blogger

Smartphone GT-888 Sesuai Dengan Gaya Hidup Masa Kini.

Sedar tak sedar, dah sebulan aku menggunakan GT-888, smartphone keluaran GT-Mobile. Mungkin ada yang tak pernah mendengar atau pertama kali mendengar model jenama ini. Sebenarnya, GT-Mobile merupakan syarikat pengeluar smartphone yang berpengkalan di Singapura. Tak silap aku, reka bentuk asal model GT-888 berasal dari Singapura.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang gajet terkini dalam genggaman aku ni, jom aku kongsikan spesifikasinya:

Spesifikasi GT-888.

Model: GT-888
Dimensions: 158.9*77.5*8.6mm
CPU: MT6735P 4*Cortex-A53 1GHz
GPU: ARM Malit720-MP1 600MHz
RAM: 1GB / 2GB
Storage: 16GB
Display: 5.5”720*1280 pixels
Battery: 2550mAh
OS: Android 5.1
Camera: Rear-8.0MP,Front-5.0MP
SIM card: Dual SIM (SIM+MicroSIM)
WI-FI: 802.11a/b/g/n
USB: Micro 5pin
Bluetooth: 4.0
Positioning: GPS A-GPS

Amacam spesifikasi GT-888? Pada aku, memang cukup sesuai gaya hidup masa kini terutama bagi mereka yang aktif dalam media sosial, nak kena sentiasa update post-post dan gambar-gambar terkini.

Skrin Besar Bersaiz 5.5″

Boleh tahan kan, terutamanya skrinnya yang bersaiz 5.5″. Ini smartphone berskrin besar pertama yang aku guna. Agak kekok pada awalnya, maklumlah sangat berbeza besarnya berbanding Iphone 5s. Selepas beberapa ketika, baru aku sedar, skrin GT-888 ini memberi kepuasan maksima kepada aku apabila membaca mesej-mesej Gruop Whatsapp..tak percaya, sila dapatkan satu GT-888 ini.

Kamera Kualiti 8 Megapixel

Selaku peminat fotografi, perkara utama yang aku perlukan pada sesebuah smartphone ialah kualiti kameranya. So far, aku berpuas hati dengan kualiti kamera 8MP di kamera belakang dan 5MP di kamera hadapan. Yang depan aku tak kisah sangat sebab aku bukannya kaki seldie. Yang penting, kamera belakang biar berkualiti tinggi. Bila aku zoom in pun tak pecah pixelnya. Sharpness & Brightness pulak memang terbaik.

Keunikan HotKnow.

Yang ni satu lagi keunikan smartphone GT-888 ni. Dengan GT-888, nak transfer gambar, nak transfer lagu, nak transfer file apa-apa, tak perlu ON Bluetooth ke, Wifi ke apa ke, just touch screen 2 peranti yang sama, automatik akan transfer..best kan. Mana ada model smartphone lain yang ada ciri-ciri HotKnot ni kan?

Aku dapat rasakan ramai yang berminat dengan smartphone GT-888 keluaran GT-Mobile ini. Untuk korang yang ingin tahu lebih lanjut atau berminat untuk mendapatkan GT-888 ini, boleh layari web GT Mobile.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

5 thoughts on “Smartphone GT-888 Sesuai Dengan Gaya Hidup Masa Kini.”

  1. Jadi korang boleh buat servay lah untuk beli phoen baharu kerana sekarang dah banyak model yang menarik dengan tawaran hebat. GT Dollar adalah satu gaya hidup yang baru untuk anda yang sibuk dan ingin meringankan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Dalam ni ada sistem bersepadu e-commence, virtual wallet dan go-to marketplace yang memberi tawaran hebat untuk anda.

  2. Assalamualaikum tuan,

    Saya juga menggunakan Iphone 5s. Bagi saya yang selalu online, terutamanya bila nak update di media sosial tentang tip perubatan Islam, jangka bertahan bateri Iphone tersangatlah rendah. Sehari mahu sampai 4 kali kena cas.

    Bab skrin tu, saya tak kisah sangat. Tapi kalau dapat yang lagi besar, ok juga sebab saya selalu rakam video tentang perubatan Islam.

    Selama tuan guna ni, ketahanan baterinya bagaimana? Bertahan lama tak?
    Perawat Islam recently posted…(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?My Profile

  3. Dahulu katanya Malaysia juga ada smartphone. Apa sudah jadi ya? Komputer Malaysia pun sudah tidak dengar cerita.

    Pilihan smartphone sekarang ini banyak. Kena pilih satu sahaja kemudian kekal dengannya sampai rosak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam