Pengalaman Buat Passport Anak

Pengalaman Buat Passport Anak di UTC Sentul.

Alhamdulillah, sekarang Everyone Can Fly dalam keluarga kecil aku. Masing-masing dah passport, masing-masing teruja nak tunggu tahun baru, 2017. Aku ambil keputusan membuat passport untuk abang Dayyan & adik Danish sekarang, jadi tidak kelam-kabut untuk urusan ini pada masa akan datang. Selepas pengalaman aku yang terpaksa datang awal pagi di Pejabat Imigresen sebelum ini, kali ini aku mencuba nasib membuat passport pertama kali untuk mereka  & renew passport untuk isteri di UTC Sentul. Series, ini pengalaman buat passport anak & isteri paling cepat dalam hidup aku!

Tidak Perlu Sediakan Gambar Passport Anak-anak.

Mengikut kata isteri, daripada lawan web Imigresen, mereka menggalakkan orang ramai yang membawa anak kecil supaya menyediakan gambar berukuran passport yang dibuat di luar. Aku sedikit hairan, sebab yang aku tahu, semua gambar passport akan ditangkap menggunakan kamera yang disediakan di semua pejabat Imigresen. Tapi takpe, bukan susah pun nak buat gambar passport. Kedai dekat dengan rumah. Memang kedai dekat, tetapi first time adik Danish beraksi di depan kamera, sedikit mencabar. Menangis bila ah sou tu dok hala kamera ke muka dia, tambahan dengan payung flash di kiri kanan. Makan masa gak la nak pujuk dia. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Kalau Imigresen taknak gambar ni, kami bolehlah simpan gambar anak-anak ni buat kenangan apabila diorang besar esok esok.

Ya, betul sangkaan aku. Kini, pihak Imigresen tidak lagi memerlukan gambar passport yang dicetak di luar. Baby ke warga tua ke muda ke, semua gambar akan dicetak secara langsung. Tanpa bayaran.

KAUNTER KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MEMBAWA BAYI, OKU & WARGA TUA.

Kami sampai di UTC Sentul lebih kurang jam 12.30. Dua tiga kali tawaf UTC Sentul tu gak untuk mencari parking. Tak jumpa. Penuh. Aku ambil keputusan memperjudikan nasib untuk park di tepi jalan utama. Cepat cepat ke Pejabat Imigresen. Dari eskalator tingkat 1, dah boleh nampak pejabat tu. Terus ke kaunter untuk ambil no giliran. Masa ni officer tu akan tanya urusan apa. Aku bagitau urusan buat passport pertama kali untuk anak berusia 1 tahun dan 3 tahun serta pembaharuan passport untuk isteri. Sebelum dapat no giliran, officer ni akan semak dulu dokumen-dokumen yang diperlukan lengkap atau tidak. Kalau lengkap, baru dapat nombor, kalau tak, kena pastikan semua dokumen ada.

Memandangkan urusan kami melibatkan bayi berusia bawah 2 tahun, nombor giliran untuk kaunter khas diberikan. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan.

buat passport anak

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Passport Anak di bawah Umur (Pertama Kali):

  1. Surat Beranak (Photostat & Original)
  2. Kad Pengenalan Ibu Bapa (Photostat & Original)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pembaharuan Passport:

  1. Kad Pengenalan (Photostat & Original)
  2. Passport Lama

Ada hikmahnya sebelum tu aku bawa Dayyan&Danish gi ambil gambar passport kat luar. Apabila officer cakap, sekarang ni semua gambar akan diambil di sini, aku dah risau kot-kot diorang ni melasak apabila nak suh pandang lens kamera. Pengalaman mematangkan anak-anak aku ni. Masa aku dok sibuk-sibuk check dokumen, officer tu minta Dayyan duduk di atas kerusi, dia ikut je then ‘snap’! One shot, perfect photo! good boy.

Adik Danish pun sama. Since dia masih baby lagi, isteri aku kena ribakan di atas peha dalam posisi seperti di atas. Setel! Danish juga dikecualikan cop jari, hanya Dayyan sahaja.

Dah siap urusan pertama ini, tunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter sebelah. Lebih kurang 5 minit, nombor kami dipanggil. Untuk 2 kanak-kanak (RM100 seorang) & seorang dewasa (RM200), total RM400 dikenakan untuk tempoh 5 tahun.

Bayaran Passport Antarabangsa Malaysia (5 tahun):

a

Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200.00

b

Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100.00

c

Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100.00

d

Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara                                       ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100.00

e

Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100.00

f

Orang Kelainan Upaya (OKU) : Gratis

Dah siap buat bayaran, tempoh satu jam diperlukan pihak Imigresen untuk siapkan passport antarabangsa. Nak tunggu di sini pun boleh, nak lepak di food court sebelah Pejabat Imigresen pun boleh. Tapi memandangkan aku park kereta di tempat yang tidak sepatutnya, aku mengambil keputusan untuk makan tengah hari di tempat lain.

Ngam-ngam sejam selepas, aku patah balik ke UTC Sentul untuk ‘collect‘ passport antarabangsa diorang yang dah siap. Parking masih penuh, jadi hanya isteri & Danish sahaja yang pergi ke Pejabat Imigresen. Terus ke kaunter pungutan passport, tapi hanya isteri dan Danish sahaja yang menerima passport. Dayyan juga perlu hadirkan diri untuk proses pungutan sebab perlukan cop jarinya. Nasib baik tempat aku menunggu dekat sahaja. Dalam masa 5 minit, selesai semua urusan buat passport antarabangsa kali pertama untuk anak-anak aku!

Serius, aku sangat teruja dengan pengalaman buat passport untuk anak-anak aku kali ini. Kalau tak, aku terpaksa bangun awal pagi untuk beratur menunggu giliran di Pejabat Imigresen Kelana Jaya. Jadi, betullah kata-kata mereka yang pernah ada pengalaman buat passport di UTC Sentul ini, servis pantas dan mesra pelanggan.

Tahniah buat pegawai Imigresen yang bertugas di sini. Terbaik!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments

  1. slm. thanks for the sharing. nak tanya. both parents kena datang ker masa buat passport? if sorang jer datang boleh tak?

    1. Author

      Salam..salah seorang pun boleh. thanks for reading!

      1. Ooo. Ok. Thanks for the info yer 👌🏻😊

  2. aku dulu buat passport masa tahun 2004 huhu, yang sedihnya passport aku hilang dalam rumah, adoii memang aku tau prosedur melecehkan apabila nak buat balik passport ni, ntah la, belum ada perancangan nak travel over sea, tapi if suatu hari direzekikan nak kena pergi, memang mau tak mau kena ngadap prosedur nak buat passport yang hilang
    imnajmi recently posted…Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

  3. good sharing jamar! dah tau tempat kat mana nak tuju kalau nak buat passport secara pantas!

    1. Author

      ada baby bwh 2 thun lagi pantas kak..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam