March 29, 2024

Anak Tiru Aksi Sekeliling.

Anak Tiru Aksi Sekeliling.

Tanpa kita sedar, kanak-kanak berupaya meniru aksi atau tingkah laku orang di sekeliling atau melalui tontonan TV sejak mereka berusia 8 bulan – 1 tahun. Pernah dengar cerita anak tiru aksi intim ibu&bapa dengan kawan-kawan mereka?

Dalam hal ini, peranan ibu bapa memainkan peranan penting.

Pada awalnya aku tak percaya sangat fakta ini. Sehinggalah aku perasan, anak kedua aku bijak meniru aksi sejak berusia sebelum 1 tahun. Cara minum guna gelas, cara conteng, cara buka botol air hingga ke cara selfie!

 

Aksi Danish dan telefon Onyang. Tak tahu mana dia tengok aksi ni!

Ibu bapa seharusnya memantau setiap perubahan gerak laku anak-anak dari semasa ke semasa. Elakkan anak-anak menonton rancangan yang boleh memberik impak negatif kepada kehidupan mereka. Contohnya, tontonan yang mengandungi unsur-unsur;

  1. Seksual atau kekerasan yang melampau
  2. Rancangan hiburan yang melampau
  3. Drama-drama lakonan yang tidak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak.
  4. Filem-filem seram yang melampau.
  5. Video Klip yang Melampau terutama di Youtube yang tidak melalui tapisan oleh pihak yang berwajib.

Paling penting, ibu bapa perlu memerhati perubahan yang tidak sepatutnya pada anak-anak, sama ada gerak-geri & tutur .

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Anak Tiru Aksi Sekeliling.

Leave a Reply to Raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *