The Parenthood Playland di Sunway Pyramid.

Selepas sesi Confident Swimming Babies & Water Safety Workshop, aku terus join ister&anak-anak di The Parenthood Playland di Sunway Pyramid, Largest Family Park di Malaysia yang berkonsepkan Indoor Playland di London.

Memang sejak awal tahun plan nak ke playland ini yang terletak di Sunway Pyramid, tetapi asyik tertangguh. Rezeki anak-anak kali ini, bapa ada kerja di sana, bolehlah terus masuk ke sini. Sambil menyelam, sambil minum air itu lebih baik 😉

Mungkin ada yang belum tahu kewujudan taman permainan di dalam shopping mall ni. The Parenthood berkonsepkan taman riadah untuk keluarga di dalam kawasan yang bertutup, selamat dan sesuai untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Biasanya tempat-tempat sebegini, ibu bapa hanya memantau anak-anak, tetapi kat sini, ibu bapa pun boleh join sama. Boleh je follow anak-anak naik gelongsor, baling baling bola dan sebagainya.

HARGA TIKET THE PARENTHOOD PLAYLAND SUNWAY PYRAMID.

WEEKDAYS

RM40.00 untuk Kanak-kana (2-12 tahun)

RM20 untuk Kanak-kanak Bawah 2 tahun.

WEEKEND (Cuti awam/Cuti Sekolah)

RM50 untuk Kanak-kana (2-12 tahun)

RM25 untuk Kanak-kanak Bawah 2 tahun.

The Parenthood Playland di Sunway Pyramid

Selain di Sunway Pyramid, The Parenthood juga terdapat di Sunway Putra Mall, KL. Kepada ibu bapa yang tak nak anak mereka berpanas di bawah matahari dengan aktiviti outdoor, bolehlah luang masa ke sini.

LOKASI THE PARENTHOOD SUNWAY PYRAMID.

Walaupun dah biasa dengan Sunway Pyramid, aku takleh imagine kat mana lokasi sebenar The Parenthood. Jangan risau, just pergi ke 1st Sunway Pyramid West, kat sini ada signboard tunjuk arah ke The Parenthood. Atau, cari je PADINI outlet, masuk ke dalam dan terus lagi ke dalam. Konfem jumpa jalan ke The Parenthood.

Aku tak pasti, mana datang tenaga abang Dayyan & adik Danish. 3 jam ke sana ke mari dalam di The Parenthood ni, bermain dengan kawan-kawan lain tanpa rasa penat tu. Sesekali minum air pun nak cepat je..

Abang Dayyan muka tak puas hati sebab dah nak kena balik. 3 jam tak penat lagi ke bang oii..Bapak dia yang perlukan rehat ini…

Alamat The Parenthood Sunway Pyramid:

First Floor, Unit SPW F003, Sunway Pyramid West, Sunway Pyramid Shopping Mall, No.3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Note: Harga tiket yang di atas tu, adalah standard harga diorang. Boleh survey promosi-promosi di internet untuk dapatkan harga yang lebih umpph!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

Untuk sebarang kerjasama, sila hubungi JMR melalui emel : mjdetroit83@gmail.com

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

8 Comment

  1. Dah lama tak masuk sunway. Kali terakhir masa tu singgah makan kat manhattan fish matket. Memang terbaiklah
    .
    Ada pula tempat untuk anak anak sekarang ya
    .
    Mama nak singgah insyaallah
    Mama Hakim recently posted…Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017My Profile

  2. Bukan senang nak dpt peluang riadah indoor sama2 dengan family.. dan tak semua tempat ada taman permainan indoor mcm di sunway pyramid nih..
    Mohd Aswad recently posted…Perak – Koperasi Wawasan Malaysia BerhadMy Profile

    1. Betul tu..sekali-sekala bawa anak2 ke sini pun syok gak.
      JMR recently posted…Awana Skyway Genting HighlandsMy Profile

  3. Wah dah dekat dengan pejabat ni. Senang nak bawa anak anak. Lagipun dekat dengan BRT. Naik bas saja nak kesana pun boleh
    Mazni Azmi :p recently posted…Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017My Profile

    1. boleh pergi nanti..pernah sekali je naik BRT
      JMR recently posted…Awana Skyway Genting HighlandsMy Profile

  4. menarik juga, bersih gak nampaknya
    RAIHANAH AHMAD recently posted…Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3My Profile

  5. Mak ayah boleh tengok je hehehe
    Ikhwan recently posted…Soalan Temuduga Penguasa KastamMy Profile

  6. Bestlah ada indoor macam ni, mak bapak pun boleh tumpang main sekali
    Noriza Rahman recently posted…Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Diserang Chicken Pox!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam