burp@

Bonanza RM3 Sushi King. Boleh Makan Sushi Puas-puas.

Aku percaya, peminat sushi di Malaysia , terutama jenama Sushi King akan bertambah ghairah nafsu makan sushi apabila melihat iklan Bonanza RM3. Termasuklah aku.

Bonanza RM3 Sushi King

Jenama Sushi King bukanlah sushi yang paling sedap pernah aku makan. Tetapi masih boleh memuaskan nafsu ‘rasa nak makan sushi’ aku di Malaysia ini. Seingat aku, sebelum ini Sushi King mengadakan Bonanza RM2 iaitu semua jenis sushi boleh dibeli dengan harga hanya RM2 sepinggan. Selepas itu, dinaikkan menjadi Bonanza RM3 (menjadi RM3.18 termasuk GST) hehe..kini, yang aku perasan, Bonanza RM3 hanyalah untuk sushi-sushi yang terpilih sahaja. Aku tak kisah sangat sebab jenis sushi yang aku suka masih ada di dalam senarai.

Ini sushi kegemaran aku – UNAGI . Hari biasa, harga dia RM6 sepinggan. Harga masa Bonanza RM3 hanylah EM3 sahaja. Jadi, haruslah aku ambil sushi UNAGI yang paling banyak. Sebanyak enam pinggan berjaya aku telan. Eh, apa itu unagi? Dalam bahasa Melayu, BELUT. Apa rasa sushi belut ini? Rasa SEDAP..

Sushi King

Aku bernasib baik sebab isteri pun boleh terima makanan Jepun seadanya. Jadi, beliaulah peneman setia aku. Takdelah terasa ‘lonely‘ sangat. hehe..lagi best, anak-anak pun suka gak. Maknanya sekarang, aku ada tiga peneman setia apabila aku ke restoran Jepun. Dah boleh buat competition untuk siapa makan sushi paling banyak.

Jumlah pinggan yang mampu kami makan untuk kali ini. 28 pinggan. 18 pinggan dah selamat masuk ke perut aku..hehe..puas hati.

Rasanya ini Bonanza RM3 Sushi King yang terakhir untuk tahun ini, akan berakhir hari ini, 24 Nov 2016. Selepas ni kenalah renew Sushi King Card untuk dapat menikmati promosi pada tahun depan.

Eh, sempat lagi kalau nak ‘melantak’ satu round lagi. Siapa nak join?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

7 thoughts on “Bonanza RM3 Sushi King. Boleh Makan Sushi Puas-puas.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam