Explorer’s Club Restaurant Sediakan Makanan Halal di Hong Kong Disneyland.

Explorer’s Club Restaurant Sediakan Makanan Halal di Hong Kong Disneyland.

Perkara yang agak merisaukan apabila travel ke luar negara adalah tempat makan halal dengan harga berpatutan dan sedap. Eh, kalau tak sedap pun tak pe, janji halal kan. Melainkankan tempat penginapan korang ada tempat memasak atau makan sahaja bekalan yang dibawa dari Malaysia. Dalam episod travel ke Hong Kong Disneyland kami pada bulan lepas, pengunjung memang tidak dibenarkan membawa masuk makanan daripada luar. Mujurlah ada dua buah restoran yang menyediakan menu halal dalam Hong Kong Disneyland; Tahitian Terrace (temporary closed for maintenance) dan Explorer’s Club Restaurant.

halal food hong kong disneyland

Explorer’s Club Restaurant terletak di Toy Story Land berkonsepkan ‘food court’ bertemakan makanan negara yang berbeza seperti Indonesia, Jepun, Korea, Morocco dan tempatan. Menu-menu di Explorer’s Club disahkan HALAL oleh¬†The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong.

explorer's club hong kong disneyland

Harga kat sini boleh tahan tinggi gak berbanding di luar. Biasalah, kat mana-mana taman tema pun, harga makanan kat food court di dalam memang lebih mahal, pastu tak bagi bawa masuk makanan dair luar kan. Basically, harga pakej makanan termasuk air jus kat sini bermula dengan HKD139.

(Currency; HKD100 =MYR 57.20)

combo meal voucher disneyland

Mujur kami ada Combo Meal Voucher. Aku tak pasti voucher ini boleh dibeli daripada mana-mana kaunter. Yang aku dapat dah termasuk sekali dalam pakej Three Magical Days. Ada 6 set voucher untuk dua hari. Memang berbaloi gila kot kalau diikutkan harga makanan yang ada kat restoran ni.

menu indonesia halal di hong kong

Boleh pilih mana-mana menu yang aku suka. Nasi memang tak boleh tinggal. Yela, nak pusing satu Disneyland, perlukan tenaga yang banyak, nak-nak bila abang Dayyan bagi alasan dia penat dan nak didukung. 15 kilo bro! Mujur bapaknya besorr…

Makanan Halal di Hong Kong Disneyland

Lunch hari pertama, kami just guna dua voucher je, cukuplah untuk aku&isteri dan abang adik.¬†Portion makanan di sini memang banyak. Aku pun struggle nak habiskan. Alhamdulillah, mujurlah ada masakan Indonesia, rasanya pun sedap dan boleh diterima tekak. Kalau takde pun, insyaAllah masakan Jepun/Korea masih boleh diterima oleh kami anak-beranak. Sebabnya, aku dah ajar abang&adik untuk ‘takde isu’ dengan rasa makanan daripada negara lain, asalkan makanan tersebut HALAL. Bagi aku, asas sebegini perlu untuk mereka berhadapan dengan globalisasi dalam hidup mereka pada masa depan.

Mickey Lunch Box

Lunch pada hari kedua pun kami hanya menggunakan 2 keping voucher. So, balance lagi 2 keping tu, aku tapowkan 2 set menu untuk makan malam di hotel nanti. Lagi pun, kami akan berpindah ke hotel baru yang terletak bandar Tsim Sha Tsui. Senang ke tidak untuk dapat kedai makan halal di Tsim Sha Tsui, itu tak pasti. Jadi, lebih baik aku tapow awal-awal. Cuma, terfikir macam mana aku nak bungkus makanan memandangkan Explorer’s Club tidak menawarkan sebarang bungkusan makanan. Idea datang bila aku tengok kat sini ada menjual Mickey Lunch Box!

Setel masalah…

menu halal hong kong disneyland

Harga sebenar Mickey Lunch Box adalah HKD68.00 , tapi aku dapat dengan harga HKD48. Jimat. Boleh sumbat untuk dua set combo..hahaha..comel je lunch box tu.

Balik Malaysia, lunch box tu dah jadi tempat simpan blok LEGO si abang Dayyan..

surau di hong kong disneyland

Oh ye, kat sebelah Explorer’s Club Restaurant disediakan surau untuk muslim menunaikan kewajipan. Berhibur, berhibur juga kan, kewajipan jangan ditinggalkan. Zohor + Asar dijamakkan sekali, jadi tak perlu aku nak balik hotel dan re-enter..boleh tahan jauh oiii..

Jadi, lepas ni, takyah risau dah tentang Makanan Halal di Hong Kong Disneyland. Tak perlu berlapar lagi. Selain Tahitian Terrace dan Explorer’s Club, ada juga kiosk yang menjual waffle / popcorn / sosej yang halal, boleh makan tanpa was-was…

Enjoice!

13 Comment

  1. Kalau pergi ke Hong Kong restoran ini pasti menjadi tempat pilihan untuk makan nanti

    1. boleh masukkan dalam list ni, senang bila travel ke sana kan

  2. Bila ada makanan halal, pengunjung muslim pun ramai datang makan di sini.

    1. itu semestinya. satu cara utk tarik pengunjung muslim juga

  3. Tak terfikir lagi nak pergi ke disneyland hongkong
    .
    Tapi bagus juga ya ada masakan halal kat sana
    .
    Senang.

    1. ye, senang bagi muslim dapat makanan halal

  4. Kat disneyland pun ada makanan halal ya
    .
    Terbaik
    .
    Tak payah makan maggie. Hehe

    1. HK disneyland je yang ada cafe utk halal food..disneyland lain rasanya susah nak dapat.

  5. Bila dah ada kemudahan cari makanan halal sebegini
    .
    Tak hairanlah ramai pengunjungnya orang islam kan
    .
    Dari jauh datang

  6. Paling penting selain tempat solat, mestilah makanan yang HALAL dan TOYYIBAN kan? dapat 2 benda ni ok lah

  7. wah menarik jugak ni, mudahla nak cari makanan halal

  8. Great to see the halal food at hongkong disneyland. Will definitely visit next time

  9. Mujur ada voucher kan?
    Kalau tak mahal juga mak bayar harga set makanan tu..

Leave a Reply