Pet Fiesta Expo Malaysia || Abang&Adik Tak Nak Naik Stroller!

Pet Fiesta Expo Malaysia || Abang&Adik Tak Nak Naik Stroller!

Abang Dayyan dan adik Danish adalah peminat/pencinta haiwan. Cuma masih belum ada peluang untuk membela kucing atau burung mahu pun ikan. Pernah cuba nak bela ikan, tetapi tak sampai sebulan, ikan-ikan itu ‘meninggal’..setiap kali balik kampung, dikejarnya dan dipeluk-peluknya kucing peliharaan Nekmi. Kemurungan lak kucing-kucing tu kat kampung setiap kali kami balik kampung. Belum kira kambing dan ayam, satu kampung dua beradik ni dok mengejar…

Apabila mendapat tahu tentang Pet Fiesta Expo diadakan di Setia City Convention Centre, isteri dah ‘book’ masa hujung minggu kami untuk ke Expo Haiwan Peliharaan Terbesar di Malaysia ini. Expo ini diadakan dari Jumaat lepas hingga ke hari ini. Tamat sudah..hehehe

Tiket masuk ke Pet Fiesta Expo Malaysia ini ialah RM5/person, kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ada beberapa ruang pameran mengikut haiwan ie: kucing, anjing arnab, serangga etc. Ini pengalaman pertama aku ke expo sebegini. Teruja dan mencabar. Mencabar sebab di dalam hall di SCCC ini, pengunjung bebas membawa binatang peliharaan masing-masing. Ada yang peluk kucing, ada yang peluk anjing. Kucing ok lagi, tapi bab anjing, terpaksa la aku mengelak kiri kanan, depan belakang.

Bukan diskriminasi, malas nak menyamak jer..hahaha..jenuh gak nak bagitahu, “Don’ touch, see only” kat abang Dayyan & adik Danish. Tapi inilah masa yang terbaik untuk bagi mereka faham tentang ‘anjing&muslim’…kang tak pasal-pasal adik Danish geram, lalupeluk ‘puppy’ sebab sangat comel..

Danish cuba berkomunikasi dengan haiwan ini. Cicak? Biawak? Ntahlah, tapi beberapa minat gak la haiwan ini tak bergerak. Selama itu gaklah adik Danish tak gerak & berkelip matanya..

Dilema Anak Kota.

Di satu sudut dewan Pet Fiesta Expo Malaysia ini, disediakan satu ruang khas, disetkan seperti ladang peliharaan haiwan. Di dalamnya ada ayam, arnab, anak ayam dan anak itik. Abang dan adik dah excited nak join budak-budak lain. Aku tengok budak-budak ni excited giler, seakan jumpa ‘makhluk’ yang sangat RARE..kesian pun ada..ayam itik arnab je pun..hahaha..dilema anak kota kot..dah tu, nak masuk ke ladang ni, setiap anak dikenakan bayaran RM5..nanti kita balik kampung, mainlah dengan ayam puas-puas ye nak.

Abang geli-geli pegang anak ayam. Aku pasti, anak ayam tu mesti penat gila melayan budak-budak dok gomol diorang..esok lusa pendek umur tu..anak ayam je pun. Tu belum diorang tengok anak ayam pelbagai kaler yang pernah aku bela masa usia 7,8 tahun dahulu.:-p

Sejam lebih gaklah dok pusing-pusing dalam dewan expo ini. Penat dok mengejar adik Danish ke sana ke mari. Aku bawa stroller sebab tahu tempat ini luas dan pasti dia penat, tetapi mati-mati diorang adik Danish tak nak naik stroller.

Bila tanya kenapa tak nak naik stroller, jawabnya,

“..dog punyer…..”

Jom like FB: Pet Fiesta Expo Malaysia untuk dapatkan info terkini 🙂

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam