Tip Penting Travel dengan Anak Kecil.

Tip Penting Travel dengan Anak Kecil.

Tip Penting Travel dengan Anak Kecil.

Thailand, Vietnam, Singapore, Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, The Netherland, Italy dan Qatar antara negara-negara yang pernah aku jejaki, sama ada bersama kawan-kawan atau isteri. Pengalaman travel bersama kawan-kawan dan travel bersama isteri memang berbeza. Dua-dua pengalaman ini menarik dan ada pahit manisnya. InsyaAllah, pada bulan ini, pengalaman Travel dengan Anak Kecil akan menjadi episod baru dalam hidup aku. Maksud aku, pengalaman melalui laluan imigresen, merentasi sempandan negara, pendek kata ‘travel by flight’.

Aku tak risaukan tentang abang Dayyan sebab dia pernah travel by flight semasa usia 3 bulan. Lagi pun, sekarang ni, abang Dayyan dah masuk 3tahun 10 bulan. Yang aku risaukan, adik Danish. Usia 1tahun 7bulan adalah fasa aktif dia dan rasa ingin tahu yang memuncak.

#1. Persediaan Travel by Flight dengan Anak Kecil.

Periksa item-item yang perlu ada dalam keadaan siap-sedia semasa di dalam penerbangan ie: botol susu, sukatan susu, pampers, Ipad (sekiranya ‘perlu’). Biasanya isteri akan letakkan susu siap-siap dalam botol, tunggu nak masukkan air mengikut sukatan jer. Adik Danish jenis tak layan gajet. Tetapi, dia lebih senang dikawal kalau aku hulurkan snek/biskut kegemaran dia. Pampers, wet tissue & kain akan diletakkan di ruangan menyimpan, senang dicapai sekiranya perlu.

#2. Waktu Penerbangan

Aku ada terbaca tips, lebih sesuai memilih waktu penerbangan pada waktu malam jika travel bersama anak kecil. Tetapi aku tiada pilihan, penerbangan untuk trip kami kali ini pada awal pagi. Harap-harap abang&adik tak meragam sebab kena bangun awal pagi, dan akan tidur lena keletihan sebab bangun pagi sebaik sahaja berlepas..insyaAllah, perjalanan ke destinasi selama 4 jam itu tak lama..

#3. Keperluan Asas Anak Sepanjang Hari Travel.

Pampers, wet tissue, toys, ubat-ubatan (paracetamol, minyak angin, Vicks, handyplast), bekalan susu, botol susu & snek/makanan kami letakkan pada ruangan berasingan di dalam satu beg khas untuk dua anak teruna aku. Memandangkan travel kami kali ini ke negara yang agak sejuk, kena pastikan baju bersesuain dengan aktiviti yang dirancang. Lagi pun, mengikut perancangan, kami akan lebih melakukan aktiviti outdoor. Memanglah boleh je beli baju di sana sekiranya tak cukupkan, tapi kan lebih bijak sekiranya lebih awal merancang, jadi boleh lebih jimat kan?

 #4. Sediakan Itinerari Melibatkan Anak.

Jangan lupakan anak apabila menyediakan itinerari sepanjang tempoh travel. Trip kali ini hanyalah untuk 4 hari. Tak panjang, tapi kalau tersilap susun jadual, anak boleh keletihan dan menjadi sebab mereka meragam. Normallah, bila berjalan bersama anak, mungkin akan tersasar daripada jadual asal. Aku taknak terikat sangat dengan itinerari asal. Janji anak gembira dan bebas berjalan atau berhenti di mana-mana sekiranya penat.

#5. Stroller.

Yes, ini amat perlu. Dari pagi hingga petang berjalan, pasti memenatkan bagi seorang anak kecil. Cuma, aku bawa sebijik je stroller ni. Stroller biasa, mujur ianya ringan walaupun bukan stroller payung yang mesra travel. Jangan Dayyan dan Danish berebut nak tidur dalam satu masa yang sama dah la.

#6. Elak Anak-anak daripada Bosan.

Dua hari aku bagi abang Dayyan dan Danish berhibur dan berseronok di dalam taman tema. hehe..tapi sekiranya ke tempat lain, terpaksalah fikiran cara supaya mereka tidak cepat bosan dan meragam.  Mungkin semasa dalam perjalanan, ada sesuatu yang menarik perhatian anak-anak, apa salahnya sebagai ibu bapa melayan kerenah mereka. Anak ceria, ibu bapa pasti gembira, kan? Dah namanya bercuti kan..

#7. Travel Insurance.

Ramai yang terlepas pandang untuk membeli insuran semasa travel ke luar negara. Malang tidak berbau kan. Sediakan payung sebelum hujan. Boleh semak insuran yang terbaik dan sesuai dengan korang di gobear.com . Aku memilih polisi daripada Tune Protect sebagai perlindungan kepada famili aku terutama apabila travel dengan anak kecil kali ini.

#8. Pelbagaikan Jenis Pengangkutan.

Anak-anak cepat bosan apabila melalui pengalaman yang sama. Apa salahnya mencuba pengangkutan yang berbeza untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kapal terbang, teksi, tren, bas, monorel etc pasti memberi keseronokan yang lebih semasa travel.

#9. Kawal Emosi.

Ini lebih kepada mak ayah. Travel memang seronok, tetapi pasti meletihkan sekiranya tidak dilakukan dengan betul. Terutama apabila travel dengan anak kecil. Mereka lebh cepat meragam dalam keadaan lapar atau kepenatan. Masa ini, mak ayah perlu lebih bijak mengawal emosi supaya tidak memarahi anak, sekaligud boleh menghancurkan mood bercuti. Nauzubillah, minta minta dijauhi emosi ini.

Siap!

Aku listkan 9 Tips Penting bila Travel dengan Anak Kecil sebagai rujukan korang dan juga aku. Bila aku ada dah lalui pengalaman itu, aku akan post pula entri Pengalaman Travel dengan Anak Kecil, insyaAllah.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

12 Comments


    1. Author

      betul tu Tuan..anak kecil mmg kena beri lebih perhatian terutama dlm pergerakan mereka.

    1. Author

      boleh dijadikan rujukan nanti..sharelah untuk manfaat bersama

  1. Terima kasih for sharing tips ni. memang pun plan travel dengan anak2 dalam masa terdekat ni

    1. Author

      sama-sama..nanti bolehlah kongsi pengalaman travel dengan anak2

    1. Author

      sekadar perkongsian, utk rujukan nnt gak kan

    1. Author

      4 orang anak lagi seronok travel walaupun sedikit mencabar kan bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam