tips

Cara Sediakan Susu Anak Semasa Penerbangan

Sebelum travel by flight ke luar negara atau destinasi yang agak jauh bersama anak kecil, pastinya ibu bapa akan membuat carian tips-tips penting travel bersama si kecil. Ikhlas cakap, travel bersama anak kecil memang banyak perbezaan berbanding travel dengan rakan-rakan atau travel honeymoon dengan isteri. Buktinya, ada sahabat yang mempunyai seorang anak lelaki (2 tahun) & akan travel ke benua lain, bertanyakan tentang penyediaan susu formula semasa dalam penerbangan di awan biru. Jadi, ingin aku kongsikan cara mudah untuk sediakan susu anak semasa penerbangan .

Risau katanya, sebab ini pertama kali mereka akan travel bersama anak kecil, walaupun dia memang kaki travel sejak remaja. 🙂

Cara Sediakan Susu Anak Semasa Penerbangan

1.Asingkan Susu Formula Dalam Pek Berbeza

Asingkan macam mana? Metod dia terpulang pada masing-masing. Asalkan setiap pek tu cukup untuk sekali penyusuan. Untuk Dayyan & Danish, isteri aku dah siap-siap pekkan dalam plastik kecil (rujuk gambar di bawah) mengikut sukatan sekali penyusuan, sebelum ke airport. Pendek kata, tunggu aku unpack dan masukkan dalam air suam sahaja semasa dalam penerbangan sahaja.

Air suam pula nak dapatkan dari mana? Kan tak boleh bawa air masuk ke dalam pesawat?

Sediakan Susu Anak Semasa Penerbangan

2.Bawa Mini Termos

Siapa cakap tak boleh bawa masuk air panas yang diletakkan di dalam termos seperti gambar di atas? Boleh je. Tapi aku lagi suka bawa bekas kosong. Selepas pesawat berlepas dan sebelum pramugari sibuk sediakan meal in flight, aku akan minta mereka isikan air panas di dalam termos ini. Jadi, airya betul-betul panas.

Boleh ke buat susu anak guna air panas gilerrrr tu? Adoi..point seterusnya di bawah.

3.Botol/Bekas Air Masak

Dah dapat air panas, barulah boleh dicampurkan dengan air masak. Jangan letak air panas dalam botol susu anak tu terlebih dahulu. Kan melting pula botol tu. Masukkan air masak biasa, then baru masukkan air panas mengikut sukatan yang sepatutnya. Jadilah air suam yang sesuai untuk penyediaan susu anak.

Kemuadian barulah masukkan susu formula ke dalam air suam itu.

Goncang-goncang sehingga sebati sebelum bagi anak-anak minum ye..hehehe..

Senang kan.

Keyword dia, susu formula tu korang dah pek siap-siap.

Janganlah masa tu baru nak ambil sudu, sukat satu per satu, memang lecehlah. Silap-silap masa korang tengah sukat sudu per sudu, ada turbulence, mahu berterabur susu tu atas peha gebu…

Oh ye, cara ini hanya tertakluk kepada penyusuan susu formula di dalam pesawat, bukannya susu ibu (breastfeed)…yang itu dah masuk ke topik lain;-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

5 thoughts on “Cara Sediakan Susu Anak Semasa Penerbangan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam