Tips Kewangan

Cara Urus Duit Raya Anak ?

Tips Cara Urus Duit Raya Anak.

Raya dah nak dekat. Duit raya dan hari raya antara tradisi yang masih meriah dari dulu hingga sekarang. Tak kiralah, banyak atau sedikit, anak-anak pasti gembira dan teruja setiap kali menerima ‘angpow’ atau duit raya daripada mereka yang lebih berusia.

Duit raya anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga oleh ibu bapa. Amanah ye, bukannya ibu bapa boleh sesenang hati nak guna. Kalau nak pinjam pun, make sure bayar.

Ada sesetengah ibu bapa risau anak-anak berbelanja benda-benda yang tidak sepatutnya apabila menerima duit raya dapat jumlah yang banyak. Ibu bapa yang bijak akan membantu anak-anak membuat simpanan di institusi kewangan yang berpotensi memberi keuntungan lebih dalam tempoh masa tertentu.

Jadi, di mana dan bagaimana cara yang terbaik untuk urus duit raya anak yang diperolehi setiap tahun?

Meh aku nak kongsi cara aku urus duit raya anak-anak, atau mungkin dah ramai ibu bapa yang sedang melakukan perkara yang sama.

Didik Anak-anak tentang DUIT & Menabung / Melabur.

Ada ibu bapa yang tidak suka anak kecil mereka berurusan dengan duit, walaupun RM1. Bagi aku, sejak usia 1 tahun lebih, aku dah bagi anak-anak pegang duit & tahu nak buat apa dengan duit.

“Nak toys, kena ada duit. Macam mana nak cari duit? Kena kerja. Macam mana nak kena? Kena belajar rajin-rajin (ilmu).”

Frasa ini sering kali aku guna untuk didik mereka tentang duit.

Selain itu, setiap kali bawa mereka ke kedai untuk membeli barang dengan nilai kecil seperti roti gardenia, aku bagi duit kepada anak untuk dihulurkan kepada tokey kedai. Jika ada baki, bagi mereka ambilkan. Secara tidak langsung, mereka lebih memahami satu proses urus niaga menggunakan duit.

Bila dah ada duit, barulah boleh terapkan cara menabung atau melabur dalam diri anak-anak.

Dalam skop duit raya, secara tidak langsung boleh mendidik mereka konsep ‘memberi’ seterusnya melakukan simpanan dan pelaburan.

Akaun Pelaburan Jangka Masa Panjang.

Tabung Haji menjadi tempat simpanan rutin bagi keluarga aku. Sejak lahir lagi, aku dah bukakan akaun Tabung Haji untuk anak-anak.

Dari duit yang orang bagi masa melawat sewaktu kelahiran, duit bonus mak pak dan duit raya, aku depositkan dan pejam mata. Tiap-tiap tahun just update untuk tahu berapa jumlah dividen yang dapat.

Aku jadikan Tabung Haji sebagai tempat melabur jangka masa panjang yang rendah risiko selain daripada patuh syariah & dah siap tolak zakat. Setel.

Akaun Pelaburan Jangka Masa Sederhana.

Aku juga ada bukakan akaun saham amanah (unit trust) di bawah nama isteri, khas untuk tabungan anak-anak untuk jangka masa sederhana (pendidikan). Selain duit raya anak-anak, aku & isteri asingkan sedikit pendapatan bulanan sebagai pelaburan tambahan.

Ini juga akaun pelaburan yang rendah risiko, tetapi potensi pulangan pelaburan akan melebihi pelaburan jangka masa panjang yang aku rancangkan seperti di atas.

Selepas 20 tahun, insyaAllah aku dapat melihat hasil ‘The Magic of Compounding’ yang menjadi konsep asas dalam pelaburan saham amanah. Ada orang cakap, ini adalah keajaiban ke-8 di dunia..

Lepaslah buat belanja pengajian di universiti anak-anak atau deposit rumah pertama mereka.

Beli Emas.

Idea yang best, beli emas guna duit raya. Aku pasti, kebanyakan duit raya yang anak-anak zaman sekarang dapat, mampu untuk membeli sekurang-kurangnya 1gram emas.

Cuba bayangkan, dari anak berusia satu tahun hingga ke 15 tahun (form 3 masih tak malu nak terima duit raya kan??), setiap kali hari raya, dapat duit raya terus beli 1gram emas.

Masuk form 3, anak-anak dah ada 15gram emas. Dan, agak-agak pada masa itu, harga emas masih sama atau makin meningkat?

Akaun Pelaburan Jangka Masa Pendek.

Yang ni tinggi risiko tetapi ada potensi untuk keuntungan yang lumayan.

Hanya dengan ilmu, risiko dapat diminimumkan. Itu pun kalau duit raya anak-anak memang sangat banyak atau pun hasil dividen di lain-lain instrumen terlebih banyak, bolehlah melabur di kaunter-kaunter Bursa Malaysia atau pasaran global seperti Nasdaq.

Aku panggil pelaburan jangka masa pendek sebab tidak mustahil untuk korang mengaut keuntungan dalam masa kurang 10, dengan syarat ada ilmu dan strategi.

Yang ini aku nampak potensinya, tapi aku masih belum praktikkannya menggunakan ‘duit raya’ anak-anak..;-)

 

Walau macam mana cara kita urus duit raya anak sekali pun, paling penting kena JUJUR. Itu juga adalah satu AMANAH.

Sampai satu masa, apabila mereka faham&matang, fahamkan mereka tentang matlamat simpanan/pelaburan supaya mereka sendiri dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak.

Selamat mengurus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

8 thoughts on “Cara Urus Duit Raya Anak ?”

  1. Anak den baru 2 tahun..
    dapat duit raya je aku belanja..
    hehehehe
    taklah masukkan je kat tabung haji atau simpanan lain.. untuk masa depan dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam