travelog

Itinerary Dan Bajet ke Hong Kong Disneyland

Itinerary Dan Bajet ke Hong Kong Disneyland bersama 2 Orang Anak

Ada 2,3 orang reader yang bertanya tentang itinerari dan bajet ke Hong Kong Disneyland bersama keluarga.

Aku jarang update itinerari aku setiap kali travel/outstation ke luar negara.

Disebabkan aku terima email daripada seorang reader yang kebetulan mempunyai saiz keluarga seperti kami, dua orang anak lelaki berusia 4 tahun dan 1 tahun, aku akan kongsikan kali ini. Mereka juga akan travel ke Hong Kong tanpa tourist guide.

Ada ada update secara panjang story perjalanan dalam blogpost sebelum ini. Link tu aku masukkan dalam ringkasan itinerari dan bajet di blogpost ini.

Day 1

Tiba di Hong Kong International Airport jam 1.00 petang.

Perkara penting, beli Simkad (HKD118) & Kad Octopus (HKD370 untuk 3 orang).

Dari airport, ambil Green Taxi menuju ke Disney Hollywood Hotel. Tambang ikut meter, HKD130.

Ngam-ngam sampai hotel, terus check-in.

Aku ambil Pakej Three Magical Day Disney Getaway untuk bilik 3 hari 2 malam termasuk Disneyland Park Ticket(2x 2 days Adult  + 1x 2 days Child), buffet breakfast, 2 days Park meal coupun, free transport to Park etc dengan harga HKD7256.50.

Berbaloi tak? Serius berbaloi..tapi tak pasti pakej yang ni masih ada atau dah tukar dengan pakej lain mengikut musim.

Lunch di bilik sahaja. Aku siap bawa 1 beg untuk makanan sahaja. Penuh dengan makanan segera (maggi, bubur, Brahims, sardin, kari ayam etc)

Sebelum Maghrib, naik bas dari hotel ke MTR Disneyland Station. Dari sini, naik tren ke Sunny Bay station, sebelum transit dan tukar tren ke MTR Tung Chung Station. Dari stesen ini, just berjalan kaki ke City Gate Mall.

Untuk cerita lebih lanjut, boleh baca blogpost Day 1: Travel ke Hong Kong.

Since aku tak jumpa tempat halal kat Citygate ini, aku singgah di Eat East (convenient store) dan beli nasi putih separuh masak. Eh bukan beras, nasi..n.a.s.i..act dah masak, just aku kena panaskan je.

So, dinner kami disediakan oleh Brahim’s. Kalau ikut bajet asal, HKD250 aku peruntukkan untuk dinner. Nampak tak berapa banyak aku jimat kat sini..hehehe..

PERBELANJAAN KASAR DAY 1: HKD618 + HKD7256.50.

Day 2

Selepas sarapan, ambil angin pagi di Taman Hollywood di belakang hotel. Taman tepi laut. Nice view. Tetapi sekejap je sebab tak sabar nak ke Hong Kong Disneyland. Opening time 10.00 am.

Untung jadi Guest Hotel di sini, just naik bus yang disediakan percuma di pekarangan hotel. Tak sampai 10 minit jarak perjalanan ke HK Disneyland.

Tiket masuk ke Disneyland adalah untuk 2 hari. So, untuk hari pertama, kami berada di dalam taman tema tu dari pagi hinggi ke malam. Plan asal nak balik hotel sekejap, tetapi alang-alang dah masuk, malas nak keluar, stay sehingga Disneyland tutup..haha..

Jom baca blogpost Pengalaman Hari Pertama di Hong Kong Disneyland.

So apa bajet yang aku guna pada hari ini.

Tak banyak. Tapi mesti mencuba Popcorn Disneyland (HKD38) dan juga Waffle Kepala Mickey (HKD50). Diiktiraf HALAL ok. Dua makanan ni sebagai snack untuk Dayyan&Danish untuk teatime.

Untuk lunch, kami guna Park Meal Coupun yang dah masuk sekali dengan Pakej Three Magical Days tu. Kalau takde meal coupun tu, korang perlu membayar sekurang-kurangnya HKD120 untuk setiap set makanan halal di Restoran Explorer’s Club.

Dah namanya taman tema Disneyland, kiri kanan belakang depan ada toys/souvenir shop. Nasib baik aku dah asingkan bajet untuk toys anak-anak dan souvenir untuk saudara-mara.

Aku bernasib baik kerana kawan aku yang berkhidmat sebagai juruterbang di syarikat penerbangan di Hong Kong turut serta pada hari ini dan mempunyai kad keahlian GOLD Disneyland. Dengan kad ini, aku mendapat diskaun sebanyak 10% untuk pembelian barangan di Disneyland. Banyak gak jimatnya di situ.

Total hangus untuk toys+souvenir ialah HKD601.

PERBELANJAAN KASAR DAY 2: HKD689

itinerari dan bajet hong kong

Day 3

Selepas brekpes, terus pack luggage untuk ditinggalkan di tempat simpanan beg hotel sebelum ke Disneyland untuk sesi hari kedua. Perancangan asal, akan berada di Disneyland untuk setengah hari. Kita hanya merancang, Dia yang tentukan..terlajak sampai ke malam juga lah! Well, travel dengan anak-anak ni, tak boleh strict sangat dengan jadual asal. Abang nak stop kat game itulah, adik lak nak masuk kat sini lah. Biasalah, sesi kali ini untuk mereka bersuka-ria sebenarnya walaupun happens on ddy ddy’s Anniversary!. Daddy&Mommy kena sabar banyak-banyak..hehehe..

Jom baca blogpost dan gambar aktiviti di Hari ke-2 di Hong Kong Disneyland.

Sempat juga aku tapowkan makanan di Explorer’s Club untuk makan malam nanti. Kat sini takde plastic bag, mujurlah ada dijual Mickey Lunch Box (HKD48). Sumbat je nasi ayam dalam box tu. Setel!

Seperti semalam, popcorn (HKD38) untuk tenaga dan masih sempat untuk menambah beberapa koleksi souvenir (HKD168) untuk dibawa pulang.

Selepas ‘check out’ dari Hong Kong Disneyland, ambil beg dan terus bergerak ke Imperial Hotel yang terletak di bandar Tsim Sha Tsui menggunakan teksi hotel (HKD193). Agak lewat check in, nasib baik dah siap fully paid menggunakan AGODA.

Lokasi Imperial Hotel terletak betul-betul di tengah bandar. Bilik dua kali ganda kecil berbanding Disney Hollywood Hotel. Rate yang aku dapat ialah RM373.00 untuk satu malam. Bayar kot Ringgit siap-siap dari Malaysia..hehehe.

Setel check in, mandi solat semua, terus keluar mencari apa yang patut. Kali ini, masa untuk mommy shopping di SASA.

SASA? Apa tu..aku pun tak ambil tahu sangat..huhu..sempat gak sambar perfume dengan harga HKD308.

PERBELANJAAN KASAR DAY 3: HKD755 + RM373.00

Day 4

Hari terakhir di Hong Kong. Sempat juga ke The Garden of Stars dan Mong Kok Street menggunakan MTR. (Blogpost: Tsim Sha Tsui & Mong Kok)

Tidak sah berbelanja barangan murah seperti t-shirt lokal, tag, keychain etc sebagai tanda kenangan. Jangan lupa tawar-menawar serendah mungkin di Mong Kok. Pasti berbaloi.

Total perbelanjaan di Mong Kok: HKD635.

Dari Tsim Sha Tsui, kami menaiki teksi ke Hong Kong Internationl Airport dengan jarak perjalanan lebih kurang sejam. Cas yang dikenakan adalah HKD246 .

Kalau korang tak puas shopping barangan Disneyland di HK Disneyland, boleh sambung shopping di Disney Store di airport ini. Macam kitorang, sempat lagi ‘last kopek’ untuk barangan promo yang ditawarkan di sini. (HKD375).

Memandangkan inflight meal ada aku pre-book, cukuplah sekadar 2 sets sandwich lobster (HKD34) yang aku beli di convinient store di airport untuk alas perut..hehehe..oh ye, sebelum boarding, sempat lagi sambar mug Hong Kong Starbucks (HKD135) sebagai tambahan dalam koleksi daddy! Yey!

PERBELANJAAN KASAR DAY 4: HKD1425

Done! Bye bye Hong Kong.

InsyaAllah ada rezeki akan datang lagi ke sini. Kali ini, tujuan utama hanyalah untuk menghiburkan abang Dayyan & adik Danish di Hong Kong Disneyland. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Hong Kong yang tidak sempat kami lawati..next time ok!

============================================

BAJET KESELURUHAN

  1. Pakej Three Magical Day incl Disney Hollywood Hotel : HKD7256.50
  2. Perbelanjaan Kasar : HKD3487
  3. Imperial Hotel : RM373.00
  4. Flight Ticket-2 adults 1 kid 1 infant Hot Seat (return) : RM2236.00

*currency: HKD100=RM59 🙁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

6 thoughts on “Itinerary Dan Bajet ke Hong Kong Disneyland”

  1. kira-kira .. last-ast baling kalkulator .. kekeke.. tapi ye kalau bercuti dengan anak-anak tak boleh serius sangat kene fun-fun & kene ade extra money dalam poket ajaib 😉

  2. Salam singgah dari Nieyl..
    menariklah perkongsian mcnie…
    blh jadi rujukan pd mereka yg nak pergi travel..
    jadi,dpt percutian yg berkualiti dan bijak merancang perbelanjaan..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam