Ini kisahku

Dayyan Harith Turns 4

Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan menyambut hari kelahiran abang Dayyan yang ke -4 di kampung. Sebenarnya, tidak merancang untuk sebuah majlis hari jadi, tetapi keterujaan Nekmi & mommy menjemput saudara terdekat menjadikan hari tersebut sangat meriah. Yang paling seronok pastinya ‘birthday boy’. Tak sangka, last minutes jemput tetamu pun, diorang masih sempat belikan hadiah. Terima kasih semua. Penuh gak satu bonet kereta dengan hadiah toys abang Dayyan.

majlis hari jadi

23 April, 4 tahun yang lepas, hari pertama aku dah isteri bergelar ibu bapa. Tup tup hari ini, abang Dayyan dah pun 4 tahun, dah pun ada seorang adik lelaki. Seronok jadi bapa kepada 2 orang anak lelaki yang aktif dan lasak. Penat? Semestinya, sangat mencabar dalam membesarkan dua orang anak yang sangat aktif. hehehe

majlis hari jadi

Kek hari jadi ni isteri aku tempah dengan seorang ‘baker’ di Besut. Aku lupa lak nama dia. Nanti aku check & update. Kek dengan edible images bertemakan Moana. Sedap, cantik & kreatif. RM85 untuk sebiji ni. Kagum gak aku dengan mereka yang berbisnes dari rumah. Produk bagus, marketing cantik, insyaAllah boleh berjaya. No wonderlah, adik aku yang stay kat Johor pun, setiap kali balik kampung, mesti order kek dari baker ini.

Selamat Hari Jadi abang Dayyan. Semoga sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yang baik setiap masa. Paling penting, jadi anak yang soleh. Aku mohon sesiapa yang baca blog ini akan meng’amin’ doa aku ini..Terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

9 thoughts on “Dayyan Harith Turns 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam