March 29, 2024

Cara Berkesan Kawal Kolesterol Dalam Darah.

Cara Berkesan Kawal Kolesterol Dalam Darah.

Masalah kolesterol tinggi dalam darah antara punca utama kepada masalah jantung dan strok. Ramai di antara kita yang masih tidak tahu lagi, apa itu kolesterol, atau lebih spesifik lagi, kolesterol mempunyai dua jenis; kolesterol ‘baik’ dan kolesterol ‘jahat’. Kegagalan mengambil langkah berkesan untuk kawal kolesterol dalam darah boleh memberi risiko yang berbahaya kepada kesihatan diri.

Setiap bulan aku akan melakukan medical screening untuk check tahap kolesterol ni. So far, alhamdulillah, bacaan kolesterol takdelah terlalu tinggi dan takdelah terlalu rendah. Nak kata di tahap borderline pon boleh gak. hehehe..berbanding isteri aku yang memang sangat cantik bacaan tahap kolesterol jahat dia. Apa nak heran..aktiviti seorang isteri lebih aktif berbanding suami kan, 24 jam diorang buat kerja rumah&jaga anak..hehe..lagi pun isteri aku ni bukan jenis pemakan tegar daging atau organ dalaman ie:paru/hati dan juga takdelah terlalu suka makanan laut. Sedia maklum, sumber-sumber makanan laut dan organ dalaman adalah sumber kolesterol jahat yang tinggi.

Kenapa Kolesterol Bahaya?

Kolesterol di dalam darah boleh memudaratkan sekiranya berlebihan. Bukan semua kolesterol jahat. Kolesterol ada dua jenis, kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL). Setiap satu mempunyai fungsi dan kesan kepada pengaliran darah di dalam sistem badan manusia.

Secara asasnya, HDL akan membantu melancarkan perjalanan darah dan menyahkan jumlah kolesterol jahat (LDL) ke usus untuk dikeluarkan dari badan. LDL lak jenis kolesterol jahat yang boleh menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah yang akan menghalang pelancaran perjalanan darah di dalam saluran darah. Makin lama, plak ini makin banyak dan boleh membantutkan perjalanan darah ke jantung, seterusnya menyebabkan serangan jantung dan pelbagai penyakit lagi.

Aku tak suka dengan bahaya kolesterol. Sebab ianya boleh dihadapi oleh semua orang. Tu pasal sekarang ni, ramai budak-budak muda, walaupun aktif bersukan, saiz badan ideal (tak gemuk) tetapi, secara tiba-tiba je terkena serangan jantung dan meninggal dunia. Sukar nak dikesan kecuali dengan pemeriksaan berkala tahap kolesterol dalam badan.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan.

Seseorang yang mempunyai tahap kolesterol tinggi biasanya mempunyai tanda-tanda seperti berikut:

[X] Sering berasa kebas-kebas pada kaki

[X] Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi

[X] Mudah letih, penat dan cepat mengantuk

[X] Sering berasa sakit kepala.

[X] Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala

[X] Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

[X] Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Cara Mengurangkan Tahap Kolesterol Tinggi Dalam Badan.
1. Ubah Gaya Hidup & Pemakanan.

Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, aiskrim, coklat, susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan kolesterol jahat (LDL). Elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan proses seperti sosej, nuget, burger dan donut.

Makanan yang mengandungi lemak tak tepu dapat mengurangkan serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat. Makanan ini seperti jenis minyak zaitun/jagung/kanola dan jenis ikan seperti salmon, tuna, cencaru, tongkol selain bijian, kekacang dan margerin tidak tepu(soft). Paling penting, elakkan penggunaan minyak berulang kali untuk menggoreng terutama minyak tidak tepu.

2. Bersenam dengan Teratur.

Melakukan senaman secara teratur sekurang-kurang 30 minit setiap sesi 5 kali seminggu mampu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kesihatan baik (HDL). Selain mampu membakar lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh, senaman juga mampu menurunkan berat badan dan membantu pengaliran darah dengan lebih baik.

3. Pengambilan 7 Herba

Aku pernah melihat arwah ayah aku dan juga bapa mertua aku mengamalkan pengambilan cuka epal+kurma +madu+lemon bersama beberapa bahan herba lain. Campuran ini akan dicampur, direbus dan disimpan beberapa ketika sebelum boleh diminum. Agak leceh tetapi mujarab untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi di dalam darah dan jantung.

Aku memang ingin mengamalkan pengambilan bahan-bahan ini sebagai makanan tambahan untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi ini.

Mujurlah aku diperkenalkan dengan Kapsul Kunyit Hitam yang dah terbukti membantu melancarkan pengaliran darah dan memberi kesan positif kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan terutama dalam membantu menurunkan paras kolesterol tinggi dalam darah dan juga kencing manis.

Cara Makan Kapsul Kapsul Kunyit Hitam :

Senang je cara pengambilan kapsul kunyit hitam ni. Makan 1 biji sebelum sarapan. 1 hari 1 kali sahaja. Paling penting, mulakan dengan bacaan Bismillah dan diikuti dengan 7 kali selawat. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan mampu membantu kawal kolesterol dalam darah.

Testimoni Pengguna Kapsul Kunyit Hitam:

Ini bukan review berbayar.

Ini adalah perkongsian ikhlas aku selaku pengguna tegar kapsul kunyit hitam untuk kawal kolesterol dalam darah aku sendiri. Aku pasti ramai pembaca yang sedang mencari cara alternatif untuk mengatasi masalah kolesterol tinggi mahupun gula dalam darah. Sebenarnya bukan mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi atau kencing manis sahaja yang memerlukan herba kunyit hitam ini, semua orang sepatutnya mengamalkan pengambilan bahan makanan tambahan sebegini sebagai langkah pencegahan & gaya hidup sihat.

manfaat kunyit hitam

Ejen Kunyit Hitam Black G

Jamar – 017-2101282

Baca artikel Testimoni Kunyit Hitam Black G: https://jmr23.com/2019/10/testimoni-black-g-nutrima-by-mardi-kapsul-kunyit-hitam/

Baca artikel Khasiat Kunyit Hitam: https://jmr23.com/2019/08/27-manfaat-kunyit-hitam/

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Cara Berkesan Kawal Kolesterol Dalam Darah.

  1. Kalau kolesterol tinggi, macam macam penyakt serius datang
    .
    Dengan darah tinggi dan sakit jantung
    .
    Strok lagi
    .
    Kena jaga kesihatan. Banyakkan makan serat seperti oat untuk serap kolesterol fan elak kencing manis
    .
    Perut pun kempis saja kan

  2. Assalamualaikum tuan,

    Gejala yang selalu saya alami ialah kebas kaki dan cepat mengantuk. Risau juga dengan tahap kolestrol yang tinggi. Sebab saya pun taklah kerap bersenam.

    Terlalu sibuk dengan appoinment merawat pesakit yang disihir. Alasankan. Masa tu sebenarnya saya yang perlu aturkan demi kesihatan yang baik. Terima kasih dengan perkongsian artikel di atas. Menyedarkan saya.

  3. Dah lama tak cek kandungan kolestrol dalam badan..
    Bila baca entri ni rasa risau pulak..
    Kolestrol ni tak macam lemak… Kadang tu orang kurus pun ada kolestrol yang tinggi..

Leave a Reply to Mazniazmi ibubijak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *