travelog

Pengalaman Dayyan & Danish di Melaka Zoo & Night Safari

Jalan-jalan ke Melaka Zoo & Night Safari.

Ini kali kedua aku dan isteri ke Melaka Zoo & Night Safari. Trip pertama sebelum kelahiran anak pertama dan trip kedua bersama dua hero aku. 4 tahun juga beza tahun sejak pertama kali datang ke sini. 🙂

harga tiket zoo melaka

Melaka Zoo & Night Safari terletak di Ayer Keroh. Tak jauh dari bandaraya Melaka. Parking yang disediakan memang banyak. Harga tiket ke Zoo Melaka pula seperti yang tertera di atas ini.

Kalau tanya aku berbaloi ke tidak berkunjung ke Zoo Melaka bersama famili, pasti jawab aku ‘sangat berbaloi’. Banyak benda baru yang boleh dipelajari tentang flora&fauna di sini, terutamanya bagi anak-anak kecil yang sedang membesar.

Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 54 ekar. Dengan konsep terbuka di sini, pengunjung berpeluang mendekati haiwan dengan lebih dekat dan melihat kehidupan sebenar mereka.

Badak Sumbu, badak air lain bentuknya :-p

Jelas di wajah Dayyan & Danish keseronokan mereka melihat dengan lebih dekat lagi hidupan liar seperti badak sumbu, gajah, tapir etc. Pertama kali tengok secara LIVE kot. Biasa tengok dalam TV je kan. Kali ini, siap boleh pegang dan bau tahi binatang-binatang. :-p

Melaka Zoo & Night Safari

Pengunjung bukan sahaja boleh mendekati haiwan di sini tetapi turut berpeluang memberi makan kepada haiwan-haiwan terpilih seperti gajah, arnab dsb. Untuk trip kali ini, Dayyan & Danish berpeluang elephant feed dan juga bermain-main bersama arnab.

ELEPHANT FEED

Bagi ikan makan dah biasa sangat. Kali ini, aku ajak dua hero aku bagi gajah makan! Dengan hanya RM5, pengunjung akan mendapat tebu & roti sebagai menu santapan untuk gajah-gajah di sini. Mula-mula risau gak kot-kot gajah ni tetiba jadi agresif, tetapi tak perlu risau sebab staff yang menjaga gajah ini akan memantau sesi ini. Well behave sangat gajah-gajah ni.

Muka cuak nak bagi makan gajah.
Danish teruja bagi gajah makan roti

Si Danish memang lebih berani dan lasak berbanding abangnya. Selamber je dia sumbat roti ke belalai gajah tu. Mungkin dia ingat gajah makan roti ikut lubang belalai tu. Aku pun konfiden je gajah makan guna belalai. Terlupa la pula yang belalai tu sebagai tangan sebelum disumbatnya roti ke dalam mulut.

Dayyan teruja bagi gajah makan tebu

Dayyan lak, bila tengok Danish berani bagi gajah makan, dia akan follow gak. Siap minta gajah baca doa makan dulu sebelum makan, kalau tak Dayyan tak nak bagi gajah makan. Rilex nak. Jangan diacah-acah tepi di belalai gajah, mahunya dibelit kita, tak ke haru nanti/

PLAY WITH RABBITS.

Arnab-arnab di sini ditempatkan di kurungan berpagar. Sedikit bayaran dikenakan kepada pengunjung (untuk kangkung) yang ingin ‘bermesra’ dengan si arnab. Dayyan & Danish memang suka gila dengan arnab selain daripada kucing. Jadi, aku bagi diorang berkejaran dengan arnab sampai penat. Sejam lebih gak la aku menunggu dua hero aku ni penat, tapi tak reti-reti nak penat. Boleh tahan gak aku memujuk untuk bawa diorang keluar. Nasib baik ini hentian terakhir kami di sini.

Semoga kunjungan kali ini memberi 1001 pengalaman terindah kepada Dayyan & Danish di Melaka Zoo & Night Safari . Ada rezeki, ada peluang, insyaAllah kami akan berkunjung ke sini lagi.

Opening hours:

Day Zoo
Daily from 9.00am to 6.00pm (last ticket sale at 5.30pm)

Night Safari
Fridays & Saturdays night, eve of public holidays and school holidays from 8.00pm to 11.00pm
(last ticket sale at 10:30pm)

Website: Melakazoo.Com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

5 thoughts on “Pengalaman Dayyan & Danish di Melaka Zoo & Night Safari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam