JMR Jr

Danish Demam Campak

Minggu lepas, minggu cuti panjang sempena cuti umum Maulidur Rasul dan cuti ganti untuk Hari Keputeraan Sultan Selangor. Siapa tak suka cuti panjang kan? Nak nak jenis aku yang tak suka membuta sepanjang cuti. Rugi rugi. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk ke majlis pertunangan sepupu aku di Bagan Datoh dan seterusnya ‘balik kampung’ ke Besut, melalu Grik-Jeli-Machang-Besut.

Cerita pasal majlis pertunangan, nanti nanti lah aku cerita.

Cerita balik kampung, yang pasti ada cerita lepak di Pantai Bukit Keluang, pantai paling popular di Besut sekarang ni, pasti ada dalam cerita aku.

Yang menarik dan pasti menjadi kenangan kali ini ialah cerita adik Danish Hayyan yang genap usia 1 tahun 5 bulan (12.12.2016), tetiba ada bintik-bintik merah di badannya. Sehari sebelum, mommy ada tunjukkan tanda tu, dalam hati aku dah agak, ini pasti campak (measles). Ya, hari berikutnya satu badan merah. Patutlah, 2,3 hari sebelum tu, adik Danish meragam dan kadang-kadang demam.

Kali ini, aku tak panik. Sebab pengalaman abang Dayyan kena campak dah ada. hehe..tak sempat bawa ke klinik pun sebab majoriti klinik di kampung aku tutup sempena cuti umum.

Anak Demam Campak

Apa Aku Buat Bila Anak Demam Campak?
  1. Pertama sekali, aku pantau suhu badan. Jangan biarkan suhu terlalu panas. Jeram kain basah di kepala atau gunakan air asam jawa untuk lap kepala. Biasanya, aku memang ‘spare’kan ubat cucuk bontot in case tengah-tengah malam, suhu badan anak-anak terlalu tinggi.
  2. Cari ‘Calamine Lotion’. Ini kat farmasi banyak ada jual. Fungsi dia seperti bedak sejuk. Sesiapa yang pernah kena campak pasti tahu efek panas dan lenguhkan badan dia macam mana. Calamine Lotion ni akan membantuk meyejukkan badan.
  3. Pantau selera anak. Alhamdulillah, adik Danish tetap ‘melantak’ dan tidak terlalu melepet.
  4. Agak-agak campak dah timbul/keluar di tapak tangan atau kaki, aku bagi adik minum air kelapa, tanpa gula&ais. Petua orang tua bila kena campak, minum air kelapa untuk bagi semua campak betul-betul keluar.

Alhamdulillah, hari ketiga dah beransur hilang. Cuma ‘manja’ adik Danish lebih sikit selepas demam campak. Tak boleh mommynya hilang dari pandangan, pasti menangis. Nasib baik cuti panjang + mommy&daddy pun terpaksa ambil cuti tahunan.

Hari ini, nak bagi adik minum air kelapa sekali lagi. Sebab semalam suhu badannya agak panas. Ada yang cakap, mungkin sebab nak hilang campak atau pun masih ada.

InsyaAllah semoga dipermudahkan. Terima kasih untuk doa-doa kawan-kawan..

Note: Demam Campak (measles) dan Cacar Air (Chicken Pox) adalah dua penyakit yang berbeza…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

9 thoughts on “Danish Demam Campak”

  1. Manja anak bila demam memang berlebihan sikit. Anak yang sudah pandai makan sendiri pun akan minta disuapkan. Kalau tak disuapkan, tak mahu makan. He.. kadang kadang bukan anak je, kalau suami demam, manja pada isteri ada lebih sikit. Kalau isteri demam, manja pada suami pun ada lebih sikit.

    Tapi malu pada anak anak, tidak boleh tunjuk tunjuk kan.

  2. Dah jadi macam kebiasaan, kalau seorang anak kena, akan terkena juga kepada anak yang lain (adik kepada adik Danish Dayyan lah nanti). Minta dijauhkan Allah. Tapi bila anak sakit demam, itu ujian pahala buat ibu bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam