March 28, 2024

Percutian Sempurna di Bayou Lagoon Park Resort

Percutian Sempurna di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Hai korang!

Kali ini, ke mana pula plan percutian korang? Bagi yang masih memikirkan lokasi percutian yang menarik, jangan risau, kerana terdapat banyak lokasi percutian yang menarik untuk korang kunjungi di Malaysia ini. Dalam entry kali ini, apa kata korang luangkan masa untuk berkunjung ke negeri Melaka. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang ada di Melaka bukan?

Bagi penggemar sejarah, negeri ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka, namun, tahukah korang Melaka juga terdapat banyak tarikan dari pusat membeli belah hinggalah ke gerai-gerai makanan yang menjual pelbagai makanan unik untuk korang nikmati. Tepuk dada tanya selera. Pendek kata segalanya ada di negeri Melaka ini.

Jika berkunjung ke sini, pastikan korang telah membuat tempahan awal melalui traveloka.com bagi memastikan urusan percutian anda berjalan lancar. 

Bagi yang masih belum tahu penginapan yang sesuai, apa kata korang checkout Bayou Lagoon Park Resort in Melaka. Resort ini sememangnya cukup terkenal terutama dalam kalangan pelancong tempatan kerana pelbagai tarikan yang terdapat disini. Resort berkonsepkan apartment ini terletak di Bukit Katil yang hanya 15 minit dari Bandaraya Melaka. Resort ini amat sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga kerana resort ini mempunyai taman tema airnya sendiri, jadi, jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Bayou Lagoon Waterpark

Taman Tema Air di Bayou Lagoon Park Resort Melaka.

Taman tema air ini dibuka dari jam 8 pagi pada hujung minggu dan pada pukul 9 pagi pada hari biasa. Resort ini mempunyai 566 unit apartment dengan pelbagai jenis pilihan untuk pengunjungnya dan korang boleh memilih pakej iaitu untuk apartment sahaja atau turut disertakan tiket ke taman tema air yang disediakan.

Antara pilihan apartment yang disediakan adalah unit studio, apartment 2 bilik tidur dan juga 3 bilik tidur. Penginapan yang disediakan amat selesa dan berbaloi jika korang seorang yang inginkan penginapan yang luas dan tenang.

Pasti ramai tertanya-tanya kan apa lagi aktiviti yang menarik boleh anda lakukan di sini kan? Jawapannya banyak sangat. Tidak keterlaluan kalau aku katakan inilah antara resort yang menyediakan banyak gila aktiviti yang boleh dilakukan pengunjungnya.

Selain daripada mandi manda di waterpark yang aku sebutkan tadi, bagi penggemar sukan dan kaki gym, korang boleh menghabiskan masa di gymnasium yang disediakan. Gimnasium ini dilengkapi pelbagai kelengkapan yang dapat membantu korang mengeluarkan peluh. Sambil bercuti pun, kesihatan nak kena jaga juga kan?

Games Arcade Room

Bagi kaki game pula, jangan lupa ke Games Arcade Room yang terletak di dalam resort ini. Yelah, dah korang taknak kena panas sunburn kat luar tu, baik korang lepak je main game kat bilik ni. Terdapat banyak permainan arked yang disediakan dan semamngnya seronok terutamanya jika korang datang bersama anak-anak.

Bagi yang ingin mencuba aktiviti lain dari yang lain, korang boleh ke 9D Motion Theatre atau Magic Art Museum. Kedua-dua aktiviti ini menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan kepada pengunjungnya. Bayaran masuk yang dikenakan juga agak berpatutan. 

Selain itu, resort ini turut menyediakan kemudahan sukan memanah untuk korang cuba. Bila lagi kan korang boleh cuba memanah. So, dah alang-alang stay kat resort ni, apa kata ambil peluang dan cuba permainan memanah ini. Namun, permainan ini dikenakan bayaran sebanyak RM 10 bagi 12 anak panah dan RM 15 bagi 24 batang anak panah.

Tidak cukup dengan permainan-permainan itu tadi? Jangan risau kerana banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan disini.

Jadi, bagi yang masih keliru ingin stay di mana kat negeri Melaka ni, inilah pilihan yang tepat untuk korang.

Dan aku tahu, cuti sekolah dah makin dekat ni, cepat-cepat buka website Traveloka dan tempah pakej penginapan menarik bersama keluarga di Bayou Lagoon Park Resort Melaka!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Percutian Sempurna di Bayou Lagoon Park Resort

  1. Malaysia ni tak habis pusing lagi…dapat bercuti kat Melaka ni pun syok juga…dekat pun dekat…nampak best pula resort ni…lepak kat sini tak pergi mana-mana pun OK..haha

  2. Balik kampung Maznee kat melaka boleh lah pergis sini
    .
    Selain tu, kalau nak pergi air terjun, kat melaka ada juga. Air terjun cantik dan torbaik
    .
    Orang melaka je tau kat mana

  3. Dahulukan percutian dalam negara sebelum habiskan duit di negara. Apa pun itu hak masing-masing kan? Malaysia banyak tempat menarik. Mungkin seumur hidup pun tidak sempat menjelajah semua tempat di negara sendiri.

    1. betul tu, hak masing2..apa yg penting, jauh perjalanan, luas pengalaman, lain padang lain belalangnya..kalau mampu, boleh je bercuti di dalam & luar negara,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *