burp@

Food Truck Anggerik Mall Shah Alam

Assalamualaikum wbt & Salam 13 Ramadhan.

Tak pasti dah berapa lama wujudnya Food Truck Anggerik Mall Shah Alam yang terletak di kawasan parkir. Aku pub baru tahu pasal ‘port lepak’ ini selepas aku dan famili ke PKNS Shah Alam. Alang-alang dah tahu, alang-alang dah masuk waktu ‘supper’, aku ajaklah isteri dan anak-anak lepak kat sini.

Fakta: Kerajaan Negeri Selangor sudah meluluskan polisi baru lesen perniagaan ‘Food Truck’ dan ‘Smart Truck’ yang mana Selangor menjadi peneraju dan negeri pertama memperkenalkan lesen dengan konsep ini.

Food Truck Anggerik Mall Shah Alam

Food Truck Anggerik Mall Shah Alam

Jarang aku lepak dengan anak bini di luar pada waktu malam. Since Dayyan & Danish pun masih aktif (11.00 malam!) masa tu, aku ambil peluang ni untuk bagi mereka rasa pengalaman membeli Coconut Shake dan Supreme Burger di Food Truck.

Dayyan ni biasanya tidur awal. Aku balik tarawih, dah siap berdengkur. Mungkin sebab ‘excited’ dapat keluar malam selepas berapa lama tak keluar malam, dah tak ingat waktu tidur dia. Teruja gila dia dengan keunikan van/ lori kecil yang diubah-suai menjadi kiosk mini dengan pelbagai menu jualan. Ada food truck yang menjual pizza, ada yang menjual nasi&kambing bakar, ada burger bakar, ada minuman sejuk dan panas dan pelbagai lagi. Tak berhenti mulut Dayyan dok tanya apa itu, apa ini. Boleh tahan banyak mulut gak si Dayyan ni. Boleh tahan penat gak aku memikirkan jawapan yang paling ringkas untuk dia faham. Biasalah, budak baru 4 tahun, budak baru nak up..hahaha

Food Truck Anggerik Mall

Masa aku datang ke sini, Sajer Busker sedang perform untuk menghiburkan pengunjung di sini. Sedap suara vokalist Sajer Busker. Rasanya aku pernah layan diorang perform, tapi lupa kat mana. Meriah. Meja dan kerusi disediakan untuk keselesaan pengunjung. Pilih je mana satu yang korang nak duduk. Tak kisah. Lepas makan, jangan lupa kemaskan sisa makanan & bekas makanan dan buang ke dalam tong sampah yang disediakan.

tempat makan Shah Alam

Aku memang dah aim burger dari awal. Kena lak ada food truck yang menjual burger bakar, dengan patty buatan sendiri. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal ni. Aku order ala carte Supreme Burger, RM8 sahaja. Nampak simple, tapi rasa dia luar biasa. Aku expect saiz burger ni lagi besar, tapi it’s ok. Tak elok makan banyak tengah-tengah malam kan..heheh..Wife aku lak beli coconut shake kat food truck TANGO (RM5). Pekat rasa kelapa dia. Uniknya Food Truck TANGO ni, beli 1 cup Coconut Shake tu, dapat kupon untuk redeem 1 tin air Warrior.

Ko pernah minum air Warrior ni? Kalau tak, rugi..

Aku minum habis 1 tin air Warrior perasa Strawberry. Sedap. Memang warrior. Sebabnya, aku jadi aktif selepas minum, takleh nak tidur, then rasa lebih bertenaga selepas sahur membawak ke petang. Pergh..apa menda ada dalam air ni? Patutla..katanya mengandungi vitamin B + ginseng..air tenaga kan. Nak kena cari air tenaga Warrior ni lah untuk travel/drive jauh nanti..

Aku tak pasti Food Truck Anggerik Mall ni buka sampai jam berapa pada bulan Ramadhan ni. Biasanya, hari-hari biasa buka dari jam 6 petang hingga 12 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

9 thoughts on “Food Truck Anggerik Mall Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam