Hari Raya 2016

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah, selesai sudah sebulan berpuasa dan hari ni dah masuk hari raya ke-3. Cepat betul masa berlalu kan.

Sebulan berpuasa, tahun ini misi aku berjaya. Misi untuk berbuka puasa bersama keluarga tanpa ‘miss‘. Yes, i did it! Takde isu. Sekiranya ada jemputan untuk buffet Ramadhan review, aku akan pergi sekiranya jemputan adalah bersama keluarga dan hanya di hari minggu. Pilihan di tangan sendiri kan.

Aku balik kampung 4 hari sebelum hari raya. Sempat gak bersahur & berbuka puasa bersama keluarga di kampung, which is aku tak sempat nak pulang ke kampung sebelum ini. Plan awal, nak balik hari Selasa sebelum raya, just ambil cuti tahunan pada hari Jumaat,kononnya nak jimat cuti tahunan, tapi bila difikirkan balik, apa la sangat cuti tahunan tu jika dibandingkan dengan masa yang patut aku luangkan untuk umi&keluarga di kampung, terutama selepas pemergian ayahanda, 2 tahun yang lepas. Sangat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami.

Malam raya, perang mercun di kampung aku memang meriah. Kiri kanan belakang depan, berdentum-dentum. Jika tahun sebelum ini, aku hanya mendengar, kadang-kadang membebel sebab aku tak boleh nak tidur, tapi tahun ini aku turus serta. Tak banyak. Bukan untuk hiburan diri sendiri, sekadar nak menghiburkan anak lelaki aku je. Syok tapi tak boleh melebih-lebih, bakar duit tu.

Aku menziarahi pusara ayahanda sehari sebelum hari raya. Bacakan Yassin dan bersihkan pusara. Saat-saat gini, memori lama memang bermain di fikiran. Sehari sebelum raya, ayah la yang paling sibuk ke sana ke sini untuk lengkapkan persiapan raya. Kali ini turn aku pula. Dari temankan umi ke masjid, ke pasar ke kedai belikan persiapan untuk raya. Semampu mungkin aku peruntukan bajet bulanan untuk persiapan di kampung. Kali ini gak, aku buat keputusan untuk belikan televisyen 43″, untuk gantikan tv lama yang kekuningan siarannya. Bukan berbelanja lebih, tapi nikmat tengok senyuman umi untuk lebih selesa menonton siaran ‘Tanyalah Ustaz’ pagi-pagi adalah nikmat terindah dunia akhirat.

Pagi raya, solat sunat Aidilfitri di masjid kampung aku. Selepas solat raya, hanya berkesempatan bersua muka dengan 2,3 orang rakan lama. Biasalah, mungkin tahun ni turn berhari raya di rumah mertua. Berbeza dengan zaman bujang, selepas solat raya, pasti berborak&update cerita terkini masing-masing.

Tahun ini, hanya adik aku yang menetap di Jepun tidak berpeluang berhari raya di kampung. Terima kasih juga kepada adik bongsu aku yang sedang menunggu ‘posting’, menemani umi sepanjang bulan Ramadhan. Raya pertama, hanya berhari di rumah jiran-jiran dan saudara dekat. Nikmat raya pertama, selepas cuaca panas yang panjang, petang hari raya pertama, hujan turun dengan lebat! Makin syok raya tahun ini!!!

-gambar-

Macam mana dengan raya korang tahun ini?

Semoga Aidilfitri tahun ini memberi 1001 rahmat dan berkat kepada kita semua.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

9 Comments

  1. alooorrr…suweett nyer….geram kat 2boys tu.,..selamat hari raya

  2. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..
    memang seronoklah raya tahun ni kan

  3. Salam Aidilfitiri bro! maaf zahir dan batin hehe.. aku macam biasa raya kat Kedah saja.. umah parent sini.. cuma saudara mara dari KL nak ke Kedah seksa nak mai.. jamm teruk hehe
    imnajmi recently posted…Komik #13 : Raya MatrixMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam