Ini kisahku

Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia

Aku bukanlah peminat fanatik kucing. Binatang kesayangan junjungan besar Rasullah SAW. Isteri dan anak-anak aku memang peminat kucing. Pantang ada dengar ekspo kucing diadakan, pasti minta ke sana. Sebagai suami/bapa mithali, takkan aku nak menolak ajakan mereka pula. Jadi, minggu ini aku terpaksa susun balik kerja aku di pagi Sabtu. Dah selesai, terus bawa mereka ke Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia yang diadakan di MATRADE Exhibition and Convention Centre.

Dayyan & Danish bukan main suka lagi bila sampai di Pet Expo ini.

Pet Expo Malaysia (Cat Edition) – Ekspo Kucing ini diadakan selama 3 hari, dari 29 Sept ~ 30 September 2017. Bermakna esok hari terakhir. Bayaran masuk RM5 bagi dewasa sahaja, kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. Oh ye, parkir di MATRADE adalah RM5/ entry. Nak park kereta di luar entrance boleh, tapi jauh kot nak berjalan.

Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia

Pihak penganjur target 15,000 orang pengunjung dalam tempoh tiga hari. Aku rasa boleh dicapai ini. Berderet kereta masuk kot. 15,000 x RM5 fuh kiralah sendiri.

Tarikan utama di Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia ini ialah FIFE In ternational Cat Competition yang dikelolakan bersama Kelab Kucing Malaysia. Tak silap aku, lebih 300 ekor kucing yang masuk bertanding. Aku tak berapa pasti cara juri menilai kucing-kucing untuk beberapa kategori. Aku nampak yang kalah, macam boleh menang. Yang menang macam tak patut menang..haha..

FIFE International Cat Competition
FIFE International Cat Competition
Petting Zoo

Seperti biasa, kalau ada Pet Expo, tak sah kalau tak de Petting Zoo. Rasanya kat area ini lebih menarik minat kanak-kanak seusia anak aku. Mana tidaknya, diorang boleh pegang, belai, kiss je binatang peliharaan yang biasanya bersepah di kampung. haha..maksud aku, AYAM. Dayyan excited gila dapat pegang ayam. Padahal, setiap kali balik kampung, awal-awal lagi ayam-ayam dah lari menyorok belakang pokok jambu takutkan Dayyan&Danish.:-p

Oii ni kucing ke apa? Besar gila kot. Kalau berdiri, konfem nak sama tinggi dengan Dayyan. Apa la yang tuan dia dok bagi makan. Ke makan semeja dengan tuan dia ni?

Small Animals Display

Esok last day.

Kalau takde plan lain di hari Ahad, daripada korang dok tidur tidur & tidur, baiklah datang sini bawa anak-anak atau adik-adik ke sini. Setidaknya, dari kecik lagi dah konfem tahu mana satu arnab, mana satu kucing, mana satu ayam… :-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

8 thoughts on “Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam