Ini kisahku

Satu Pagi di Hari Jadi di Pasar Tani Kuala Besut

Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar, kita dah berada di hari terakhir di bulan Februari 2017. Ada tak yang rasa cepatnya masa berlalu seperti apa yang aku rasa? Normal aku rasa, akhir zaman..

Setiap tahun, Februari ada bulan yang sentiasa dinanti. Bulan kelahiran aku, bermakna bulan yang pastinya usia aku bertambah satu tahun, dan selang dua tahun, aku wajib ‘renew’ lesen memandu :-p

10 Februari 2017, hari kelahiran aku yang lebih memberi makna. Aku tak dambakan sambutan yang ‘meriah gila’, cukuplah sekadar orang-orang yang aku sayang ada secara ‘LIVE’ di depan mata. Peluang bercuti di kampung bersama anak+isteri & umi tersayang selama 4 hari sudah cukup menggembirakan aku. Tanpa hiruk pikuk hutan konkrit, tenang dan damai je dari pagi hingga ke petang. Kebetulan masa ini, cuaca di Besut, Terengganu agak berangin dan tak panas…syokkk..

Agak berbeza dengan trip balik kampung sebelum ini. Kali ini, selepas sarapan nasi berlauk di satu warung femes, umi offer untuk menjaga Dayyan&Danish di rumah, aku&isteri bolehlah merayap ke Pasar Tani Kuala Besut, pasar tani pagi yang terbesar dan paling meriah di Besut, Terengganu. Macam-macam ada..

PASAR TANI KUALA BESUT

Sejak berkahwin, ini kali pertama aku dan isteri berpeluang ke sini. Isteri bukan main teruja lagi. Satu sebab banyak makanan ‘rare’ yang isteri tak pernah jumpa&makan, kedua sebab harga barang-barang di sini lebih murah dan ketiga, “beliau pilih, aku tawar-menawar dalam loghat Kelate&dapat diskaun!” hahaha..

Dua jam gak la kami pusing-pusing satu Pasar Tani Kuala Besut ni dari jam 10 pagi..nasib baik cuaca tak terlalu panas, tapi boleh tahan berpeluh gak. Kenapa sampai 2 jam, pasar tani je pun? Biasalah kalau bawa orang perempuan shopping kan..tak kiralah mall ke pasar ke, asalkan nama aktivitinya-‘shopping’ memang seorang lelaki kena sabar banyak. Banyak pitstop, faham?

Seronok bawa isteri yang berasal dari luar Pantai Timur ke Pasar Tani Kuala Besut. Seronok lihat keterujaan dia melihat kuih-muih tradisional ni. Satu per satu ditanyanya, satu per satu aku jawab/bisik dengan penuh konfiden. Walaupun dia tak tahu pun, aku main sebut je nama kuih muih tradisioanal..haha..manalah aku nak tahu semua jenis kuih-muih tradisional itu.;-p

Terima kasih pada yang wish & #doabaikbaik semasa hari lahir aku pada 10 Feb yang lepas. Satu per satu aku cuba balas, maaf kalau ada yang terlepas pandang. Dah meningkat usia ni, hanya doa baik-baik daripada kalian yang aku harapkan. Dah tak pandang kek ke parti hari jadi atau makan sedap-sedap di restoran mewah, cukup nikmat  diberi kesihatan dan masa lapang sebegini.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan? (ar-Rahman: 13)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

7 thoughts on “Satu Pagi di Hari Jadi di Pasar Tani Kuala Besut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam