March 29, 2024

Teruja dengan Mural 3D Upin Ipin di Luar Pejabat Les Copaque

Seawal usia bayi lagi, abang Dayyan adalah peminat tegar watak animasi hebat Malaysia- Upin & Ipin. Hampir setiap hari, pasti abang Dayyan minta dibukakan rakaman Youtube episod-episod sebelumnya. Sampai ke hari ini, dah tak terkira berapa banyak aku ‘play’. Kalau laptop/ipad/TV tu ada perasan, dah tahap bosan gila kot kena mengadap Upin & Ipin ni.

3D UPIN IPIN
PEMINAT TEGAR

Sebelum ini, abang Dayyan akan layan Upin&Ipin berseorangan. Kadang-kala sahaja akan ditemani Ddy & Mmy. Jadi, mana-mana episod yang nak tengok, dia ada kuasa besar untuk memilih. Tetapi, itu sebelum ini. Sebelum ada teman untuk menonton bersama. Sebelum lahirnya adik Danish. Sebelum adik Danish pandai nak minta tukar episod tu, tak nak episod ni, nak yang episod tu. Kini, terpaksa mengalah dengan permintaan adik kan, juga merupakan peminat tegar Upin & Ipin, terutamanya selepas menonton filem Upin&Ipin Jeng Jeng Jeng..hari hari dok “jeng..jeng..jeng..”

Memandangkan dua anak lelaki aku ni peminat tegar Upin&Ipin, petang Sabtu lepas, aku mengambil kesempatan untuk singgah minum petang di Restoran Upin Ipin di Seksyen 13 Shah Alam.

Alang-alang dah singgah di sini, rugilah tak ambil peluang untuk bergambar di Mural 3D Upin Ipin di bahagian luar pejabat Les Copaque yang terletak berhadapan Restoran Upin Ipin ini. Lagi pun, masa sampai, abang Dayyan dah melompat-lompat teruja tengok dinding bangunan yang diconteng dengan ilusi 3D Upin Ipin dan kawan-kawan. Adik macam biasa, agak blur di permulaan, dan terlebih aktif di pengakhiran.

3D UPIN IPIN

Aku tak tahu, sampai usia berapa abang Dayyan dan adik Danish akan meminati watak animasi Upin Ipin ini. Oh ye, sebenarnya bukan diorang sahaja yang suka dan terhibur dengan watak Upin Ipin ini, mak & bapak diorang pun join sekali tau!

Gambar:  Diambil Dengan GoPro HERO5

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Teruja dengan Mural 3D Upin Ipin di Luar Pejabat Les Copaque

  1. Upin & Ipin dah masuk tahun ke-11 dah tahun 2017 ni…siapa yang tak kenal watak mereka berdua ni kan ? Rasanya semua episod Upin & Ipin dari musim 1 sampai musim 10 semuanya dah tengok…nampak tak yang dah dewasa ni pun minat tengok Upin & Ipin…tapi nak bergambar kat mural tu segan la…HAHA

  2. Adanya upin ipin telah mematahkan dominasi katun-katun dari jepun dan US huhu.. zaman aku budak2 dulu apa lagi kalu tak mickey mouse, tom and jerry, scobby doo huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *