Parenting

Danish Suka Muzik..Kelebihan Muzik kepada Anak-anak?

Danish Suka Muzik..Kelebihan Muzik kepada Anak-anak?

Dari awal tahun pertama usianya, aku perhatikan adik Danish lebih meminati muzik berbanding abangnya.

Kalau iklan TV yang ada lagu-lagu catchy di telinganya, masa tengah syok makan pun sanggup berhenti dan terus ke depan TV. Iklan susu baby, iklan yang ada cat, iklan Trivago, semua iklan ini berjaya menarik perhatian dia. Berdiri tegak sambil goyang-goyang badan ikut alunan.

Sebelum tidur, setiap kali mommynya dok alunkan zikir, mulut dia pasti ‘bising’ humming mengikut bait-bait, walaupun pelat.

Sebagai bapa, aku tertanya-tanya apa kelebihan muzik kepada anak kecil? Yang pasti, setiap minat haruslah berpada-pada. aku ada terbaca satu kajian daripada University of California menyatakan, anak-anak yang didedahkan dengan muzik akan melatih perkembangan minda mereka dengan lebih cepat.

Sebenarnya, muzik mempunyai banyak kelebihan, tidak kira kepada anak kecil atau dewasa.

1. Kesihatan.

Tahu tak, ada hospital swasta menggunakan muzik sebagai terapi? Tujuan utama, untuk bagi pesakit lebih tenang dan mengurangkan rasa takut sebelum melalui sesuatu prosedur yang mungkin menyakitkan. Muzik mempunyai elemen yang mampu mengeluarkan zat endorfin untuk mengurangkan rasa sakit dan menenangkan pernafasan.

Jadi tidak hairanlah seseorang yang menghidap penyakit kronik mampu pulih daripada sakitnya sekiranya dia sentiasa berfikiran positif dan tenang dalam melawan penyakit itu.

2. Meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Jantung yang sihat mampu memberi kesegaran dan kekuatan kepada seluruh anggota badan. Muzik yang kena dengan jiwa, tempo yang baik mampu mempengaruhi perkembangan jantung yang sihat.

3. Meningkatkan kecerdasan.

Otak akan berfungsi dengan lebih baik dan cekap dengan bantuan muzik. Anak-anak lebih mengingati sesuatu ie:ABC, ayat panjang dengan bantuan muzik. Aku teringat masa kecil, aku diajar menghafal 99 nama Allah menggunakan irama. Lebih senang ingat berbanding ko hanya hafal tanpa sebarang nada atau irama.

Jika anak berminat bermain instrumen muzik, galakkan. Sebab ini merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kecerdasan IQ si anak.

4. Kesihatan otak.

Pernah tak, dalam kesesakan lalulinta, korang stress. Apabila turn ON radio, dengar muzik yang best-best, stress tu jadi kurang. Itu tandanya otak menerima muzik sebagai ejen untuk lebih gembira dan tenang.

5. Kualiti Tidur Yang Lebih Baik.

Pernah jumpa orang yang terlena semasa earphone/headphone terpasang di telinganya? Asyik mendengar alunan muzik, pasti menenangkan fikiran dan jiwa. Percaya atau tidak, terapi menggunakan muzik mampu menyembuhkan mereka yang mengalami insomnia kronik.

6. Ketenangan Emosi.

Mungkin ramai yang tidak tahu. Kanak-kanak boleh meluahkan perasana dan emosi yang tidak menyenangkan melalui aktiviti muzik. Samada mendengar muzik atau bermain instrumen muzik akan mampu menenangkan perasaan kanak-kanak.

Pakar kanak-kanak bersependapat bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

3 thoughts on “Danish Suka Muzik..Kelebihan Muzik kepada Anak-anak?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam