JMR Jr

Telatah Dayyan&Danish di Tempat Baru

Dah lama juga kami tidak menginap di luar selepas bermalam di Hotel Ritz Garden Ipoh semasa trip Majlis Konvo adik bongsu aku di Ipoh pada November 2016 yang lepas. Hampir 3 bulan gak tu. Dah masuk bulan Februari 2017, barulah ada peluang untuk bawa Dayyan&Danish travel ke selatan tanah air. Trip pendek kami kali ini ke Segamat untuk menyambut perkahwinan abang Puan Nunu di sana, sekaligus aku ambil peluang ini untuk menginap di Melaka selepas majlis pada hari itu.

Alhamdulillah, perjalanan pergi-balik kami lancar tanpa sebarang masalah. Majlis pun berjalan cukup sempurna. Keterujaan abang Dayyan dan adik Danish berjumpa makcik pakcik atuk nenek juga memang jelas di wajah masing-masing. Aku perhatikan sahaja telatah dua orang ni, terutama adik Danish yang sangat aktif di usia 1 tahun 6 bulan ni. Danish mula berjalan dan berlari seawal usia 10 bulan, berbanding Dayyan mula berjalan di usia 1 tahun 1 bulan. Jadi, ramai saudara & tetamu ‘penat’ melihat keaktifan adik Danish pada usianya sekarang. Kadang-kadang aku pun ‘pancit’ untuk mengawal pergerakan adik Danish ni. Lain macam lasaknya. Tapi stilll, NekMi cakap, aku lebih lasak semasa kecil..lagilah takleh bayangkan macam mana lasaknya aku masa tu.

Satu lagi yang aku perasan, apabila berada di tempat baru, keterujaan Dayyan&Danish memang nampak sangat. Ke sana, ke mari, depan belakang diorang dok meneroka tempat tersebut. Dari majlis di Segamat, kemudian bermalam di Riverside Hotel Melaka dan singgah sebentar di apartmen di Port Dickson. Ketiga-tiga tempat ini adalah tempat baru bagi diorang. Dalam bilik hotel, punyalah sakan dok melompat sana sini, macam jakun gila aku tengok diorang ni..hahaha..

Aku tak pasti lak, sama ada anak-anak aku sahaja macam ni, atau anak-anak korang pun macam ni gak?

Tapi, mak pak mana yang tak seronok melihat anak-anak gembira kan, cuma macam tulah, kena sentiasa monitor sebab di tempat baru, mungkin ada hazad atau benda-benda yang boleh mendatangkan kecederaan pada mereka kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

6 thoughts on “Telatah Dayyan&Danish di Tempat Baru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam