Belanja Adik @ Ayob’s Kafe, Kota Damansara

Adik Aku Seorang MA..mungkin ini tajuk drama terbaru yang boleh dijadikan drama pada waktu Maghrib, setiap hari Isnin hingga Khamis..tajuk nak lebih kurang sama je kan drama-drama Melayu sekarang ini. Boring..~

Bukan soal drama Melayu sekarang ini yang ingin aku kongsikan. Ini kisah semasa minggu pertama adik aku bertugas sebagai Medical Assistant (MA) di Hospital Selayang. Adik aku menyewa berdekatan dengan Hospital Selayang. Jadi sebagai abang sulung, sebelum umi aku bertanya dah pergi jenguk adik belum aku, baik aku pergi melawatnya.

Bukan sekadar melawat kosong, aku ambil peluang ini untuk belanja makan adik aku sebagai tanda tahniah sebab dah mula bertugas dengan jabatan kerajaan selepas 8 bulan tamat pengajian di Kolej Kesihatan Bersekutu.

Ayob’s Kafe, Kota Damansara

Ayob’s Kafe yang terletak di Kota Damansara menjadi pilihan kami kali ini. Dah lama tak datang ke sini. Aku tahu tentang kafe ini semenjak diorang berniaga menu masakan Barat hanya di rumah kediaman mereka sebelum membuka perniagaan di premis yang lebih proper ini tapi masih mengekalkan konsep yang sama iaitu Kafe Antik.

 

Kami sampai di sini selepas azan Maghrib. Pelanggan masih belum ramai. Kami amik seat di ruangan tengah. ntuk makluman,¬†Ayob’s Kafe menyediakan ruang makan di dalam, di tengah dan di luar premis untuk pilihan pengunjung. Tarikan utama di Ayob’s Kafe selain daripada menu-menu yang sedap ialah ‘interior design‘ di sini. Barangan antik & unik dari kerusi meja, poster-poster antik, almari dan hiasan kecil di dalam kafe ini.

 

Mommy&Danish dan adik bongsu aku. Menu yang menjadi pilihan kami pada malam itu – Chicken Chop+Spaghetti Bolognese, Chicken Chop dan Chicken Chop + Fish’n Chip. Perasan tak, semua menu pesanan kami memang ada menu Chicken Chop? Ye, sebab ini menu yang sangat aku rekemen since Day 1 aku kenal Chicken Chop Ayob’s Kafe..hehe

 

Apa yang aku tahu, isi ayam untuk Chicken Chop ini, pemilik Ayob’s Kafe sendiri yang sediakan, bukannya dibeli daripada mana-mana pembekal frozen food. Tak silap aku, beliau juga merupakan bekas chef di salah sebuah hotel yang terkenal.

 

Semenjak berpindah keluar dari Kota Damansara, jarang dah datang ke Ayob’s Kafe ini. Tetapi kalau datang ke Damansara, kami sekeluarga semestinya akan singgah di kafe ini untuk menikmati Chicken Chop sedap dalam suasana kafe antik ini.

Boleh baca review tentang makanan sedap di Ayob’s Kafe di myselera.com.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

4 Comments

  1. Chicken Chop yang dirempah ratus sendiri oleh pemiliknya, tentulah sedap. Mahal sedikit tidak mengapa. Ada kedai yang guna rempah ratus siap sedia. Pada pendapat peribadi…..peniaga begini menganiaya pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam