March 29, 2024

Raya Dahulu, Raya Sekarang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lebih kurang seminggu lagi, muslimin-muslimat akan menyambut ‘hari kemenangan‘ selepas sebulan berpuasa. Bermula hari ni, anak-anak perantau akan bergerak pulang menuju ke kampung halaman masing-masing. Kan minggu dah hari raya!

Aku? InsyaAllah esok akan bergerak pulang ke Besut. Harapnya, jalan clear!

Seronok nak raya? Mestilah seronok walaupun sedih kerana Ramadhan berlalu pergi.

Bercakap tentang hari raya kini, berbanding dengan masa dahulu-banyak giler bezanya. Yang pasti, raya zaman dahulu (masa aku remaja&sebelumnya) sangat BESTTTT..

1- Raya dahulu NO WIFI. Jadi, bila berkunjung ke rumah sanak-saudara & jiran-jiran, takkan nampak situasi ‘anti-sosial‘. Paling busuk pemalu pun, akan duk kat satu sudut, sambil mengunyah biskut raya dan segelas air Kickapoo.

2- Kad raya fizikal. Serius, tahun ni aku tak nampak lagi kad raya kertas ni. Kat front desk ofis pun tak nampak juga. Kalau dulu-dulu, kad raya kertas yang ada gambar kartun raya, atau anak kucing bulu-bulu la yang jadi bahan dekorasi raya. Kalau tak gantung di tali kat dinding, mesti gantung di ranting-ranting kering (siap syelek!) dan letak di ruang tamu. Berlumba, kad raya sapa paling banyak. Taknak kalah, ada yang beli, tulis ucapan raya untuk diri sendiri & hantar ke diri sendiri!

3- Baju Melayu. Yang ni ketara & unik. Dulu-dulu, majoriti kita di Malaysia ni, akan mengenakan baju melayu. Sangat minoriti mengenakan jubah. Kalau berjubah pun, yang plain dengan design biasa. Sekarang? Nanti pagi raya, pandanglah sekeliling. Lagi teruk, kata design baju melayu, tapi sekali pandang macam baju kurung!

4- Nilai duit raya. Seingat aku, bila balik beraya, baru buka sampul duit raya. Dapat RM2, punyalah teruja! “Wah, kaya pakcik ni..” dalam hati..kalau dapat sikit pun, diam je la. Syukur selalu. Tapi sekarang. Lepas salam, tak sempat keluar dari rumah yang dikunjungi, dah siap-siap buka. Lagi parah, “Ala…lime hengget je keeee?? Pakai jubah mahal…“..nauzubillah, janganlah anak-anak aku wat perangai macam ni. Hempuk kang..

Walau macam mana berbeza sekali pun Raya Dahulu, Raya Sekarang, selagi menepati kehendak syariat, tak salah pun menerima pembaharuan. Mana yang generasi sekarang ni tak betul, sama-sama kita tegur & ubah. Mana yang tak salah, sama-sama kita raikan.

Aidilfitri kan hanya setahun sekali…

Nota: Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan kalian selamat sampai.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Raya Dahulu, Raya Sekarang.

  1. Saya beraya di Kg.. budak2 macam agak behave la hehe.. still mai masuk makan beraya.. ada jugak berenti tepi ja taknak makan dah ehehe.. nak duit saje

  2. Waduh…. Waduh…. Waduh… Mengapa biasa jadi begini? Harapnya anak-anak saya pun tak buat begitu dekat rumah orang….. Malu… Of Courslah mak bapak rasa malu… 😉

Leave a Reply to Afif Rayyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *