Mohon KWSP Simpanan Shariah dalam masa 5 minit.

Mohon KWSP Simpanan Shariah dalam masa 5 minit.

Mohon KWSP Simpanan Shariah dalam masa 5 minit.

Tajuk di atas adalah daripada pengalaman dan situasi aku semasa berurusan di pejabar KWSP pada 14 Ogos yang lalu. Mungkin situasi semasa pembaca berbeza. Jadi, situasi mohon KWSP Simpanan Shariah dalam masa 5 minit tidak relevan, mungkin akan menjadi 15 minit atau 50 minit.

 

Permohonan pertukaran akaun konvensional KWSP ke akaun simpanan shariah KWSP telah dibuka mulai 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016 atau tertakluk kepada dana yang masih ada.

Hari pertama dan tiga empat hari berikutnya, kaunter-kaunter di KWSP penuh dan pemohon terpaksa menunggu lama untuk proses penukaran akaun Simpanan Shariah KWSP. Ya, menunggu lebih lama daripada masa memproses.

Seminggu selepas tarikh mula, baru aku memohon. Prosesnya tak sampai 5 minit. Daripada ambil nombor giliran, ke kaunter, serahkan Kad Pengenalan untuk semakan, Akad Simpanan Shariah (seperti gambar di atas) dicetak, turunkan cap ibu jari dan selesai!

Cara Memohon Simpanan Shariah KWSP.
  1. Perlu hadirkan diri sendiri di mana-mana kaunter KWSP.
  2. Bawa Kad Pengenalan.
  3. Menurunkan cap ibu jari pada akad simpanan shariah.

 

Sehari selepas permohonan pertukaran ke akaun Simpanan Shariah, aku mendapat SMS mengatakan permohonan aku telah diluluskan. Tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Januari 2017.

Beza Simpanan Konvensional KWSP vs Simpanan Shariah KWSP.

Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar portfolio pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum 2.5 peratus seperti yang terdapat pada Simpanan Konvensional.

Ada yang bertanya, tak terasa rugi ke apabila tukar daripada akaun konvensional ke akaun shariah, kan sikit dividennya nanti?

Riwayat dari Rasulullah s.a.w di bawah ni ada jawapannya.

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Alhamdulillah, aku dan isteri sudah, anda bila lagi.

Note: Kaunter KWSP yang aku pergi adalah di pejabat KWSP cawangan Jerteh, Besut, Terengganu. 🙂

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

5 Comments

  1. xbuat lagi ni
    tp cepat nau nau setel..bagusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam