“Daddy, nak pergi Mickey Mouse boleh tak”

“Daddy, nak pergi Mickey Mouse boleh tak”

“Daddy, nak pergi Mickey Mouse boleh tak”

Ayat terkini yang selalu Dayyan sebut-sebut. Bangun pagi sebut ayat sama, petang masa balik dari kerja pun ayat yang sama dan sebelum tidur pun ayat yang sama juga.Pertama kali dengar, konpius juga nak faham apa yang Dayyan nak.

Mickey Mouse tu tinggal di mana?

Macam mana nak pergi ke Mickey Mouse tu?

Mickey Mouse tu nama tempat ke watak kartun animasi kanak-kanak?

Mickey Mouse mana satu yang Dayyan maksudkan?

Jenuh gak aku nak memikirkannya.

Jenuh 1; sebab ayat percakapan Dayyan tu macam tak kena, tatabahasa nahu tak betul.

Jenuh 2; sebab; Mickey Mouse? Kartun? Buka je la TV, layan karun Mickey Mouse.

Dia geleng-geleng setiap kali aku bukakan kartun Mickey Mouse. Dah tu siap minta pakaikan jaket setiap kali minta nak pergi Mickey Mouse.

Setelah aku slowtalk dan bincang elok-elok dengan Dayyan, apa sebenarnya Mickey Mouse, barulah dia beritahu, “..Disneyland”

Uiks, pandai pun nak cakap terus-terang..

Cakap la nak pergi Disneyland. Macam dekat je kan!

Tapi takdelah aku cakap macam tu. Bukannya dia faham pun.

Kanak-kanak akan lebih mudah memahami sekiranya kita ‘explain more’ berbanding hanya sekadar respon, “Tak boleh, jauh” atau pun “Tak boleh, mahal.”

Bagaimana ‘Explain more‘ dengan anak-anak?

Jawapan aku kepada soalan Dayyan, “Boleh, nanti kita pergi, tapi abang kena rajin baca buku, dengar cakap daddy, dengar cakap mommy, tak bergaduh dengan adik..bla..bla bla….” Penerangan ini lebih kepada penangguhan bukannya penafian kepada kehendak anak-anak. Aku percaya, setiap anak ada rezekinya masing-masing.

Daddy harap abang faham dengan jawapan daddy..haha..kan baru bulan 3 tempoh hari dah enjoy sakan di Hong Kong Disneyland. Tahun depan la pula kita plan trip. Kalau tiap-tiap bulan nak pergi Disneyland, tokey balak pun boleh bankrap bang!

Tapi mungkin daddy akan survey atau terus beli tiket ke Tokyo Disneyland hari ini sempena genap 4 tahun 4 bulan usia Dayyan. Itu pun kalau dah tiba rezeki Dayyan untuk hari ini..

Be a good boy!

 

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

16 Comments

  1. semoga ada rezeki Dayyan nak ke Disneyland. Kita yang dewasa pun seronok kalau dapat sampai Disneyland, budak2 lagi happy.

  2. Dah pergi kan … syamim ni asyik nak pegi legoland , resit beli barang di econsave kan belakang dia ada iklan legoland , memag dia simpan .. kesian jga hati ibu tengok dia ..

  3. hahaha mcam tu gak lah el bagi respond kat bebudak tu
    hang belajaq pandai2..lau ada rezeki kita pi lagi hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam