Ini kisahku JMR Jr

AEON Fantasy Kidzoona , Shah Alam. Dayyan&Danish sangat seronok!

AEON Fantasy Kidzoona , Shah Alam. Dayyan&Danish sangat seronok!

Jumaat sebelum Chinese New Year 2017 lepas, aku mendapat pelepasan percuma pada sebelah petangnya oleh pihak pengurusan. Terima kasih daun keladi! Memandangkan Puan Nunu juga mendapat cuti percuma sehari sebelum, kami mengambil peluang ini untuk lunch date berdua selepas solat Jumaat, dan terus proceed ambil abang Dayyan dan Danish dari rumah pengasuh sebelum ke AEON Fantasy Kidzoona Shah Alam.

Tujuan utama ke AEON Mall Shah Alam hanyalah satu, bagi masa kepada dua anak aktif bijak ini beriadah dan bersosial di AEON Fantasy Kidzoona, salah satu indoor playground di bawah pengurusan AEON Fantasy. Kunjungan kali ni agak berbaloi sebab harga tiket pada hari biasa jauh lebih murah berbanding hujung minggu. Minyak naik 20 sen, kita kenalah jimat RM2 kan..

TIKET MASUK KIDZOONA AEON MALL SHAH ALAM:

Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum)) : RM10.00

Sabtu, Ahad : RM 17.00

Kidzoona AEON Shah Alam

Harga tiket di atas tu adalah untuk ‘Per Entry’, maknanya boleh masuk dari pagi, keluar gi solat&makan, pastu masuk balik ,it’s ok! Ye, yang macam ni aku suka berbanding di AEON Mall lain, harga masuknya mengikut kiraan jam. Oh ye, nak lagi jimat, pastikan bawa stokin awal-awal, ibu bapa & anak-anak wajib memakai stokin. Kalau tak, boleh beli di kaunter dengan harga RM4 untuk stokin dewasa dan RM3 untuk stokin kanak-kanak. Tapi memandangkan adik Danish saiz dia XS, terpaksa aku ke AEON Jusco, dapat lak stokin Kiki Lala, RM9!

Untuk satu orang anak, aku tak pasti berapa orang dewasa boleg masuk sebab ada satu famili tu, seorang anak kecil, yang masuknya mak pak, pakcik & isteri dan juga neneknya..mungkin satu kampung pun boleh masuk kot..hahaha

Tak silap aku, Kidzoona AEON Mall Shah Alam ni dibuka sejak tahun lepas. Boleh dikira masih baru. Tempat besar, bersih dan dijaga rapi. Dari segi ‘safety’, aku perhatikan hampir tiada penjuru-penjuru yang boleh mendatangkan hazad & bahaya kepada anak kecil. Semuanya dicover dengan elok terutama bahagian bucu tajam. Aku harap, pihak pengurusan dapat well maintained sampai bila-bila.

KINETIC SAND
sand castle
Dayyan memang pantang jumpa pasir sejak kecil!

Dalam Kidzoona ni ada beberapa bahagian mengikut jenis permainan. Ada area Kinetic Sand, Ball Pool, Block, Burger Shop, Hospital, Market dan sebagainya. Kami datang pada hari biasa, nak-nak kaum Tionghua tengah makan besar, jadi takdelah sesak sangat. Aku rasa aku paling bijak memilih masa, haha..Jadi, Dayyan bebas memilih tempat paling lapang. Kinetic Sand ni, kalau pada hujung minggu, konfem penuh, nak-nak mak pak pun turut join sama kan.

BALL POOL

Ball Pool atau kolam bola kecil-kecil ni. Memang nampak keterujaan dan kepuasan adik Danish ni berenang-renang bebas. Mommy Danish ada gak bagi idea suruh buatkan kolam ni kat rumah…mak aihh..100 bijik bola ni pun dah makan duit lebih RM100++, bayangkan kalau buat kolam! hahaha..datang Kidzoona je la..bukan selalu pun diorang nak main! Maaf, cadangan anda ditolak…

BURGER SHOP

Satu lagi area feveret abang Dayyan & adik Danish ni, Burger Shop! Boleh buat burger plastik sendiri, dari roti, daging dan side dish. Pilih la yang mana nak. Pastu, siap ada cashier dan duit. Tapi sebenarnya, sesiapa sahaja boleh masuk dapur buat burger sendiri. Danish teruja dengan mesin wang tu. Abang Dayyan lak memang seorang yang pengemas. Asyik nak mengemas je. Budak lain yang teraburkan, dia yang susun balik. Boleh kerja part time di AEON Fantasy Kidzoona ni bang.

Danish ni lebih ‘independent‘ & ‘defensive‘ berbanding abangnya. Tak kira siapa lawan dia, lagi besar ke, lagi kecil ke , kalau dia istihar cashier tu dia punya, jangan harap nak rampas kuasa!

Bagi aku, AEON Fantasy Kidzoona ni ibarat mini Kidzania. Anak-anak berpeluang merasai sendiri dan menikmati hidup sebagai seorang dewasa. Nak jadi doktor? Nak jadi penjual burger? Nak gi membeli-belah di pasar? Nak jual sushi? Semua boleh jadi di sini. Siap doktor kot pun turut disediakan. Nak lagi gempak, kenalah ke Kidzania Damansara la kan. InsyaAllah, tunggu diorang ni besar sket lagi..

Aku kagum dengan anak-anak kecil yang mudah bergaul tanpa mengenal beza bangsa, rupa dan darjat. Yang penting, diorang ni gembira dan bahagia bermain. Susah nak jumpa si dewasa yang langsung tidak menghukumi berdasarkan perbezaan itu, yang hipokrit kononnya ‘I’m not a racist’ memang ramai zaman sekarang ini..aku tak suka menafikan realiti sebegini. Harap anak kecil ini mampu mengubah realiti ini suatu hari nanti.

AEON Fantasy Kidzoona

 Area yang paling adik Danish suka. Lari ke sana ke sini, alih-alih ke sini juga. Tak kisahlah, kena tunggang motor tolak guna kaki, drive kereta tolak pakai kaki, tup tup dia muncul di sini. Aku pun takdelah risau sangat dia terbalik motor sebab lantai tu ada pad, lembut. Lagi pun, tindak refleks Danish sekarang ini lebih cepat, jadi, risiko kepala nak cium lantai tu agak rendah.

Aku pun tertanya-tanya gak, kenapa adik Danish ni suka sangat bermain di area ini, walhal takdelah menarik sangat pun permainan kat area sini..mungkin dalam video kat bawah ni ada jawapannya.

InsyaAllah kami akan datang lagi ke AEON Fantasy Kidzoona Shah Alam selagi taman tema dalam mall ini dijaga dan diselenggara dengan baik. Serius berbaloi!

Oh ye, AEON Kidzoona juga terdapat di AEON Mall di tempat-tempat lain juga. Boleh check di AEONFantasy.com.my 🙂

Enjoice!

Gambar: Diambil Dengan GoPro HERO5 Black.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

9 thoughts on “AEON Fantasy Kidzoona , Shah Alam. Dayyan&Danish sangat seronok!”

  1. bdk2 mmg suka pegi tmpt camni…dh bw juga ank pi…tp pi weekdays murah and tk rmi org….dlu rm 5…skarang dh naik rm 6…terkini tk sure brp..tu rege weekdays la…kalo vkend dlu rm 10 pastu rm 12…terkini xsure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam