March 29, 2024

4 Tips Shopping Raya dengan Anak Kecil.

Syawal menjelang tiba. Ramadhan hampir ke penghujungnya.

Masing-masing makin sibuk membuat persediaan menyambut raya, selain sibuk dengan ibadah-ibadah di 10 malam terakhir. Bagi ibu bapa, persediaan untuk anak-anak lebih diutamakan berbanding diri sendiri.

Shopping Raya bersama Si Kecil adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa. Tengah-tengah memilih, anak meragam, anak terberak/terkencing di kedai dan macam-macam lagi. Lagi parah, anak hilang.

Jadi, sebelum shopping raya, ibu bapa harus pastikan beberapa tips diikuti;

Tips Shopping Raya bersama Anak Kecil.

1.Pastikan anak kenyang.

Sebelum mula shopping raya, pastikan anak-anak kenyang perutnya. Mak pak lapar sebab puasa, tak pe, boleh kawal emosi. Anak kecil lapar, pasti macam-macam ragam  yang keluar daripada mereka.

2.Anak cukup tidur.

Ini penting. Biasanya aku akan pastikan anak-anak cukup tidur sebelum keluar. Supaya mood diorang lebih segar dan tak macam-macam. At least, on the way ke tempat shopping, aku akn pastikan anak akan take a nap dalam kereta. Re-energize.

3.Sentiasa monitor pergerakan anak.

Dah banyak kes-kes yang melibatkan kecuaian ibu bapa dalam mengawasi pergerakan anak semasa di luar. Kaki tersepit di celah eskalator, jatuh tangga, lagi teruk, anak hilang etc. Lalai sesaat, menyesal seumur hidup. Jangan terlalu teruja untuk shopping raya. Kalau sangat teruja pun, biarlah si isteri sahaja, si suami pastikan anak-anak sentiasa dalam radar pemerhatian mereka.

shopping raya dengan anak

4.Jangan marah anak di khalayak ramai.

Walaupun dah beringat, tak mustahil benda yang kita tak nak terjadi akan terjadi. Anak dah kenyang, dah cukup tidur tapi tetap meragam di luar. Menangis, meraung memang mencabar kesabaran mak pak kan? Perut kosong, ditambah plak dengan ragam anak. Ramai yang hilang sabar, lalu dimarahi anak kecil di khalayak ramai. JANGAN. Anak kecil juga ada perasaan, ada rasa malu.

Apa salahnya pujuk mereka baik-baik, atau cari punca ketidakselesaan mereka & setelkan.

Ramai ibu bapa yang lebih suka tinggalkan anak-anak di rumah semasa keluar bershopping raya. Tapi tidak bagi aku. Aku dan wife lebih suka bawa anak-anak bersama untuk aktiviti shopping raya.

Susah senang sama-sama. Susah mereka berjauhan dengan ibu ayah semasa kami keluar mencari rezeki, apa salahnya masa ‘happy time‘ sebegini, mereka pun ada bersama. Setiap anak ada rezekinya.

Happy shopping raya korang!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “4 Tips Shopping Raya dengan Anak Kecil.

  1. Yup semua tips diatas adalah sangat betul. Masalah nyer tak shopping raya dah ni haaa..tak kosa nak join meramaikan orang..hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *