Ramadhan 1438H

Assalamualaikum wbt..

Pejam celik, pejam celik, dah masuk 11 Ramadhan hari ini. Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa.

Aku tak pasti sama ada aku sorang je rasa ‘masa cepat berlalu’, atau korang pun rasa. Dah pun masuk fasa kedua di bulan Ramadhan, Tak lama lagi akan masuk fasa ketiga atau fasa terakhir yang sememangnya akan lebih mencabar.

Mencabar bukan sebab menahan diri daripada tak makan tak minum di siang hari, tetapi diuji dengan cabaran untuk melakukan persiapan menyambut ketibaan hari raya.

Kebanyakan akan terlupa kelebihan beribadat di bulan Ramadhan, kelebihan yang takkan dapat di mana-mana bulan yang lain. Persiapan hari raya menjadi keutamaan di minggu-minggu terakhir Ramadhan. Minta dijauhi aku dan kamu daripada sikap sebegini.

Ramadhan Pertama Tanpa Ibu Mertua

Syawal makin dekat, bermakna hampir setahun pemergian mama yang menghembus nafas terakhir pada 3 Syawal tahun lepas. Rindu? Ya, memang kami rindu. Masakan tidak selepas hampir 3 kami tinggal di bawah satu bumbung. Semestinya abang Dayyan yang paling rapat dengan arwah sejak hari pertama lahir di dunia, lebih rindu walaupun dia masih belum memahami erti satu kehilangan. Semoga roh arwah mama tenang dan dicucuri rahmat di sana. Al-fatihah..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

19 Comments

  1. Memang terasa masa cepat berlalu. Terasa tidak banyak mana pun amalan yang telah dibuat. Tapi masih belum terlambat sebenarnya.

    Salam takziah atas kehilangan ahli keluarga.

  2. Al-fatihah.. nk dekat setahun. tpi rasa sayu yg msih sama.
    rindu nk rsa msakan mama msa bulan puase ni.
    rindu nk dengar mama panggil “Gurl, mommny, dayyan, danish & Jamar”.

    Allah je yg tau.. 🙁
    NuNu EeRa recently posted…Family holiday in Hong Kong.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam