March 29, 2024

Top 10 : Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

Top 10 : Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel mengenai Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak. Dalam tak sedar, ada beberapa tabiat yang sering kita lakukan tanpa sedar, berisiko mendatangkan kerosakan otak dalam jangka masa yang panjang.

1.TIDAK BERSARAPAN PAGI

Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi akan mengalami tahap gula dalam darah yang rendah. Ini menyebabkan penghantaran nutrisi yang tidak mencukupi ke otak seterusnya membatas performance otak untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Sarapan pagi amat penting kepada anak-anak untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan sepanjang hari.

2.TINDAKAN YANG KETERLALUAN

Pernah dengar tak, kalau stress/tertekan yang berpanjangan, kena cari jalan untuk mengurangkan tekanan. Tak elok untuk badan dan otak. Berisiko jadi gila.

3. MEROKOK

Kesan bahan kimi daripada rokok yang disedut ke dalam badan, berisiko memberi kesan positif kepada otak, samada secara langsung atau tidak, pasif atau aktif.

4.PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Pengambilan gula yang berlebihan akan menggangu penyerapan protein dan nutrisi dalam badan. Kekurangan zat badan akan membantutkan perkembangan otak dan memberi kesan buruk kepada otak dalam jangka masa panjang.

5. PENCEMARAN UDARA

Otak merupakan organ utama yang memerlukan bekalan oksigen bersih bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen yang kotor dalam masa panjang pasti akan memberi kesan negatif kepada fungsi otak.

6. KURANG TIDUR

Seperti organ badan lain, otak juga memerlukan rehat yang mencukupi. Rehat atau tidur yang tidak mencukupi dalam jangka masa panjang menjadi punca utama kematian sel-sel otak.

7.TUTUP KEPALA SEMASA TIDUR.

Kepala ditutup semasa tidur akan menyebabkan peningkatan konsentrasi Karbon Dioksida dan mengurangkan bekalan Oksigen ke otak, memberi kesan negatif kepada kesihatan otak.

8. TERLALU BERFIKIR SEMASA SAKIT

Sakit sebagai penghapus dosa, dalam masa yang sama, memberi ruang kepada otak untuk berehat. Sangat berfikir semasa badan sakit adalah satu tabiat yang tidak patut diamalkan. Selain daripada mengurangkan keberkesanan otak berfikir, berisiko menyebabkan kerosakan otak.

9. KURANG BERCAKAP

Berfikir secara positif dan menyuarakan pandangan melalui pertuturan adalah satu amalan yang sihat. Setidak-tidaknya, melatih otak untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

10. KURANG BERFIKIR ATAU KURANG STIMULASI

Sentiasa berfikir akan merangsang perkembangan otak. Aktiviti merangsang perkembangan otak merupakan aktiviti penting yang perlu dilakukan sejak anak-anak kecil lagi. Apa aktiviti yang mampu merangsang perkembangan anak kecil?

InsyaAllah, next blogpost, aku akan update mengenaikan aktiviti yang mampu merangsang perkembangan otak anak-anak..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Top 10 : Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

  1. Hmmmm…part paling sadis tutup kepala masa tido! kalau tak tutup muka telinga plus kepala tak bleh tido dah canne??

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *