Sebab Aku Uninstalled Pokemon Go.

Setelah hampir dua bulan aku installed Pokemon Go, aku mengambil keputusan untuk Uninstalled aplikasi permainan yang menjadi kegilaan peminat Pokemon. Minggu pertama pelancaran aplikasi permainan berhantu ini di Malaysia, fenomena Pokemon Go meletus di kalangan peminat dan juga bukan peminat Pokemon.

Masing-masing installed aplikasi dan berusaha mencari Pokestop, mengutip Pokeball dan menangkap sebanyak mungkin Pokemon, sekali gus berusaha menakluki sesuatu tempat atau jajahan. ..termasuklah aku. Beberapa shopping mall dan organisasi menggunakan ‘fenomena Pokemon Go’ sebagai senjata sulit strategi pemasaran produk masing-masing. Ada juga beberapa pertandingan diadakan menggunakan konsep Pokemon Go ini.

Satu pun aku tak pernah sertai.

Sebab Aku Uninstalled Pokemon Go.

1.Aku Bukan Pemain Tegar.

Selepas dua bulan, setiap pagi on the way ke ofis, aku akan singgap di beberapa Pokestop untuk memungut Pokeball. Ada beberapa lokasi rutin aku menangkap Pokemon. Rutin harian ok. Sampaikan satu tahap, aku terfikir, apa kejadahnya aku dok mencari Pokeball & Pokemon, tetapi tiasa hasil. Tiada hasil bermaksud, aku just buang masa begitu sahaja. Cuba bayangkan, seekor Pokemon yang berjaya aku tangkap, boleh dijual dengan harga RM1..Satu hari 50 ekor Pokemon, boleh clain RM50..sebulan, RM50 x 30= RM1500..Wow!

2.Zombie di Taman Rekreasi.

Sebelum pelancaran Pokemon Go, aku tenang je membawa abang Dayyan dan adik Danish bersiar-siar di waktu petang pada hari minggu. Tetapi selepas hari pelancaran, Taman Botanik Bukit Tinggi dipenuhi dengan ‘Zombie’. Mereka berjalan sambil menundukkan kepala ke skrin smartphone di tangan, tanpa melihat apa halangan di depan mereka. Sekali-sekali mereka aku menghala smartphone ke depan, sambil sebelah tangan, jari telunjuk seperti mengslide skrin handphone ke depan..fokus. Diam. Terus mara…shit..nasib baiklah aku belum ke sampai tahap ini.

3.Buang Masa.

Bagi aku, aplikasi begini yang boleh ‘mendatangkan’ ketagihan sangat tidak sihat. Buang masa aku selama 2 bulan ini. Aku pasti, lebih mendatangkan hasil sekiranya 2 bulan itu, aku update blog atau menjalankan pemasaran di Internet daripada bersungguh-sungguh menangkap Pokemon. Taubat.!

Ada rakan aku yang sampai ke saat ini dok giler menangkap Pokemon, walaupun hanya menggunakan strategi ‘cheat’..tapi bagi aku, ko tipu bermain Pokemon Go, ibarat menipu diri sendiri yang sebenarnya sudah pun ditipu. Cerita ini jadi lain sekiranya, usaha dia mendatangkan hasil yang berbaloi dan berpanjangan. Kalau tidak, aku akan terus lupakan sahaja.

Delete Pokemon Go..Bye-bye

Note: Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin korang berjaya mendapat manfaat daripada aplikasi ini. Jika ya, teruskan. Bagi aku, yang terbaik ialah Uninstalled Pokemon Go.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments

  1. Rasenya betul dah tu tindakan tuan, tahniah. Saya tak sempat main sebab sampai sudah tak boleh install smartphone low spec. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam