March 29, 2024

Majlis Konvokesyen adik bongsu. Tahniah!

Hujung tahun, institusi pengajian tinggi di Malaysia memang meriah dengan Majlis Konvokesyen untuk meraikan graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian. Tahniah aku ucapkan!

Sebagai bekas graduan yang telah melalui pengalaman berkonvokesyen sebanyak 3 kali, aku faham susah payah menamatkan sesebuah pengajian, sama ada diploma, ijazah mahupun master atau PhD. Masing-masing ada rintangan&cabaran tersendiri. Jadi, majlis konvokesyen dijadikan satu acara untuk meraikan kejayaan para graduan dalam setiap peringkat pengajian.

Tahniah sekali lagi, terutamanya kepada adik bongsu aku yang telah selamat berkonvokesyen pada bulan lepas. Jika sebelum ini, konvokesyen aku&adik ke-3 dihadiri oleh ayah, kali ini aku menemani Umi untuk menduduki kerusi ‘Ibu&Bapa Graduan’.

Adik aku adalah pemegang Diploma Pembantu Perubatan dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Perubatan  (MA) di Hospital Selayang. Alhamdulillah, anak umi&ayah yang paling bongsu dah pun selamat menamatkan pelajaran. Aku sebagai abang sulung pun sangat lega kerana ketiga-tiga adik aku telah selamat bergraduasi & mempunyai kerjaya masing-masing.

Mungkin aku kena korek rahsia kejayaan mendidik daripada umi aku. Paling penting, aku nak tahu bagaimana umi berusaha&berdoa sehingga keempat-empat anak berjaya mendapat biasiswa untuk sesi pembelajaran di peringkat tinggi.

Doa aku untuk anak & anak-anak saudara aku, semoga mereka mengikuti jejak ibu&ayah serta pakcik makcik mereka..hehehe..

Majlis Konvokesyen ini diadakan di Kolej Kesihatan Bersekutu Tanjung Rambutan. Sambil menyelam sambil minum air. Alang-alang ke sana, aku bawa sekali my boys untuk ber’shortvacay‘ sambil ‘Jalan-jalan Cari Makan’ Ipoh.

Nanti aku sambung story pasal ‘shortvacay’ kami di Ipoh..mostly cerita pasal makan-makan di sana sebab plan nak Lost World of Tambun terpaksa dibatalkan sebab hujan…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Majlis Konvokesyen adik bongsu. Tahniah!

  1. Tahniah buat adik, Alhamdulillah dah ada pekerjaan selepas graduate kan..semoga terus sukses dimasa hadapan. Mana tau boleh continue jadi doktor perubatan pula

  2. Tahniah..
    Selama ni tak tahu pun ada Kolej Kesihatan Bersekutu Tanjung Rambutan… Siap boleh buat majlis konvokesyen dekat situ…. Maknanya besar lah kawasan ni…
    Kalau tak silap Tanjung Rambutan ni dah tak jauh dengan Lost World Tambun kan?

Leave a Reply to Tiga Tempat Makan Sedap Wajib Singgah Apabila berada di Ipoh | JMR - Daddy Blogger Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *