Home tips Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

by JMR
15 comments

Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

Sebelum melancong terutama ke luar negara, adakah ‘beli insuran perjalanan (travel insurance)’ sudah termasuk dalam ‘to do list‘ ¬†atau korang tak ambil peduli langsung pun tentang ‘keperluan’ ini?

Jangan macam tu kawan.

Bagi aku, ‘membeli insuran perjalanan’ ¬†semasa melancong terutama ke luar negara bukan sahaja perlu, tetapi sangat penting. Malang tidak berbau. Travel insurance ini bukan sahaja boleh membantu korang semasa dalam kesusahan di sana, tetapi juga sebagai perlindungan kepada aset sedia ada korang.

Tak mahal pun travel insurance. Tetapai akan terasa sangat bernilai sekiranya korang memerlukannya semasa korang di tempat asing.

CARA BELI TRAVEL INSURANCE/INSURAN PERJALANAN.

Banyak syarikat insuran yang menyediakan plan/polisi mengikut kesesuaian perjalanan pembeli. Rutin aku sebelum travel ke luar negara, membeli insuran dari syarikat insuran mengikut keperluan aku untuk trip pada kali itu.

Aku menggunakan website gobear.com untuk membuat perbandingan syarikat insuran dari segi harga dan tawaran terbaik. Tak perlu register apa-apa pun.

Just ke website tu dan pilih negara asal korang. Kemudian pilih INSURANCE untuk TRAVEL. Isi details yang diperlukan (jumlah ahli keluarga/destinasi/tempoh kunjungan). Tekan ‘OK,LET’S GO’ dan tunggu tawaran daripada syarikat-syarikat insuran di Malaysia.

Semasa famili trip aku ke Hong Kong tempoh hari, aku telah memilih Travel Insurance daripada syarikat insuran Tune Protect dengan harga RM74 untuk aku&isteri dan juga 2 orang anak.

Kenapa aku memilih tawaran perlindungan perjalanan daripada Tune Protect? Asasnya, aku akan melihat tawaran perlindungan untuk Personal accident, Medical expenses/follow-up treatment, Lost bag kepada aku&isteri termasuk 2 orang anak kecil aku.

Tak perlu pening memilih insuran travel yang terbaik. Di gobear.com, korang akan nampak insuran perjalanan yang terbaik untuk korang beli mengikut keperluan perjalanan. Dah decide, tekan sahaja ‘GO TO PROVIDER‘ dan korang akan di bawa ke laman syarikat insuran dan teruskan dengan pembelian insuran travel korang. Dah selesai, jangan lupa print polisi korang untuk di bawa bersama-sama semasa travel.

Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

Nasihat aku, belilah insuran perjalanan semasa travel ke luar negara. Dah banyak aku dengar cerita-cerita malang daripada pengembara Malaysia yang ditimpa kecelakaan di luar negara, lebih malang lagi mereka tidak dilindungi insuran. Kalau duit banyak takpe, boleh digunakan untuk rawatan di negara tersebut. Tetapi kalau tiada, apa kesudahannya? Serius, ini salah satu KEPERLUAN TRAVEL sebelum fly…

Tips Travel Insurance 1:

Simpan resit tukaran duit yang dapat daripada Money Changer. In case, korang jadi mangsa rompakan ke, kehilangan duit semasa travel ke etc, pihak insurans perlukan resit ini sebagai bukti untuk clain di’APPROVE’. Jadi, jangan buang resit. Simpan sampai balik ke rumah masing-masing.

15 comments

Dapatkan sebut harga insuran perjalanan tebaik - ColorMag February 7, 2018 - 6:26 pm

[…] Anda boleh rujuk blog ini yang juga membincangkan tentang Perlukah Membeli Insuran Ketika Melancong […]

Reply
Ezad Skytech April 7, 2017 - 9:35 pm

Betul tu…kena beli…bukannya mahal pun kan…malang tidak berbau…kalau apa-apa jadi…susah nanti kalau tak beli travel insurance ni…
Ezad Skytech recently posted…TGV Cinemas Movie Club : “Are You The Ultimate Movie Buff” Kembali LagiMy Profile

Reply
Ezad Skytech April 7, 2017 - 9:35 pm

Betul tu…kena beli…bukannya mahal pun kan…malang tidak berbau…kalau apa-apa jadi…susah nanti kalau tak beli…
Ezad Skytech recently posted…TGV Cinemas Movie Club : “Are You The Ultimate Movie Buff” Kembali LagiMy Profile

Reply
Ikhwan March 27, 2017 - 10:01 am

Beli untuk persiapan yang tak diduga…
Ikhwan recently posted…Dari RM275 Menjadi RM166 RibuMy Profile

Reply
Mohd Aswad bin Mohd Razi March 26, 2017 - 1:57 pm

perlindungan takaful @ insurans memang penting zaman sekarang ni..
tambah pula ketika sedang melancong. perlu ada sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini takde la kita nervous shock sgt. bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Reply
titan March 24, 2017 - 12:48 pm

kalau perlu, ambil.

kalau tak perlu, tak yah ambil.

itu sifirnya secara mudah.
titan recently posted…Belajar Buat Blog yang INTERESTING dan Menguntungkan.My Profile

Reply
Uncle Zuan March 23, 2017 - 7:09 pm

tapi klu ada insuran yang memang cover untuk overseas x perlu rasanya ambil lagi. tapi tak salah ambil pun, tak mahal pun insuran ni. umpama beli payung je

Reply
JMR March 23, 2017 - 9:34 pm

yup mmg ada, blh claim blk. tp tak rmi yg amik sama value yg beli travel insurance. someomore coverage dia lain.

Reply
Noriza Abdul Rahman March 23, 2017 - 5:50 pm

Sekarang ni nak travel ke mana-mana memang perlukan travel insurans kan sebab malang tidak berbau
Noriza Abdul Rahman recently posted…Wah! Sukanya Parut Campak Sudah HilangMy Profile

Reply
Detik Instax March 23, 2017 - 3:38 pm

salam kenalan. Hari tu travel ke Lombok pun sy ada ambil travel insurance. Penting untuk ambil insurans ni kalau jadi apa2.

Reply
umiadam March 22, 2017 - 9:08 pm

kalau selalu travel kena ambik insurans ni..
umiadam recently posted…Fibroid 10 cm Mengecut Semasa Mengandung Tanpa PembedahanMy Profile

Reply
JMR March 23, 2017 - 9:28 am

sekali-sekala pun boleh ambil yg cover ikut hari travel
JMR recently posted…Disney Hollywood Hotel, Hong Kong..Berbaloi atau Tidak?My Profile

Reply
Hero Borneo March 22, 2017 - 7:32 pm

sebagai orang yang dah berkecimpung dalam takaful/insuran…

memang betul….

ia adalah satu keperluan untuk melindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini…
Hero Borneo recently posted…Selesai Jalani Kursus Asas Wakil Takaful Di Kuching SarawakMy Profile

Reply
Mazni Azmi March 22, 2017 - 5:37 pm

Kalau pergi travel oversea kan, ambil insurans tu ada yang jenis takaful tak?
Mazni Azmi recently posted…12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara AtasiMy Profile

Reply
RAIHANAH AHMAD March 22, 2017 - 8:36 am

kalau antarabangsa wajib juga ambik, kalau local boleh pertimbangkan
RAIHANAH AHMAD recently posted…Cyst Dalam Buah PinggangMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam