March 29, 2024

Kenapa Aku Tidak Menggunakan Baby Safety Harness Untuk Anak?

Kenapa Aku Tidak Menggunakan Baby Harness Untuk Anak?

Tidak menggunakan ‘Baby Harness’ pada anak-anak bukan bermakna ianya tidak elok atau mendatangkan kemudaratan. Ini isu yang hangat 2,3 bulan lepas. Isu ini pernah juga menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa sebelum ini. Aku tidak menggunakan atau tidak pernah terlintas untuk menggunakan ‘baby harness‘ atau abah-abah keselamatan kanak-kanak kerana anak-anak aku tidaklah terlalu aktif sehingga memaksa aku untuk menggunakan peralatan ini. Anak aku dan anak kamu berbeza.

Walaupun orang luar nampak abang Dayyan & adik Danish boleh tahan aktifnya tetapi mengikut ‘review’ Umi (nenda DH) aku, mereka tidaklah seaktif aku sewaktu kecil. Jadi, bagi aku, tiada sebab untuk aku mempraktikkan penggunaan baby harness ini pada anak-anak aku. Yang penting, aku kena lebih fokus dalam ‘monitor’ pergerakan mereka semasa di luar.Baby Safety Harness

Apa itu Baby Harness?

‘Harness’ apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa, bermaksud abah-abah atau satu ikatan tali untuk mengawal sesuatu objek. Aku tak pasti bila terciptanya peralatan ini untuk kanak-kanak. Biasanya, ‘safety harness’ digunakan untuk bekerja di tapak-tapak pembinaan yang melebihi 2 meter.

Tidak Sedap Memandang Cara Penggunaan Baby Harness?

Sebelum ini, selebriti Scha al-Yahya dan Awal Ashaari pernah dikecam selepas mengupload gambar anak mereka, Lara yang memakai Baby Harness. Aku pun pelik dengan imaginasi netizen yang tidak waras mengatakan perbuatan/pemakaian sebegitu ibarat mengikat binatang peliharaan. Tujuan utama penggunaan Baby Harness adalah untuk menjaga keselamatan. Ianya tidak wajib. Terpulang kepada ibu bapa. Hanya ibu bapa anak tersebut sahaja yang tahu tahap keaktifan anak-anak mereka.

Pendapat aku Tentang Baby Harness?

Terpulang.

Bagi aku, anak kecil tetap anak kecil. Perlu sentiasa dipantau dan diperhati, di mana-mana sahaja. InsyaAllah aku&isteri masih boleh fokus pada mereka semasa berada di luar. Yang penting, sentiasa bijak menilai hazad-hazad yang berpotensi mendatangkan bahaya di dalam radius di mana anak-anak berada..

Jadi, nak guna atau tidak, terpulang kepada penilaian ibu-bapa terhadap anak mereka..yang takde kaitan, jangan menyibuk..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Kenapa Aku Tidak Menggunakan Baby Safety Harness Untuk Anak?

  1. Kalau nak diikutkan kata orang apa pun tak selesai
    .
    Sama macam kisah luqman hakim dan anaknya menunggang keldai
    .
    Maznee pasti tuan pernah dengar kisah tu

  2. Tula kadang mulut orang nak mengata ni, apa saja dia boleh kata, yg penting anak kita dan keselamatan dia if main jauh2 atau berada dalam crowd berhimpit macam karnival ape2 ke..

  3. Bab ni memang no komen. Anak korang, korang je tahu macam mana nak handle. Simple. Takyah nak masuk campus sangat hal orang lagi senang kot. Ehh..tergarang pulak..kekeke..~

  4. Mereka hanya tahu memberi pandangan yang negatif sedangkan mereka tidak cuba faham sekiranya di tempat ibubapa yang menggunakan Baby Harness Pada anak2..

    Reen setuju tentang terpulang pada ibubapa tersebut..

Leave a Reply to imnajmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *