“Promise daddy..tengok jer..tengok jer..”

“Promise daddy..tengok jer..tengok jer..”

Skrip yang selalu abang Dayyan gunakan apabila kami tak keluar rumah dari pagi pada hujung minggu. Ayat power ini juga sering kali digunakan apabila abang tengok aku sedang bersiap-siap kemas nak keluar rumah. Tak kiralah aku nak ajak dia keluar bersama atau tidak.

Paling aku cair, apabila dia hulurkan jari kelingking, tanda aku janji.

Kadang-kadang aku malas nak melayan. Tetapi selalunya aku akan layan juga. Orang tua pesan, apabila berjanji dengan anak kecil, dia akan ingat dan seeloknya tunaikan. Aku selalu lupa apabila menyambut ‘aku janji’ jari kelingkingnya. Dah termeterai, baru ingat. Aku pun tak pasti, daripada siapa abang Dayyan belajar ‘style’ ni. Mungkin daripada kakak Sofia, cucu kepada Nek Na.

Orang tua pun ada cakap, “ala..budak je..5 minit lagi dia lupalah tu”.

Tetapi tidak bagi abang Dayyan.

Katakanlah, akan nak ke Tesco untuk membeli keperluan mingguan. Tesco di tingkat atas, Toys R Us di tingkat bawah. Sebelum ke tingkat atas, seboleh mungkin aku akan cuba larikan perhatian abang Dayyan daripada ‘kedai mainan best’ itu. Selalu 2/10 percubaan aku je berjaya.

” Tengok jer..abang tengok jer..boleh daddy?..boleh..tengok jer…” dialog yang sering mengganggu aku. Dia tanya, sebelum aku sempat jawab, dia dah jawabkan.

Aku anggukkan sahaja. Aku kalau anak ajak ni, susah sikit nak menolak, biasanya mommynya akan lebih ‘strict’..hmm..

Sebenarnya, sebagai bapa, aku seronok melihat anak-anak seronok ini. Aku lepaskan sahaja sambil monitor pergerakan anak-anak dalam premis sebegini. Biasanya, premis permaianan ini lebih selamat dan mesra kanak-kanak. Jadi, tak terlalu risau sekiranya mereka terpecahkan atau terbalikkan barang-barang yang tidak sepatutnya.

Keseronokan aku akan jadi ‘lebih seronok’ apabila dialog abang Dayyan dah bertukar;

“Daddy, bayar toys..toys bayar..bayar toys..toys bayar”

Ayat kelaut..tapi maksud sampai..selepas ni daddy akan lebih berhati-hati dgn janji #DayyanHarith .

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

5 Comments

  1. Kann… Daddy zaman skrg mmg jenis mudah kalah dgn pujukan ank… Aku pun selalu jer terkena.. Dgn ummie die jgn harap nak dpt…

  2. Untonglahhh nak tengok je..Nory plak sedang melalui fasa dimana anak berguling2 nak beli mainan, selagi tak beli, satu kedai akan dengar suara dia yang macam kena rasukan ablasa tu..hahahahahha…adehhh..

    1. Author

      heheh tq..insyaAllah ada masa boleh record video budak2 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam