March 28, 2024

Majlis Iftar Denaihati Network, Adiputra, AHB, Equrban & Jopana bersama Blogger @ The Club Bukit Utama

18.06.2016::The Club Bukit Utama.

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Iftar Denaihati Network, Adiputra, AHB, Equrban & Jopana bersama Blogger di The Club Bukit Utama..fuhh panjang lak nama rasmi majlis ni.

 

Lebih 250 peserta terdiri daripada blogger, Kelab Peminat Adi Putra 1HotLovers, selebriti (Adi Putra, Zarul Umbrella) dan tetamu-tetamu VIP. Majlis yang penuh bermakna dengan pengisian tazkirah berkaitan REZEKI oleh Uztaz Effendi sebelum masuk waktu berbuka..

 

Aku datang bersama isteri dan anak-anak, tanda sokongan penuh kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Duduk semeja dengan blogger-blogger hebat tanah air. Diracun plak dengan 360-degree CAMERA oleh Team Tiga Enam Kosong. Gempak seyh gambar 360 kat atas ni..tu belum tengok video 360 lagi!

 

Puan Nunu dan Cik Deqnoor. Masing-masing muka dah kenyang. Burpp alhamdulillah, hidangan buffet di The Club dengan tema selera kampung memang kena dengan selera.

 

Antara blogger yang hadir di Majlis Iftar(kredit gambar: Deqnoor). Patut kena tarik Adi Putra bergambar sama.

Oh ye, selamat berangkat ke Mekah untuk blogger Mahamahu. Semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang.

Burppp..alhamdulillah…aku rasa macam ‘racun’ oleh bro MatJepp dah kena ni..360-degree cameraaaaaaaaa

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Majlis Iftar Denaihati Network, Adiputra, AHB, Equrban & Jopana bersama Blogger @ The Club Bukit Utama

  1. Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.

  2. alaaa br nk tgk gmbr adi putra hehe…cantik gmbr bulat ats tu..berpusing tgk…ingt nk join sbb ada adi putra tp apakan daya date tu tk available

    1. haha tak ambil pun gambar dgn dia..tak minat sgt..tapi kalau ada Janna Nick, mungkin penuh gmbr dia dlm entri ni hahahahah

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *