Day 1: Travel ke Hong Kong Dengan Dayyan & Danish.

Day 1: Travel ke Hong Kong Dengan Dayyan & Danish.

Alhamdulillah..perancangan aku & isteri membawa abang Dayyan & adik Danish ke Hong Kong untuk bercuti dan berhibur di Hong Kong Disneyland berjalan dengan sempurna. Dari saat depart dari KLIA2-HKIA , hinggalah ke saat kepulangan kami dari Hong Kong, segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Credit goes to Puan Isteri yang rajin study+buat itenerary+bajet (meals+transportation+shopping), mana yang OK aku anggukkan dan tugas aku hanyalah bayar (flight+hotel+tiket Disneyland) menggunakan transaksi online. Senang. Kalau aku yang buatkan semua tu, memang tak cukup masa dan insyaAllah akan jadi kelam-kabut..hahaha..

Dari KLIA2-HKIA

Perjalanan kami ke Hong Kong menggunakan penerbangan Air Asia AK134 yang dijadualkan pada jam 9.00 pagi tetapi delay, dan hanya berlepas pada jam 9.30pagi. Penerbangan kami mengambil masa 3 jam 30 minit. Bagi aku, penerbangan 3 jam 30 minit takdelah terlalu lama, tetapi mungkin tidak bagi adik Danish. Risau gak aku meragam semasa penerbangan. Alhamdulillah, elok je take off, adik dah mula mengantuk. Mana taknya, awal-awal pagi dah kena kejutkan.

Kami selamat mendarat di Hong Kong International Airport pada jam 1.00 tengah hari. Stroller adik dah tersedia di muka pintu pesawat. Sambung tidurlah dia. Tapi sekejap je. Pemeriksaan Imigresen di sini pun tak banyak tanya. Senang berurusan. Oh ye, jangan lupa isi borang Arrival Card awal-awal supaya tak kelam kabut di depan kaunter Imigresen. Setel je urusan di kaunter Imigresen, terus sahaja ke tempat untuk claim bagasi. Tak sampai 10 minit, semua bagasi kami dah siap-sedia di atas troli. Atas bagasi tu pula, selamber je adik Danish terbaring kepenatan.

Hong Kong International Airport
Perbezaan Masa di Hong Kong – Malaysia.

Tiada perbezaan masa antara Hong Kong & Malaysia. Jam 2 petang di sini, 2 petang jugalah di Malaysia. Jadi, aku tak perlu nak ejas masa di jam tangan.

Beli Simkad Hong Kong di Airport.

Di pintu keluar balai ketibaan di sebelah kanan, aku ke premis 1010. Aku perlu singgah di sini untuk membeli Local Prepaid Simcard Hong Kong. Di depan, dah ada staf menunggu. Just bagitau dia je nak local simcard untuk short term(4hari), untuk Iphone, then dia akan hulurkan starter pack untuk provider CSL. Bayar HKD118 dan terus ke kaunter lain untuk diorang pasangkan dan check sama ada problem ke tak. Dah jadi, ucap terima kasih, then terus menuju ke hentian teksi. Signboard kat airport ni banyak, ikut je arah tuju ke TAXI stop.

Beli Kad Octopus.

Oh ye, sebelum tu, aku tugaskan isteri untuk ke kaunter servis MTR untuk beli kad Octopus. Yang ni kena ada kalau travel ke Hong Kong. Kad Octopus ni kiranya macam Touch&Go. Banyak tempat boleh guna selain di MTR. HKD150 untuk dewasa dan HKD70 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Dalam tu, ada nilai sebanyak HKD100, boleh ditopup di mana-mana stesen MTR. Jangan risau, balance dalam kad akan dipulangkan semasa korang pulangkan balik kad tu sebelum keluar dari Hong Kong dengan cas penggunaan HKD10.

Teksi HIJAU untuk ke Disney Hollywood Hotel.

Hanya berpandukan signboard, kami ke hentian teksi untuk ke hotel. Teksi di sini ada 3 warna; Hijau, Biru & Merah. Setiap warna ni berbeza rate dan destinasinya. Jadi, untuk konfem, boleh check dengan kaunter pertanyaan di hentian teksi ni. Kami akan menetap di Disney Hollywood Hotel untuk 3 hari 2 malam. Untuk ke hotel, kami perlu menaiki teksi hijau (NT Taxi). Sebelum naik, staf airport dah siap-siap bagi anggaran kadar maksima untuk perjalanan kami ke hotel termasuk baggage yang kami bawa. Kalau kurang dapat anggaran, alhamdulillah, tetapi kalau lebih yang tidak sepatutnya, boleh buat report kepada pihak yang bertanggungjawab. So, cas perjalanan kami dari airport ke hotel memang kena dengan anggaran, HKD115 + HKD15 untuk tambahan bagasi. Ok la tu, lagi pun di bawah bajet personal kami.

Anggaran Kadar Teksi HKIA ke Hotel Disney Hollywood

Perjalanan dari HKIA ke Disney Hollywood Hotel memakan masa lebih kurang 40 minit.

Kami disambut oleh staf dan dibawa ke lobi untuk pendaftaran. Masuk je area lobi, rasa ‘Wow!’ dan teruja dah mula timbul. Mana taknya, masa kami sampai, maskot Stich dah siap menunggu. Abang Dayyan dah excited, sayangnya adik Danish masih lena di dalam stroller..rugi dik, rugi..

Sementara aku setelkan urusan check-in, mommy dan abang dok pusing-pusing lobi dengan penuh keterujaan. Mana taknya, kat hotel ni penuh dengan kepala Mickey Mouse dan figura-figura karakter Walt Disney. Selain Disney Hollywood Hotel ni, ada lagi satu berdekatan dengan Disneyland iaitu Hong Kong Disneyland Hotel yang mana harga per night lebih ‘mahal gila’ berbanding hotel ni. Aku pilih hotel ni pun sebab senang nak travel ke Disneyland menggunakan shuttle bus PERCUMA. Lebih kurang 5 minit perjalanan. Aku fikirkan abang dan adik yang masih kecil, jadi agak leceh untuk kami stay di bandar dan travel menggunakan tren.

Untuk trip kali ini, aku ambil pakej “Three Magical Day“(2 night hotel accomodation+daily breakfast+Disneyland Admission Ticket+Park Meal Coupun etc ) Serius, lebih berbaloi daripada ko beli satu satu. Boleh check di Disney Getaway Package. Memandangkan aku dah buat payment awal-awal, urusan semasa check-in lebih pantas. Lagi best, staf-staf di sini semuanya terer berbahasa Inggeris, lebih senng berkomunikasi. Dah konfem semua, aku diberikan kunci bilik, Disneyland admission ticket, Park Meal Coupun dan beberapa brochures untuk rujukan semasa di sini.

Yey, masa untuk rest! Jom naik bilik…

Welcome to our room – 9707..bilik aku di tingkat 9, sea view. Sangat nice. Aku teruja dengan deco yang disediakan untuk kami, almaklumlah, trip kali ini juga bersempena dengan Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-5. Happy Celebration! Rasa macam taknak keluar dari bilik la plak. Dari segi keluasan bilik, tak besar pun biliknya (jika tengok harganya!), tapi interior deco memang superb. Kiri kanan atas bawah bertemakan karakter Disney. Nantilah aku buat blogpost lain pasal bilik ni. Ala-ala review tak berbayar gitu.

Dayyan dan Danish lagilah excited. Oh ye, soft toys Minnie Mouse tu adalah complimentary daripada pihak hotel. Best best, Kalau kat kedai, hampir HKD200 kottt..

Sambil kemas-kemas apa-apa yang patut dan sediakan menu lunch. Yeah..satu beg juga penuh dengan makanan ok. Ada bubur, ada MAGGI Kari, ada MAMEE Goreng, ada Brahim’s Ayam Masak Kurma, ada roti, ada Nescafee+Milo dan macam-macam ada lagi. InsyaAllah budak dua orang dan makpaknya tak kebulur kalau tak jumpa kedai makan halal..hehe. Sekali lagi terima kasih kepada isteri yang susah-payah buatkan list-list makanan yang diperlukan sepanjang di sini. Bukan list makan sahaja, dia gak la yang buatkan list item-item yang patut dibawa bersama dan juga list barang-barang shoppingggggg….

Kerusi menunggu pun bentuk kepala Mickey.

Agak-agak dah kenyang dan cukup rehta, rugilah kalau sampai sini, tak explore apa yang ada di Hong Kong ni. Siap-siap untuk keluar. Kalau ikutkan plan, kami bercadang ke Citygate menggunakan bas dan tren. Bus Stop terletak sebelah kiri pintu keluar hotel. Lebih kurang setiap 10 minit, akan ada shuttle bus yang akan bawa pengunjung dari Disney Hollywood Hotel – Disneyland – Hong Kong Disneyland Hotel. Di hentian Disneyland juga terdapat hentian MTR Disneyland Station. Dari sini, kami menuju ke Sunny Bay station sebelum tukar MTR ke Tung Chung Station.

Turun je bas, sebelum ke MTR Station. sempat gak bergambar untuk family potraitree di depan pintu gerbang Hong Kong Disneyland. Kiranya ni gambar wajib bila datang ke sini. Even tak masuk pun, kalau dah sampai sini, wajib ambil gambar berlatar belakangkan pintu gerbang tu, then upload di Instagram, check in jangan lupa..haha..

Abang Dayyan dah sibuk dok ajak masuk nak jumpa Mickey. Masa ni dalam jam 6.30 petang. Rilex bang, esok masih ada. Dari sini, naik tren ke Sunny Bay. Tren bukan sebarang tren ok, tingkapnya pun berkepala Mickey gak. Hiasan kat dalam tren pun penuh dengan karakter Walt Disney.

Dari Sunny Bay, tukar tren menuju ke Tung Chung Station. Dari stesen ni, terus bersambung dengan Citygate, sebuah pusat komersial yang menempatkan shopping mall, pejabat dan Novotel Citygate Hotel. Di sini juga terdapat outlet-outlet premium ala-ala JPO Malaysia..hehehe..

Abang Dayyan macam tak penat je. Dalam MTR ni, ke sana ke mari minta di’snap’ gambarnya bersama karakter-karakter yang dia minat.

Travel ke Hong Kong

Kata isteri, beberapa premium outlet di sini seperti Swarovski menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding Malaysia. Katanyalah, aku tak kata apa-apa..kan tersilap kata, ada yang terbelanja tidak mengikut bajet..haha..sebenarnya, kami ke sini sebab ingin makan malam di sebuah restoran halal. Puan isteri pernah terbaca blogpost yang mengatakan kat sini terdapat kedai makan halal, tapi aku tak jumpa sebuah pun. Konfem salah info ni. 2,3 kali mencari, aku buat kesimpulan, kedai halal tu dah tutup..haha..

Terlintas di fikiran untuk mencari nasi putih di mana-mana convenient store. Guess what? Aku jumpa nasi putih di Eat East yang boleh dijumpai sebelum pintu masuk ke MTR. Iyee,, nasi yang dah siap ditanak, nak kena panaskan je sebelum makan. Bolehlah dimakan bersama Brahim’s Ayam masak kurma..hahaha..lagi pun malas dah nak singgah makan kat mana-mana kedai sebab badan dah penat sangat ni. Esok banyak tenaga nak kena guna ni..

Di Eat East ni kira macam-macam gak ada. Aku tak cakap semua boleh makan. Tapi kalau dah tak boleh tahan dan lapar sangat, aku nampak macam ada jual salad gak. Haa apa lagi, telan je la sayur-sayuran hijau tu kan. Sihat pun sihat tu..hehehe..

Kesimpulan makan malam kami, sampai je bilik hotel, stimkan nasi menggunakan air panas, panaskan lauk segera, masak mamee goreng sebungkus, buat neskepi panas dan makan! Fuhh nikmat..selamat bajet HKD250 untuk makan malam kami. Jadi, bolehlah duit bajet terlebih tu dibawa ke eosk hari..

Ok la..sampai sini dulu post untuk hari pertama ni. Esok-esok aku sambung lagi…

Note: Itenerari kami sepanjang trip kali ini sangat best. Siap ada bajet duit untuk setiap aktiviti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

Untuk sebarang kerjasama, sila hubungi JMR melalui emel : mjdetroit83@gmail.com

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

11 Comment

  1. Keterujaan Dayyan dan adik Danish tu jelas terpancar…bestnya dah sampai ke Hong Kong…hehe
    Ezad Skytech recently posted…TGV Cinemas Movie Club : “Are You The Ultimate Movie Buff” Kembali LagiMy Profile

  2. […] famili trip aku ke Hong Kong tempoh hari, aku telah memilih Travel Insurance daripada syarikat insuran Tune Protect dengan harga […]

  3. mesti seronok budak-budak dibawa emak dan ayah..

    jalan-jalan pergi luar negara lagi tu..

    1. rezeki anak2 bro..

  4. bestnya dah sampai hong kong

  5. Wow! Bestnya Jamar boleh bawa anak-anak ke Hong Kong Disneyland. Nanti share itineri dengan bajet ye 🙂
    Noriza Abdul Rahman recently posted…Tanda-tanda Amaran Kanser Ovari yang Wanita Tidak Tahu!My Profile

    1. Alhamdulillah..rezeki anak isteri kali ini..itinerari bajet tu share dlm blogpost..
      JMR recently posted…Percutian Sempurna di Bayou Lagoon Park ResortMy Profile

  6. wah bestnya anak2 gi jalan2 ke hongkong
    RAIHANAH AHMAD recently posted…Tips Atasi Masalah Hati Berlemak / Fatty LiverMy Profile

    1. rezeki diorang kak..hehe

  7. menariknya trip ni..kalau saya yang pergi sini, confirm saya yang lebih teruja pada anak..haha
    jida recently posted…Resepi Ikan Keli Goreng Berlada, Menu Pantas Dan SedapMy Profile

    1. setuju..mak pak konfem teruja sgt..kdg2 lebih drp anak..hahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam