burp@

Isteri Sukakan Mee Kolok @ Sarawak’s Bowl, Setapak Central Mall

Setiap kali aku berkunjung ke Sarawak atas urusan kerja, makanan asli Sarawak seperti Laksa Sarawak dan Mee Kolok pasti menjadi makanan carian aku. Aku mula makan menu-menu ini pun selepas dicadangkan oleh rakan sekerja aku yang berasal dari Sarawak. Kedai makan sedap yang menyediakan menu ini di sekitar Miri dan Bintulu juga dicadangkan oleh beliau.

Itu cerita apabila berada di Sarawak. Di Semenanjung, aku jarang berjumpa dengan restoran/kafe yang menyediakan menu makanan Sarawak sedap dan berkualiti..sehinggalah aku tahu tentang Sarawak’s Bowl, kafe makanan Sarawak yang baru sahaja dibuka pada April lepas di Setapak Central Mall.

Apa lagi, dah rindu sangat dengan makanan Sarawak ni. Jom terjah Sarawak’s Bowl!

Sarawak's Bowl

Sarawak’s Bowl terletak di Level 2, bersebelahan dengan MBO Cinema dan Pusat Karaoke Family. Ruang makan bersederhana besar ini, aku kira selesa untuk menjamu selera bersama keluarga. Tidak terlalu bising atau ‘crowded’ . Kebersihan memang memuaskan. Sistem kat sini ialah, pelanggan akan beratur untuk order makanan dan terus bayar. Nanti diorang akan masakkan panas-panas.

Dah masak, loceng dibunyikan dan pelanggan bolehlah ambil makanan di kaunter yang disediakan. Air kosong ‘self service‘ juga disediakan selain daripada menu minuman yang berwarna-warni.

ibu anak

Menu pilihan pelanggan di Sarawak’s Bowl semestinya Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Jadi, aku pesan kedua-duanya. Saja nak bagi peluang isteri mencuba menu masakan dari sana. Ini kali pertama dia mencuba makanan Sarawak.

mee kolok ayam

Mee Kolok Ayam. Memandangkan isteri aku kurang gemar daging, jadi aku pilih ayam. Bagi aku, mee kolok daging lebih kena dengan selera aku. Sampai sahaja menu ni atas meja, pertama sekali, gaul-gaulkan supaya rasa kicap kat bawah bawah tu sebati dengan mee kolok.

Kalau nak mee lebih basah, boleh campurkan dengan sup yang disediakan. Nak lebih pedas, boleh letak cili potong banyak-banyak. Perggh!

Laksa Sarawak

Menu kedua kami- Laksa Sarawak. Kalau ada yang tanya macam mana rasa Laksa Sarawak ni. Bahan yang digunakan macam bihun. Kuah tu pulak memang rasa rempah istimewa, aku tak pasti lak kandungan rempah tu. Bahan-bahan lain ada udang, taufu, telur, tauge dan macam-macam lagilah. Sedikit pedas. Aku suka Laksa Sarawak kat sini, tu pasalaku hirup kuah tu sampai licin.

Laksa Sarawak vs Mee Kolok, memang ketara nampaknya yang isteri aku sukakan mee kolok ayam itu. Sebabnya, daripada awal sampai habis makan, mangkuk mee kolok itu tetap berada di depan isteri. Awalnya, cakap nak tukar-tukar mangkuk. Nasib baik aku sempat cilok segarfu dua mee kolok tu. Abang Dayyan dan adik Danish pun sukakan mee kolok ini. Mungkin tidak pedas dan senang kunyah..hehehe

So far, menu di Sarawak’s Bowl ini memang sedap dan aku puas hati. Harga pun berbaloi dengan rasa dan kuantiti. InsyaAllah, lain kali aku akan singgah lagi ke sini untuk mencuba menu-menu lain pula seperti Ayam Mansuh Padi Huma atau Ayam Panggan Nanas Sri Sarawak.

Boleh check menu-menu menarik Sarawak’s Bowl DI SINI untuk panduan korang.

Burppp alhamdulillah, isteri kenyang, suami girang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

11 thoughts on “Isteri Sukakan Mee Kolok @ Sarawak’s Bowl, Setapak Central Mall”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam