Pengalaman ke Hong Kong Disneyland bersama Anak-anak [Part 1]

Dah 2 minggu berlalu, tetapi seperti baru semalam aku & famili menikmati Pengalaman ke Hong Kong Disneyland. Kenangan yang terindah dan bahagia. Tidak dinafikan, taman tema Disneyland adalah syurga dunia kepada kanak-kanak. Dan gembira anak-anak adalah kebahagian bagi ibu bapa. Setuju? Say ‘i’…:-p

Banyak ingin aku coretkan..

Trip kami ke Hong Kong tidaklah panjang, biasalah ‘makan gaji’ susah mendapat kelepasan panjang. Jadi 4 hari 3 malam pada aku memang cukup untuk ‘upload’ sedikit pengalaman dan kenangan dalam hidup kami anak-beranak. Hari pertama, kedua dan ketiga memang banyak dihabiskan di kawasan Hong Kong Disneyland.

Check-in pada jam 2 di Disney Hollywood Hotel. Teruja dengan ke’cute’an decoration bilik kami, sepatutnya kami keluar ke Citygate pada jam 5 petang, tetapi terpaksa ditangguh ke jam 6.30 petang. Sekadar jalan-jalan ‘cuci mata’ ke CityGate sambil mencari menu makanan halal untuk dinner kami. Citygate ni boleh dikatakan sebagai syurga membeli-belah barangan berjenama, kerana di sini terdapat outlet-outlet tersohor dengan harga yang lebih murah berbanding di Malaysia. Ini isteri aku yang cakaplah, sebab aku tak masuk pun outlet-outlet di situ. Bagi dia sahaja yang masuk, aku jaga adik Danish&abang Dayyan kat luar sambil berdoa supaya isteri tidak tergoda dengan nafsu Swarovski, LV, Coach, Burberry segala bagai…Alhamdulillah, SAVE..!

Hari kedua di Hong Kong, selepas bersarapan di kafe hotel & pusing-pusing garden Disney Hollywood Hotel, barulah kami ke Taman Tema Disneyland dengan menaiki shuttle bus disediakan percuma untuk pelanggan hotel.

Mula-mula aku ingatkan perlu berebut untuk dapatkan tempat, tetapi dengan kekerapan tak sampai 10 minit untuk setiap bas, perjalanan menjadi lebih selesa. Bas ini akan singgah di 3 tempat; Disney Hollywood Hotel, Hong Kong Disneyland Hotel dan Disneyland Resort Public Transport Interchange (PTI). 

Welcome to Hong Kong Disneyland! Adik Danish steady je, macam tak nampak apa-apa yang best pun kat sini. Abang Dayyan dah memang tak sabar nak masuk ke dalam. Laju je dia berjalan dari pintu gerbang Disneyland ke entry gate.

Hong Kong Disneyland mula dibuka pada jam 10.00pagi. Kami memang dah siap beli tiket awal-awal (termasuk pakej dengan hotel), jadi tak perlu beratur panjang untuk beli tiket. Kalau tak beli lagi, terpaksalah beratur awal pagi untuk dapatkan tiket terutamanya pada hari minggu atau musim cuti sekolah.

Harga Tiket Hong Kong Disneyland:

HKD100 = 57.4 .

Di pintu masuk, terpampang peringatan larangan menggunakan selfie stick di dalam kawasan HK Disneyland, tetapi “Ada diorang kisah?” . Aku tengok ramai je yang ingkar larangan ini walaupun sentiasa ada staff HK Disneyland yang menegur. Terutamanya pengungjung dari Tanah Besar China, bukan nak racis, tapi ini realiti.

Check-in point sebelum ke syurga kanak-kanak. Oh ye, sebelum checkpoint ini, ada satu checkpoint untuk security check barang-barang yang di bawa masuk ke HK Disneyland. Makanan dan benda-benda berbahaya dilarang sama sekali untuk dibawa masuk. Makanan bayi dan susu bayi dikecualikan. So far, selama dua hari masuk, kami tidak menghadapi sebarang masalah. In fact, aku siap bawa masuk roti dan biskut untuk mak pak Dayyan&Danish. Sorok je celah-celah baju diorang dan pampers..haha..dan diorang memang tak check bawa stroller. Kat situ tempat paling strategik kalau nak letak nasi lemak ke sardin ke..hahaha..so far, pandai-pandailah nak hidup. Takde electronic scanner pun, just physical check..

Park Information.

Boleh ambil pamplet yang mengandungi info dan peta keseluruhan HK Disneyland ni. Ada banyak bahasa yang disediakan, Bahasa Melayu aku tak pasti ada ke tak.

Travel dengan anak-anak, terutamanya ke tempat sebegini, takleh nak ikutkan sangat itinerari segala bagai. Ada tu adalah, tapi aku fleksibelkan. Contohnya, pada hari pertama masuk Disneyland ni, sepatutnya kami akan balik ke hotel sekejap selepas jam 3 petang, tetapi end-up, langsung tak keluar sehingga jam 9 malam..mana taknya, interest Dayyan & Danish pada benda-benda unik di situ terpaksa aku ikutkan. Dia nak stop kat patung tu, aku layankan saja, nak stop kat kedai tu, layankan sahaja.

Letih memang letih, tetapi kalau tak layan, nanti mood diorang jadi lain.

Di sekitar HK Disneyland ni, di tempat-tempat tertentu, korang boleh bergambar dengan karakter-karakter Disney. Pilihlah sama ada nak guna kamera sendiri atau pun professional photographer diorang. Kalau guna photographer diorang, of kozlah kena dapatkan gambar tu menggunakan Photopass dengan kos-kos tertentu. Selain daripada beratur untuk bergambar bersama karakter Mickey & Minnie Mouse, insyaAllah ‘q’ tak terlalu panjang. Contohnya, untuk bergambar bersama si Pluto ni, kami terpaksa beratur selama 20 minit, barulah sampai turn kami. Mata Dayyan sembab sebab baru lepas menangis. Dok berkeras nak bergambar bersama Mickey&Minnie padahal ‘waiting time’ nak sampai 1 jam tu..aku tak kisah sangat sebab setiap pagi ketika bersarapan di kafe Disney Hollywood Hotel, karakter chef Mickey memang ada di situ untuk melayan budak-budak.

Family potret di depan Sleeping Beauty Castle. Takdelah sebesar castle di Tokyo Disneyland yang pernah aku jejaki 14 tahun yang lalu..hahaha..lama gilerr tu..insyaAllah ada rezeki, ke sana pula dengan anak-anak.

BAWA KAMERA KE HONG KONG DISNEYLAND

Aku dah alert pasal tak boleh bawa ‘selfie stick’ masuk ke kawasna HK Disneyland. Jadi, pada hari pertama, memang aku tinggalkan GoPro stick di hotel. Tapi rasa menyesal plak sebab aku nampak ramai je yang lepas bawa masuk. Feel guna Gopro sebagai action kamera tanpa sticknya sangat tak best. Hari kedua memang aku selamber je bawa masuk. Barulah feel. Oh ye, gambar dalam Hong Kong Disneyland ni untuk dua hari ini sahaja lebih kurang 1.5k keping. Ada yang tanya aku kamera yang digunakan bila aku ‘liveupdate’ di Ig @jmr_bhr . Aku bawa dslr Nikon D750, Gopro HERO5, Olympus Tough, Iphone5s dan Iphoe 6..hehe..kompom ada yang terkejut, kamera sahaja dah berapa kilo kan. Sebenarnya, setiap kamera tu ada tujuan dan objektif tertentu. Minat dan passion ni kadang-kadang susah aku nak terangkan dalam ayat di blog hahaha..

FANTASYLAND

First ride kami di Hong Kong Disneyland di Cinderella Carousel! Mommy&adik Danish ride sekor kuda tu, abang dah besar so dia boleh ride sorang-sorang. Sebenarnya, aku kurang gemar naik ride yang berpusing-pusing ni, sebab konfem aku akan pening. Tapi Dayyan&Danish dah beria-ria, aku turutkan sahaja. Nasib baik tak pening..haha..ride ini tak ambil kira height guest. FYI, ada certain ride yang ada minimum heght. Maknanya, kalau tak lepas ketinggian minima, tak dibenarkan untuk bermain ride tersebut.

Seceond ride di Fantasyland – Dumbo the Flying Elephant. Kali ini, abang dan mommy je yang naik. Adik Danish dah tertidur semasa beratur 20 minit untuk tiba giliran.

Bangun jam 6 pagi, berlari dari pintu masuk sehinggalah ke sini, mana tak penatnya. Ditambah pula dengan cuaca nyaman 16 darjah Celcius. Nyenyap je tidur. Mujur kami bawa stroller untuk trip ini. Boleh dijadikan tempat tidur bergilir-gilir abang dan adik. Kat sini banyak tempat parking untuk stroller tanpa risau hilang. Kalau tak bawa takpe, korang boleh sewa stroller Disneyland dengan kadar sewa HKD100(+deposit HKD100) untuk sehari. Tapi tak digalakkan sebab aku tengok macam keras dan tak selesa gila kot selera sewa kat sini.

Teruja gila tengok abang Dayyan ride Fly Elephant, terutama part elephant tu fly tinggi. Pengalaman pertama dia..

Mickey and The Wondrous Book.

Satu lagi attraction di Fasntasyland, pertunjukan pentas dengan tema ‘Disney’s Storybook Thetre’. Tayangan selama 28 minit berjaya memukau abang Dayyan dan mommy. Since adik pun tak bangun tidur lagi, aku lepak di luar bersama adik Danish. On the 2nd day baru aku dan Danish join sekaki. Yes, memang syok!

Persembahan menampilkan karakter-karakter Disney seperti Mickey Mouse, Goofy, Let It Go, Peter Pan, Mermaid dan ramai lagi.

POPCORN CARAMEL SEDAP 

Plan awalnya, sebelum start Fantasy Parde, kami akan makan tengah hari di Explorer’s Club di Mystic Point tetapi tertunda sebab adik still tak bangun tidur. Dan bila dah bangun, memang dah nak start parade. Jadi, isi perut dengan popcorn caramel yang sangat mabeles.

HKD50 untuk sebekas ni. Serius sedap. Kena try bila korang datang ke Hong Kong Disneyland. Berebut-rebut Danish & Dayyan sementara tunggu parade start.

FLIGHTS OF FANTASY PARADE

Setiap Ahad hingga Jumaat, Flights of Fantasy Parade akan bermula pada jam 3.00 petang. 15 minit sebelum mula, better cari port yang best untuk melihat sendiri perarakan ‘kereta berhias Disney’. Ini aktiviti wajib aku kalau datang Disneyland. Tema parade ini pula bertukar mengikut musim dan berbeza untuk setiap Disneyland di seluruh dunia.

Yeah, port ni best. Duduk paling depan, di selokoh pertama parade ini berarak. Nasib baik kami sampai di port awal, kalau tak, memang bersesak gak la. Selamber je duduk berkelah depan-depan, janji tempat ko duduk tu tak melebih garisan putih yang staff buat.

Hong Kong DisneylandParade ini lebih kurang 15 minit. Pelbagai watak yang keluar sambil bermesra dengan guests. Ada satu masa tu, tetiba je budak-budak yang dok kat tepi-tepi tu menyerbu karakter-karakter yang tengah parade. Kelam-kabut staff HK Disneyland nak uruskan budak-budak yang dok serbu karakter tu.

Elok je habis parade, perut memang dah berkeroncong dengan meriah. Memang kena cari makan berat sikit ni. Memandangkan Tahitian Cafe yang ada makanan halal tutup, terpaksalah berjalan jauh ke Explorers’s Club cafe yang terletak agak jauh (bila refer di map guide la)..

Tiba-tiba ada someone panggil nama aku. Eh kat sini pun ada orang kenal aku ke??

hahaha..

Sebenarnya yang tegur aku adalah jiran sebelah rumah di Besut, Terengganu. Selalu dok main bola kat depan rumah aku masa kecil dulu. Bertahun-tahun tak jumpa gak ni. Sekarang ni, beliau merupkan pilot untuk syarikat penerbangan di Hong Kong. Beliau tahu aku datang ke Hong Kong dan berada di Disneyland hari ni. Cuma aku terkejut macam mana beliau boleh tahu exactly lokasi kami berada pada masa tu. Bila ditanya, jawabnya ada tengok InstaLive masa parade tadi. Lagi pun, setiap sudut Disneyland beliau dah hafal. Senang je nak trace lokasi aku berada. Dalam setahun, lebih 10 kali enter Hong Kong Disneyland ni hahaha..haa ko, boleh bayang tak betapa transparentnya hidup kita zaman teknologi ni..pasni taknak wat live lagi lah! hahah..

Note: Ok lah, dah panjang aku rasa ni. Nak gi kerja plak, kang malam nanti aku sambung lagi..

20 Comment

  1. […] Jom baca blogpost Pengalaman Hari Pertama di Hong Kong Disneyland. […]

  2. salam, nk tanya lepas 2mlm di disney hollywood hotel then pindah ke hotel mane?masuk ocean park tk?sbb saya nk pergi 2 tempat ni n stay di disney hotel

  3. […] korang ada tempat memasak atau makan sahaja bekalan yang dibawa dari Malaysia. Dalam episod travel ke Hong Kong Disneyland kami pada bulan lepas, pengunjung memang tidak dibenarkan membawa masuk makanan daripada luar. […]

  4. […] korang ada tempat memasak atau makan sahaja bekalan yang dibawa dari Malaysia. Dalam episod travel ke Hong Kong Disneyland kami pada bulan lepas, pengunjung memang tidak dibenarkan membawa masuk makanan daripada luar. […]

  5. fazrul ikraam says: Reply

    kalau nak main ride, beg2 kena letak kat mana ye? atau boleh tinggal tepi sebelum naik ride? ke ada locker?

  6. Tengok harga tiket nak masuk Hong Kong Disneyland ni…boleh tahan juga…tapi bukannya selalu kan…hehe

  7. Bestnyaaaaa……

    Ntah bila la dapat bawak Dania datang sini….

  8. […] ..sambungan Pengalaman Best ke Hong Kong Disneyland bersama Anak-anak [Part 1] […]

  9. Kawan sebelah rumah tu siap boleh masuk 10 kali ya
    .
    Dah macam rumah no berapa ni. Cuma nak kata disney ni pun dari dulu bawa agenda tersembunyi
    .
    Filem terbaru tu yang kena haram kat malaysia tu pun ada doktrin yang nak di semai dalam minda anak anak secara bawah sedar
    .
    Betapa bahayanya kalau kita tak kawal apa yang orang nak programkan dalam minda anak anak
    .
    Kartun. Nampak comel tapi beracun

    1. ye, tp kita tak boleh kawal apa orang nak programkan dlm minda, yang boleh kita kawal hanyalah minda kita/anak-anak..setiap perkara, kalau tak dikawal, akan menjadi racun..even air kosong pon kalau minum over sgt pun boleh mendatangkan risiko pd dr sndr..peace*

      1. Terima kasih sebab balas komen tuan
        .
        Memang berat tanggungjawab jadi mak ayah zaman sekarang
        .
        Kita usaha sebaik boleh. Selebihnya mohon bantuan Allah swt
        .

  10. Bestnya dapat bawa anak-anak pergi bercuti ke Disneyland.. 😉

  11. bestnya dpt p sana..
    seronok dua beradik tu ye

  12. agak2 kalau pegi sensorang best x HK ni….

    1. Dah kenapa nak pergi sorg2..bawalah anak2

  13. Hong Kong Disneyland merupakan tempat yang menjadi kesukaan anak-anak..

    kaum bapak atau kaum emak terpaksa juga suka sebab nak menemani anak-anak masing-masing..

  14. Seronoknya baca pengalaman 2DH pergi hong kong disneyland. Mesti banyak habis ongkos untuk masuk ke sana kan?

  15. Pergh… jauh betul berjalannya..
    tapi pengalaman mcm ni mmg susah nak dapat…
    Kena set masa dengan family untuk kesana ni..hehehehe

  16. Wow! bestnya dapat bawak anak-anak pergi disnyeland

  17. menarik juga, boleh dipertimbangkan untuk pergi nanti

Leave a Reply