ada Apa di Genting Highlands Premium Outlet ?

Hujung minggu lepas, memandangkan aku takde sebarang temujanji, wifey ajak naik Genting Highlands untuk ‘cuci mata’ di Genting Highlands Premium Outlet . Aku setuju memandangkan objektif ke sana hanya untuk ‘cuci mata’, bukanna ‘cuci dompet’. Lagi pun, sana lebih dingin daripada KL/Selangor ni haha..

Genting Highland Premium Outlet (GPO) terletak di Skyway Awana yang baru. Jangan risau, lebih 1500 lot parkir kereta disediakan. Rate masuk RM5/entry untuk 24 jam. Since kami dah pernah naik Cable Car Skyway Awana semasa kunjungan yang lepas, kali ini tak perlu naik dah. Park kereta dan jalan-jalan di GPO sahaja..

Model Tiang

Genting Highland Premium Outlet terbahagi kepada tiga kawasan – Low Street, Middle Street & High Street. Pendek kata, ada 3 tingkat untuk menempatkan lebih 150 outlet berjenama dengan pelbagai pilihan.

Outlet di Genting Highlands Premium Outlet

Adidas, Asics, Aigner, Brooks Brothers, Calvin Klein, Coach, Davidoff of Geneva, Florsheim, Furla, Godiva, Guess, Hackett London, Hamleys, Hugo Boss, Kate Spade New York, Moschino, Michael Kors, New Balance, Onisuka Tiger, Typo, Oroton, Polo Ralph Lauren, Reebok, Puma, Samsonite, Sacoor Outlet, Superdry, Swatch, TANGS Outlet, Tumi, Under Armour, Victoria’s Secret dan banyak lagi.

Alhamdulillah, trip kali ini betul-betul ‘cuci mata’. Kitorang bertolak ke GPO ini selepas makan tengah hari di Bandar Sunway. Tiba di sana lebih kurang jam 4 petang. Rasanya hampir ke semua outlet yang dibuka (ada banyak lagi outlet yang belum dibuka) aku&wife masuk. Masuk sekejap dan dipaksa keluar oleh si Danish. Setiap outlet, pasti ditariknya tangan mommy untuk keluar. Mood Danish tak berapa baik hari tu. GPO bukan tempat dia, ada satu je kedai toys, tu pun yang tak berapa best. Mujur ada gak playground yang meriah gila dengan kanak-kanak lain yang boleh buat mood dia ok sekejap. Then, tak ok balik. Tapi sempat gak abang Dayyan ‘cuci wallet’ dengan 2,3 item di Toys World sebelum aku pandu keluar pada jam 6 petang.

Kesimpulan aku, Johor Premium Outlet (JPO) lebih best dari segi barangan mahu pun diskaun. Terima kasih kepada Danish sebab asyik tarik tangan mommy keluar lepas 2,3 minit dalam outlet Coach, Gucci, Kate Spade, bla bla bla bla….

Wefie dulu sebelum melangkah keluar. Dayyan awal-awal dah ajak balik selepas dapat toys. Untung gak kalau ada anak sebegini, dapat yang dia nak, terus ajak balik. Kalau pusing seround dua lagi, silap-silap objektif mommy ke Genting Highlands Premium Outlet untuk ‘cuci mata’ bertukar menjadi ‘cuci dompet’ daddy.

Genting Highlands Premium Outlet

InsyaAllah, ini bukan trip terakhir ke sini. Kalau ada masa dan rezeki, akan sampai lagi. Mungkin selepas semua outlet beroperasi sepenuhnya terutama outlet NIKE dan dua tiga jenama feveret aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

6 thoughts on “Ada Apa di Genting Highlands Premium Outlet ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam