March 28, 2024

Hotel Ritz Garden, Ipoh..Tak Peduli Dengan ‘Bad Review’…

Dua tiga hari sebelum Majlis Konvokesyen adik bongsu , barulah aku minta wife bookingkan bilik hotel. Urusan booking hotel untuk travel kami, sama ada dalam atau luar Malaysia, memang wife yang uruskan. Aku just review&approve mengikut bajet..hehe..Jadi kali ini, wife ada proposekan Hotel Ritz Garden, Ipoh melalui website booking.com. Biasanya sebelum decide untuk book, aku akan tengok review daripada mereka yang pernah stay kat sini. Untuk Hotel Ritz Garden ini, boleh dikatakan ramai yang tidak berpuas hati dengan tahap kualiti bilik air & kolam yang ada di sini. Tetapi aku tetap memilih untuk stay di sini selama 2 hari 1 malam..

Kami sampai awal sebelum masa check-in. Memandangkan bilik yang ditempah sudah siap untuk dimasuki, kami dibenarkan check-in lebih awal. First impression, tidaklah seteruk seperti yang direview. Dengan harga RM149.00 untuk 2 hari 1 malam inc Breakfast, katil King size, karpet tidak berbau dan juga bau tandas yang tidak seteruk disangkakan. Alhamdulillah..

Cuma satu jer yang kurang…

Di Hotel Ritz Garden ini tidak disediakan almari untuk menyimpan pakaian. Yang ada hanyalah tempat untuk menyangkut pakaian di sudut bilik. Ok, bukanlah sesuatu isu yang serius bagi kami, lagi pun satu malam je kan. Jangan risau, safe box disediakan untuk menyimpan barang berharga. Peti sejuk mini & water heater juga disediakan untuk lebih keselesaan.

hotel ritz ipoh

Keadaan bilik air di bilik kami. Serius, tidaklah seteruk yang aku jangkakan..hehe..

Aku banyak tak kisah sebab kami di bilik ini pun tak lama pun. Lepas letak barang, terus keluar untuk aktiviti Jalan-jalan Cari Makan Ipoh. Yang ini, next entri aku akan ceritakan tempat-tempat makan best di Ipoh.

Sepatutnya kami ke Lost World of Tambun pada sebelah petang. Tetapi disebabkan hari hujan, terpaksa patah balik ke hotel. Mujurlah di Hotel Riz Garden ini disediakan swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak. Lagi best, yang kanak-kanak pula terletak di bahagian bawah bilik. Jadi hujan ke tidak, tetap boleh mandi kolam!

Petang Ahad, kebanyakan guest dah mulai pulang. Jadi, kids pool ini dikuasai oleh abang Dayyan & adik Danish. Abang Dayyan ni jenis yang ‘gayat’, tak berani untuk masuk kolam sekiranya bersaiz besar dan air dalam. Mujur yang ini, keluasannya sekitar 3m x 3m dengan air kolam hanyala di paras peha adik Danish..haha..adik Danish takde hal, hati kering. Ddy la yang kena sentiasa memerhatikan tindak-tanduk dia..

Ini pula kolam sebelah, untuk dewasa. Open air. Masa ni hujan dah berenti, tetapi sepanjang aku di sini, tiada sesiapa pula yang mandi. Aku ambil peluang ini untuk membuat sesi photoshoot untuk adik aku & jubah konvonya. Tiada orang, jadi takdelah segan sangat kan. Kalau tak buat photoshoot petang ini, mungkin esok tak sempat atau kelam-kabut untuk proses penyerahan jubah konvo. Lebih baik setelkan awal-awal photoshoot ini untuk rakaman di hari tua.

Mungkin ada yang tertanya pasal Breakfast. Menu disediakan boleh tahan sedapnya. Aku sukakan kuew teow goreng yang kat kafe hotel ini, pecahkan pula telur separuh masak atau kuew teow goreng tu. Perghh..

Satu lagi fakta tentang Hotel Ritz Garden ini. Ada bilik hotelnya di bangunan hadapan (jalan utama) dan ada di bangunan belakang. Tetapi dua bangunan ini disambungkan dengan satu terowong di tingkat 1.

Alamat Hotel Ritz Garden Ipoh:

86-88, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Hotel Ritz Garden, Ipoh..Tak Peduli Dengan ‘Bad Review’…

  1. Bulan jan 2017 kami pergi cameron duduk di apartment yang reviewnya tak berapa elok
    .
    Sebab nak pergi last minit. Sana sini semua penuh. Dan mak ayah punya hajat. Kami redah saja
    .
    Alhamdulillah, ok saja. Dapat apartment ok
    .
    Rezeki

  2. Pingback: Telatah Dayyan&Danish di Tempat Baru - The Daddy Blogger
  3. ofis aku pun banned hotel ni sebenarnya. makanan memang sedap sini beb, tambah plak kambing bakar dia..hehe..

    salah satu sebab hotel ni banyak bad review bukan takat dalaman tu, mungkin dah dibetulkan. sebab pada malam hari banyak ayam melepak kat bawah tu..tu yang agak panas gak kawasan situ.

    sales person dia pun kena la cari sales kat luar juga walau ofis aku dah tak leh buat program kat hotel.hehe

    ehem..ada nampak ke ayam ayam kat bawah tu?haha

  4. Boleh dijadikan lokasi untuk next staycation ni. Yang penting ada swimming pool untuk anak2. Harga pun macam murah je kan.. Thank share info

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *