travelog

Tsim Sha Tsui & Mong Kok, Hong Kong

Ada apa di Tsim Sha Tsui & Mong Kok, Hong Kong?

Ini entri terakhir untuk Family Trip ke Hong Kong, 2 bulan yang lepas.:-p

Ada yang email untuk aku kongsikan itenerari & tips terutamanya semasa travel bersama dua orang anak kecil. Kebetulan usia dua anaknya sama seperti anak-anak kami. Yang tu, lepas entri ini aku akan kongsikan. Stay tune..

Selepas tiga hari berada di Disney Hollywood Hotel, kami check out dan akan stay di Imperial Hotel yang terletak di Tsim Sha Tsui, di bahagian Selatan Kowloon. Bandar ini merupakan major tourist hub yang penting di Hong Kong. High end shopping mall dan restoran mewah juga lebih banyak terdapat di sini selain daripada muzium-muzium utama yang menyimpan pelbagai sejarah dan peristiwa penting bagi Hong Kong.

Selesai sahaja urusan check-in, letak beg, mandi & solat, terus keluar berjalan-jalan di sekitar Tsim Sha Tsui. Aku memang tak buat research pasal bandar ini. Kali ini aku lebih bergantung kepada apps Maps.Me untuk ke mana-mana. Isteri aku lebih tahu tentang Tsim Sha Tsui, apa ada kat sini, apa menarik kat sini. First tempat dia minta nak masuk malam ini adalah SASA. Aku perasan kedai ni ada di Malaysia, tapi aku tak tahu apa yang menarik tentang SASA ni. Girl thing, aku biarkan sahaja isteri habiskan masa dalam kedai tu.

Sementara menunggu isteri setelkan ‘pencarian’ dia, aku terpaksalah entertain si kecil Danish. Lebih 10 kali gak la turun naik ekalator. Mujurlah jumpa mesin telur ini yang berjaya menarik perhatian dia.

Isteri keluar dari SASA dengan penuh senyuman. Katanya, perfume kat sini jauh lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia. Mujurlah dah agak lewat malam, dalam jam 11.00 malam, kedai-kedai di area mula ditutup.

Esok paginya, selepas sarapan kami terus menuju ke The Garden of Stars. Tempat ‘wajib pergi’ ni kalau datang ke Hong Kong. Aku pun tak tahu kenapa. Yang aku tahu, kat situ ada patung (statues) dengan ukiran tokot terkenal dunia seperti Bruce Lee, Anita Mui dll.

GARDEN OF STARTS

The Garden of Stars ni terletak belakang Imperial hotel je. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Tapi kami pusing hingga ke Star Ferry sebelum patah balik ke sini. Mencabar gak berjalan jauh dalam keadaan sejuk dan berangin bersama dua orang anak asyik-asyik nak berlari ke kiri dan kanan.

Abang Dayyan muka tak teruja. Biasalah patung tu generasi lain, sekarang ni generasi Kungfu Panda je.

DCIM101GOPROGOPR1797.JPG

Haa..masa ini baru ada freetime untuk aku selfie bujang. Anak-anak dok bertafakur atas kerusi sebab terkejut kena marah dengan atok tukang kebun. Ye la diorang dok baling baling batu kecil kat situ. Kat sini jangan main-main, takde nak manja-manja. Orang tua pun selamba marah budak kecil kalau diorang buat salah. Aku pun macam mana boleh tak perasan diorang dok baling-baling anak batu tu.

Kami check out dari Imperial Hotel dalam jam 11.30 pagi. Tinggalkan beg di hotel dengan bayaran HKD10. Ada masa lebih kurang 3 jam sebelum perlu naik teksi untuk ke airport.

Dalam masa 3 jam ini, kami ke Mongkok Street menaiki MTR dari stesen Tsim Sha Tsui. Jalan kaki 5 minit je dari Imperial Hotel. Tiket dari stesen Tsim Sha Tsui ke Mongkon lebih kurang HKD5.20 tak silap aku. Aku guna kad Octopus, lebih cepat dan lebih jimat. Ambil line Tsuen Wan dan turun di stesen Mongkok.

Di stesen Mong Kok, ambil exit E2, cari Nelson street dan menuju ke Ladies Market!

Ada Apa di Ladies Market?

Ladiea Market ni lebih kurang Petaling Street/uptown di Malaysia. Kat sini ada gerai-gerai yang menjual cendermata atau baju-baju lokal. Lagi terer ko tawar-menawar, lagi murah barang yang ko akan dapat beli. Kebanyakan barang tak originallah. Harga pula jauh lebih murah berbanding di tempat aku..hehehe..

Kat area Mong Kok ni, banyak gak kedai makan Halal dari Turki, India dan Pakistan. Memandangkan kami mengejar masa, tak sempat nak singgah cuba masakan kat sini. Next time..

Tengok street sebegini, teringat Shinjuku&Akihabara di Jepun.

Jangan lupa bawa stroller yang selesa sekiranya korang travel dengan anak kecil, terutamanya semasa musim sejuk/dingin. Konfem bergilir-gilir waktu tidur diorang. Kalau bapa sanggup dukung setiap masa, takde hal. Kalau aku kena dukung ‘double DH’ aku ni, konfem senget bahu, berat hoi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

7 thoughts on “Tsim Sha Tsui & Mong Kok, Hong Kong”

  1. Tuan jalan jalan hong kong ni sambungan dari pergi disneyland tempohari kan

    Sedih Mama lihat patung bruce lee tu

    Arwah abang meninggal hampir 2 tahun lepas pun pernah pergi disneyland hongkong

    Antara gambar yang ada dalam koleksi sekarang ni gambar masa abang kandung di patung bruce lee tu

    Hmm. Masa pantas berlalu. Yang pergi tetap pergi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam