Isu Semasa

Apa Itu Liberalisasi Insurans ?

Apa Itu Liberalisasi Insurans ?

Aku belum study habis pasal liberalisasi insurans yang diperkenalkan di Malaysia sejak 1 Julai 2017 yang lepas. Tengah sibuk-sibuk beraya, tak perasan pula satu lagi rules&regulation baru diperkenalkan di Malaysia.

Jom aku kongsikan sedikit info yang aku copy paste dari syarikat insuran kurnia.com .

1. Apakah maksud liberalisasi insurans motor?

Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.

Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium yang berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.

2. Bagaimanakah premium insurans dikira hari ini?

Premium insurans dikira berdasarkan nilai diinsuranskan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans dibenarkan menggunakan bebanan premium terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami.

Bergantung pada rekod tuntutan oleh pemandu, premium yang dikira untuk dibayar diselaraskan dengan diskaun (Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD).

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

Walau bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans yang berbeza disebabkan faktor-faktor lain seperti dinyatakan di atas.

3. Bagaimanakah harga premium insurans ditetapkan mulai 1 Julai 2017 dan seterusnya?

Mulai 1 Julai 2017, dalam persekitaran yang liberal, lebih banyak faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium. Selain nilai diinsuranskan, keupayaan enjin kenderaan, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong oleh faktor lain. Faktor-faktor ini mungkin termasuk ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan, tempoh kenderaan itu berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan (dalam kawasan yang mengalami insiden kecurian yang tinggi) dan kesalahan lalu lintas yang pernah dialami. Faktor-faktor ini akan menentukan profil risiko kumpulan pemegang polisi yang akan menentukan premium.

Memandangkan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menentukan profil risiko kumpulan, harga polisi motor akan berbeza daripada satu penanggung insurans kepada penanggung insurans yang lain.

4. Bilakah Liberalisasi Tarif Motor akan dilaksanakan?

Fasa 1 Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran telah diperkenalkan pada 1 Julai 2016. Semasa fasa permulaan ini, penanggung insurans dan pengendali takaful diberikan fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu motor dan perlindungan tambahan yang tidak ditetapkan di bawah tarif yang sedia ada.

Mulai 1 Julai 2017, liberalisasi kadar premium produk Motor Komprehensif; dan produk Motor Pihak Ketiga Kebakaran dan Kecurian akan dilaksanakan dan penetapan harga premium akan ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

Walau bagaimanapun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk pada kadar tarif.

Produk dan perlindungan motor yang sedia ada ialah:

liberalisasi insurans
5. Apakah manfaat pelaksanaan Liberalisasi Insurans / Tarif Motor?

Manfaat untuk pengguna termasuk:

• Kualiti perkhidmatan yang meningkat dan rangkaian produk yang lebih pelbagai pada harga yang kompetitif disebabkan oleh persaingan yang lebih sengit dalam kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful;

• Pengguna dan perniagaan boleh mendapatkan perlindungan terbaik yang memenuhi keperluan insurans mereka dengan adanya produk baharu yang mempunyai ciri yang berbeza.

• Pemandu akan digalakkan memupuk tabiat pemanduan yang selamat untuk keselamatan diri sendiri dan juga orang ramai memandangkan ciri-ciri keselamatan akan menjadi salah satu faktor yang menentukan premium.

• Pengguna boleh meraih manfaat apabila membuat perbandingan bagi mendapatkan pilihan terbaik yang bersesuaian dengan keperluan mereka berikutan penetapan harga yang kompetitif oleh penanggung insurans dan
pengendali takaful.

• Saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian yang berkesan dari segi kos akan membolehkan perlindungan insurans dibeli dengan cara yang paling mudah oleh pengguna.

6. Apakah yang perlu saya lakukan apabila membeli perlindungan insurans dalam pasaran yang liberal?

Pengguna perlu mempertimbangkan faktor berikut apabila membeli insurans:

• Anda tidak seharusnya menjadikan harga sebagai satu-satunya faktor yang perlu diambil kira apabila membeli pelan perlindungan insurans. Anda perlu memberikan perhatian pada perkara yang dilindungi oleh polisi, pengecualian dan piawaian perkhidmatan pelanggan.

• Anda perlu membuat perbandingan dengan menghubungi ejen, penanggung insurans atau pengendali takaful melalui pusat perhubungan atau saluran dalam talian untuk mengemukakan pertanyaan atau mendapatkan khidmat nasihat bagi mendapatkan perlindungan yang sebenar yang memenuhi keperluan perlindungan anda pada harga yang anda persetujui.

• Sila pastikan perbandingan dibuat lebih awal sebelum polisi insurans anda tamat tempoh. Penanggung insurans atau pengendali takaful akan memaklumi anda sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tempoh polisi insurans motor anda tamat.

7. Saya baru sahaja membaharui perlindungan insurans motor saya pada 1 Jun 2016. Bolehkah saya membeli produk tambahan untuk menambah perlindungan insurans motor saya?

Ya, anda boleh membeli produk tambahan untuk menambah perlindungan insurans anda bagi kenderaan yang sama. Sebagai pilihan lain, anda boleh membeli produk motor baharu untuk memenuhi keperluan anda, bagi menggantikan perlindungan insurans motor sedia ada untuk tempoh perlindungan selanjutnya.

Sebelum menamatkan perlindungan insurans motor anda yang sedia ada, sila hubungi ejen, penanggung insurans atau pengendali takaful anda untuk mengetahui jumlah premium secara prorata yang telah dibayar yang akan dikembalikan kepada anda oleh penanggung insurans atau pengendali takaful anda.

Buatlah keputusan pembelian berdasarkan maklumat yang mencukupi dengan mendapatkan sebut harga yang berbeza dengan menghubungi ejen, penanggung insurans dan pengendali takaful melalui pusat panggilan atau saluran dalam talian, sebelum anda membuat pembelian.

8. Bagi polisi insurans motor sedia ada yang perlindungannya melangkaui 1 Julai 2017, berapakah premium yang akan dikenakan?

Premium yang akan dikenakan adalah berdasarkan tarikh ulang tahun polisi (tarikh polisi insurans motor anda tamat tempoh) bagi polisi motor.

9. Adakah produk insurans Motor Pihak Ketiga akan ditawarkan kepada pengguna?

Produk insurans Motor Pihak Ketiga masih ditawarkan kepada pengguna yang ingin membeli perlindungan insurans motor asas pada kadar tarif.

10. Apakah akan terjadi pada NCD?

Struktur NCD tidak berubah dan masih boleh dipindahkan daripada satu syarikat insurans atau pengendali takaful kepada syarikat insurans atau pengendali takaful yang lain.

Anda masih berhak mendapat NCD mengikut apa yang anda layak.

11. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat produk baharu yang tersedia dan bagaimanakah saya hendak memilih produk yang akan memenuhi keperluan saya?

Anda dinasihati untuk selalu berhubung dengan penanggung insurans atau pengendali takaful atau ejen anda mengenai produk baharu dan perlindungan tambahan yang diperkenalkan.

Buatlah keputusan pembelian berdasarkan maklumat yang mencukupi dengan mendapatkan sebut harga yang berbeza dengan menghubungi ejen, penanggung insurans atau pengendali takaful melalui pusat perhubungan atau
saluran dalam talian mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

4 thoughts on “Apa Itu Liberalisasi Insurans ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam