JMR Jr

Lepak Tepi Pantai di Waktu Pagi! Syurga!!

Fuhh..akhirnya petang Jumaat!

Sekali lagi akan bercuti panjang di hujung minggu sempena perayaan Hari Natal.

Daripada update rakan-rakan aku di Facebook, aku boleh simpulkan yang hujung minggu ni adalah minggu-minggu terakhir untuk menghabiskan masa bersama anak-anak sebelum tiba hari persekolahan di tahun baru. Macam-macam plan diorang nak ke sana ke sini.

InsyaAllah jalan akan lebih sesak kali ini.

Aku?

Anak-anak aku masih belum bersekolah.

Abang Dayyan pun akan meneruskan ‘homeschooling’ secara eksklusif bersama NekNa untuk tempoh setahun lagi. Alhamdulillah, perkembangannya makin positif dan makin petah. Cuma, kadang-kadang dia seperti ‘confuse’ antara English & Bahasa Melayu, sometime ada bahasa Jepun..

Takpe, masih awal lagi. Taknak terlalu mendesak dia untuk terima input yang komplikated, nak bagi dia seronok dan menikmati hidup sebagai kanak-kanak sebelum struggle lebih sebagai seorang anak Malaysia.

Minggu ini memang minggu yang sibuk bagi aku.

Aku ada kickoff meeting untuk Projek 2017 dan keadaan adik Danish yang ON/OFF demamnya selepas sembuh daripada demam campak. Bayangkan semasa aku tengah hangat bermeeting, tetiba mendapat mesej mengatakan adik Danish muntah-muntah & menggigil. Adik Danish terpaksa di bawa ke Hospital Pantai Klang untuk ujian darah selepas itu. Nasib baik wife aku jenis boleh handle sorang-sorang.

Alhamdulillah, keputusan ujian darah menunjukkan Danish negatif daripada sebarang virus berbahaya. Cuma demam. Selepas ambil antibiotik selama 3 hari, he’s back to normal..

Ayah mana yang tak bahagia bila tengok anak-anak sihat berlari ke sana ke mari..

Dalam minggu ni gak, aku terpaksa berhadapan dengan kerenah klien yang ‘hilang kawalan diri’. Alhamdulillah aku berjaya handle dan kontrol situasi, walaupun ini bukan projek aku. Tetapi benda simple kot, takyah nak kelam-kabut sangat.

Tak de masalah yang takde jalan penyelesaian kecuali mati.

Setel yang tu, dari semala pula, Networking di ofis aku pula di’hack’ oleh seseorang. ‘Seseorang’ ini dah berjaya memecah masuk ke dalam network kami dan berjaya mendapat beberapa dokumen P&C yang melibatkan transaksi bayaran ratus ribu USD. Bagi aku, ini kelemahan sistem sekuriti syarikat aku. Aku biarkan mereka yang bertanggungjawab selesaikan.

Aku?

Memandangkan segala komunikasi melalui email & sistem network terpaksa ditutup buat sementara waktu, aku buatlah apa yang patut.

Aku bayangkankan, aku dok tepi pantai, lepak dengan anak-anak, tengok anak-anak bermain pasir putih pantai, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sambil habiskan bacaan buku Travelog Mr.Traveller..syurga!

Ok. itu sahaja. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis monolog aku kali ini. hehe 😉

Selamat bercuti kawan-kawan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

8 thoughts on “Lepak Tepi Pantai di Waktu Pagi! Syurga!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam