Lepak Santai @ NY Steak Shack Sunway Pyramid.

Sejak akhir-akhir ini, setiap kali tak tahu nak lepak mana pada cuti hujung minggu, pasti abang Dayyan ajak ke Sunway Pyramid. Walaupun aku dah bosan ke situ sebab ofis aku sebelah tu je, sebabkan permintaan anak, aku ikutkan saja. Lagi pun bukan selalu.

Aku & isteri OK je. Abang Dayyan ajak ke situ pun sebab dia nak main arcade game yang sebelah Ice Skating Rink Sunway tu. Berbanding kat tempat lain, aku rasa yang kat sini lagi best dan murah.

Paling penting, kat Sunway Pyramid ni ada banyak pilihan kedai mana yang menawarkan menu-menu menarik dengan harga berpatutan. Antaranya, NY Steak Shack yang menjadi pilihan setiap kali selera aku ke arah makanan Barat.

 

Selain daripada Tony Roma’s Fried Mushroom yang menjadi feveret aku,Fried Mushroom kat sini pun boleh tahan rasanya. Kuantitinya adalah separuh daripada kuantiti di Tony Roma’s, semestinya harganya juga lebih berbaloi. RM6.25 untuk semangkuk ini. Seris, patut cuba!

 

Menu feveret isteri aku. Setiap kali datang ke NY Steak Shack, sentiasa order menu ini. Aku dah lupa nama dia, lebih kurang Fried Chicken Chop dengan sos BBQ dan 2 side dishes yang menjadi santapan adik Danish.

 

SouthWest Grill pesanan aku. Dengan harga RM21.09 untuk satu set ini, aku berpuas hati. Isi ayam boneless memang tebal. Bolehlah tahan hingga ke waktu makan malam. Abang Dayyan pun suka dengan menu ini. Hmm..ok selera makan budak ni bergantung kepada mood semasa dia.

 

Syok lepak santai bersama famili kecil aku ni. Oh ye, kat NY Steak Shack Sunway Pyramid ni ada banyak gak Pokemon yang best best. Aku dok bahagian dalam pun, banyak yang muncul. Sambil-sambil tu bolehlah layan anak-anak sambil berborak santai dengan isteri.

Oh ye, gambar kat atas ni aku kira gambar bertuah sebab menang hadiah misteri daripada Mr.Lion, duta Sunway Pyramid. Hadiah tak sempat nak collect lagi. Dah beberapa kali aku dapat hadiah misteri sebab guna hashtag #SunwayPyramid setiap kali aku update Instagram @jmr_bhr ..

Ok la, sambil lepak santai bersama famili, ada gak habuan kan..hehehe..kalau korang nak gak, bolehlah update social media dan guna hashtag yang sama. Enjoice!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

6 Comments

  1. baru tau pasal hadiah tu…! best best untung dekat sana..dari sini nak kesana kemain jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam